Thursday, May 1, 2014

Anda jangan beli emas jika

Saya akan listkan keadaan yang anda perlu elak jika ingin beli emas. Seorang peniaga emas tidak kisah apa yang terjadi kepada anda kerana mereka ingin jual emas. Tapi sebagai pembeli atau penyimpan emas anda perlu tahu dan elakkan. 

1. Anda ingin cepat kaya dan mendapat keuntungan yang banyak dengan segera. Anda perlu ingat bahawa emas tidak dapat menjamin anda mendapat untung sebagaimana anda harapkan. Ini kerana harga emas sentiasa berubah mengikut permintaan. Namun simpanan emas dapat elakkan kebocoran kewangan anda.

2. Anda terpengaruh dengan janji manis penganjur skim pelaburan berasaskan emas. Sepanjang pengetahuan saya,  Bank Negara Malaysia tidak pernah
membenarkan penganjuran skim pelaburan emas oleh individu atau syarikat. Setakat ini hanya bank sahaja dibenarkan untuk menjalankan pelaburan emas seperti akaun pelaburan emas Maybank.

3. Anda dijanjikan pembelian emas secara skim gadaian 30:70. Untuk makluman anda, melalui skim ini pembeli hanya perlu bayar 30% dari nilai emas. Setelah itu emas akan digadai atas nama anda dengan pinjaman sebanyak 70%. Bermula hari itu anda perlu menjelaskan nilai 70% itu kepada ar rahnu jika tidak emas akan dilelong apabila cukup tempohnya. setakat ini telah ramai yang terpedaya dengan skim tersebut.

4. Anda beli emas tapi tidak dapat emas dan dijanjikan keuntungan. Sepanjang pemerhatian saya, telah ramai yang menjadi mangsa skim ini. Namun penipuan tersebut tidak tersebar luas dan hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja.

5. Anda ingin beli emas dalam ketulan yang besar dengan semua tunai yang ada. Lagi besar emas yang kita beli, lagi rendah kos per gram dan lagi susah untuk dijual segera. Pembelian sebegini akan menyusahkan anda bila memerlukan tunai kerana anda perlu jual semua emas yang ada sedangkan keperluan tunai hanya sedikit. 

6. Anda beli emas atas dasar ini company “orang kita” semata-mata. Jika anda mempunyai sentimen ini anda perlu buang kerana ianya akan menutup pandangan anda terhadap pengeluar yang lain yang mungkin harganya lebih rendah. 

7. Anda tidak tahu susut nilai emas yang ingin dibeli. Dalam penyimpanan emas,  susut nilai adalah penentu tempoh masa bila anda mula boleh jual. Lagi tinggi susut nilai, lagi lama perlu tunggu. 

8. Anda beli tanpa lihat kondisi emas. Beli emas yang conditionnya tak baik (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka akan mengurangkan nilai emas tersebut apabila ingin jual semula. Anda jangan terkejut jika ada individu yang tolak untuk beli emas anda. Hanya tukang emas sahaja yang tidak kisah Kondisi emas yang dibeli. 

9. Anda beli dari orang yang tidak dikenali yang ingin deal di kawasan yang sunyi. Jika situasi ini terjadi anda perlu hati-hati dan jika boleh elakkan. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...