Thursday, December 31, 2015

Harga Minyak Dijangka Jatuh Pada Januari 2016

Harga petrol RON95 dijangka jatuh 5 sen hingga 15 sen seliter pada Januari 2016 dan bakal menyaksikan ia dijual RM1.80 hingga RM1.90 seliter. Jika tekaan ini tepat, ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada rakyat pada ketika ini dihimpit kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan.

Harga RON95 di Malaysia jatuh hanya tujuh peratus sejak Julai tahun lalu kepada RM1.95 seliter berbanding harga minyak mentah Brent yang menjunam sebanyak 66 peratus kepada AS$37 setong sepanjang tempoh yang sama.

Perbezaan yang besar ini disebabkan kejatuhan mendadak nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat.

Kerajaan perlu belaja untuk mencari sumber pendapatan yang tidak membebankan rakyat atau tidak menjadikan rakyat sebagai penyumbang sumber pendapatan. Kerajaan juga perlu aktif merangka strategi bagi menarik merancakkan pembangunan ekonomi rakyat. Jika tidak pemimpin yang ada akan dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang tidak berkebolehan dan tidak berguna.



Tuesday, December 29, 2015

Dividen 2015 - 7.25% + bonus 0.5%


Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit serta bonus 0.50 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Pengagihan itu melibatkan pembayaran RM10.41 bilion oleh ASNB, peningkatan 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar pada 2014.

Bonus pula melibatkan peruntukan RM451.73 juta oleh PNB, berbanding RM804.43 juta yang dibayar tahun lepas.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pembayaran akan memanfaatkan 8.87 juta pemegang unit yang melanggan 142.54 bilion unit ASB.

“Risiko pelaburan ASB rendah jadi tidak timbul kenapa turun banyak tapi agihan yang ini cukup tinggi dan agihan ini berpatutan. Kita sentiasa berhati-hati dan cuba untuk kekal mapan."

"Kami boleh bayar lebih 9 sen, tetapi kami mengambil pendekatan berhemah, 7.25 sen jadi kami bawa ke depan yang selebihnya untuk tentukan perancangan seterusnya untuk mantapkan portfolio kita jangka panjang bagi pulangan kompetitif," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Pendapatan kasar penuh ASB sehingga 23 Disember 2015 dianggar berada pada RM10.06 bilion.

Dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan menyumbang RM4.51 bilion atau 44.8 peratus daripada pendapatan kasar.

Sementara itu, keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM3.60 bilion atau 35.8 peratus daripada pendapatan kasar dan baki RM1.95 bilion disumbang pendapatan lain.
Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 4 Januari 2015.

Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan.

Komen:
Dividen + bonus 2015 adalah terendah dalam sejarah penawaran ASB. Jika sebelum ini ramai peminjam ASB dengan bank dimomokkan pendapatan tidak pernah kurang 8% setahun, maka tahun ini ianya lebih rendah dari 8%.

Ramai peminjam ASB pasti tengah berkira-kira untuk membuat jualan balik kerana trend menurun sekarang ini tidak menguntungkan dan peminjam perlu menambah wang sendiri bagi membayar pinjaman bulanan. Keadaan pasti lebih parah ditambah dengan kos sara hidup yang meningkat saban bulan akibat kenaikan harga barang atau perkhidmatan yang boleh dikata ada saja pada setiap bulan. 

Monday, December 28, 2015

Lakukan 2 kerja

Saranan Timbalan Menteri MITI Dato Ahmad Maslan supaya rakyat lakukan 2 kerja merupakan tajuk paling popular sehari dua ini. Saranan ini lebih banyak menerima keritikan berapi dari semua lapisan rakyat.

Sebagai seorang menteri (walau timbalan menteri jer), rakyat berpendapat ahmad maslan tak wajar cakap macam tu. Secara rialitinya wujud rakyat yang lakukan 2 kerja namun itu atas minat.

Sekarang ini rakyat jadi terpaksa kerana kos hidup yang melampau dab kerajaan gagal pulihkan ekonomi yang rakyat rasakan sudah dihujung nyawa.

Wednesday, May 27, 2015

iflix saingan kepada Channel HBO

Jika sebelum ini anda melanggan filem-filem di siaran HBO, kini anda boleh melanggan filem-filem tanpa had dengan harga RM8 sebulan di iflix.com. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengakses dan memuat turun kandungan dari iflix. Kandungan tersebut boleh dilayari di bermacam jenis peranti seperti telefon pintar, komputer, tablet dan televisyen.

Iflix memiliki variasi siri televisyen, drama, filem dan pelbagai kandungan dari seluruh dunia bersesuaian untuk penonton di Malaysia, Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.




iflix juga telah dibuka untuk percubaan. Anda boleh menonton movie dalam tempoh percubaan ini walau tidak mempunyai kad kredit. Namun anda perlu memasukkan nombor telefom bimbit untuk tujuan penghantaran kod pengaktifan.




Saturday, May 9, 2015

Harga Emas 2015 Pada Paras Yang Parah Kepada Gold Player Malaysia

Bila baca tajuk entry kali ini pasti ramai gold player diluar sana tidak setuju dengan apa aku tulis. Namun ianya adalah realiti kepada gold player kecil-kecilan di Malaysia. Pada tahun 2014, ramai gold player kecil - kecilan dan sehingga bapak jerung yang tumbang. Tumbang bukan kerana harga emas jatuh tetapi tumbang bila ramai yang tertipu dengan skim penipuan emas melayu yang aku rasa terbesar setakat ini.

Mungkin aku tiada info mengenai skim-skim penipuan emas sebelum ini tetapi aku rasa skim ini paling tragis kerana boleh kata hampir semua player emas hampir lemas. Ada juga player yang tidak terlipat dengan skim emas nie turut terjebak dengan kesannya apabila kepercayaan telah berkurang.

Ramai player emas cuba bangkit dan sempat mengambil peluang harga yang naik sekejap awal tahun 2015, tetapi indah sekejap sahaja. Kalau indah berpanjangan tak ada la ceriternya kan. Harga emas sekarang berada pada bawah paras USD1200 satu aun. 

Ramai yang cuba leveragekan harga namun dengan ujian bertimpa-timpa ramai yang tewas. Tahun 2015 telah hampir ke pertengahan. Namun ujian kepada player emas tidak juga berkurangan. Pelaksanaan GST atau good and service tax menambah duka apabila emas yang tiada pengiktirafan LBMA atau emas barang kemas tertakluk kepada GST. Jika dahulu nak barang below market price still boleh dapat dari lelong ar rahhnu tetapi sekarang kena pula GST 6%.

Keadaan ekonomi dunia khasnya dan ekonomi Malaysia amnya tidak membantu player emas buat masa ini. Ekonomi dunia menuju ke arah kejatuhan termasuk ekonomi Malaysia. Walau dikaca TV kita digula-gulakan dengan data ekonomi negara bertambah baik, namun rialitinya amat membimbangkan.

Keadaan ekonomi kita mungkin terpengaruh dengan isu-isu national yang besar seperti isu 1MDB, isu TH, KWSP dan isu-isu politik yang tidak berkesudahan. 

Dari sini aku nasihatkan palyer-player cari back-up business korang terutamanya yang dah berhenti kerja sebelum ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...