Saturday, March 22, 2014

Mengenali Emas

Untuk mengenali emas, kita terlebih dahulu perlu faham istilah ” karat ” dalam emas. Karat merupakan kadar keaslian atau ketulenan emas atau jumlah kandungan emas murni dalam seketul emas. Emas 24 karat (24K) adalah emas paling murni atau paling tulen.

Jadi emas kadar 23 karat (23K) berarti tingkat ketulenan adalah 23/24 X 100% atau sekitar 95.8%. Jadi bila Emas Kadar 22 karat dengan berat 15 gram maka kandungan emas murninya = 22/24 x 15 = 13.75 Gram.

Kandungan emas murni juga digunakan sebagai penentu bagi pembayaran zakat.

Satu standard telah diguna oleh industri dalam menentukan ketulenan emas iaitu:

■ Emas 24 karat adalah emas murni (99.99%)

■Emas 22 karat memiliki komposisi 91.7% emas, dicampur bahan lain 8.3%(biasanya perak). Namun komposisi yang biasa digunakan adalah 91.6% emas

■Emas 20 karat memiliki kompoisis 83.3% emas

■Emas 18 karat memiliki komposisi 75% emas

■Emas 16 karat memiliki komposisi 66.6% emas

■Emas 14 karat memiliki komposisi 58.5% emas

■Emas 9 karat memiliki komposisi 37.5% emas

Jika dibandingkan dengan komposisi campuran pula:

■24 karat: 24 bahagian terdiri dari emas murni.

■23 karat: 23 bahagian emas murni+1 bahagian dari logam lain.

■22 karat: 22 bahagian emas murni+2 bahagian dari logam lain.

■21 karat: 21 bahagian emas murni+3 bahagian dari logam lain.

■20 karat: 20 bahagian emas murni+4 bahagian dari logam lain.

■19 karat: 19 bahagian emas murni+5 bahagian dari logam lain.

■18 karat: 18 bahagian emas murni+6 bahagian dari logam lain.

■17 karat: 17 bahagian emas murni+7 bahagian dari logam lain.

■16 karat: 16 bahagian emas murni+8 bahagian dari logam lain.

■15 karat: 15 bahagian emas murni+9 bahagian dari logam lain.

■14 karat: 14 bahagian emas murni+10 bahagian dari logam lain.

■12 karat: 12 bahagian emas murni+12 bahagian dari logam lain.

■10 karat: 10 bahagian emas murni+14 bahagian dari logam lain.

■8 karat: 8 bahagian emas murni+16 bahagian dari logam lain.

■6 karat: 6 bahagian emas murni+18 bahagian dari logam lain. 

Fakta Emas

1.Emas telah digunakan sebagai duit dan dijadikan sebagai harta sejak dari zaman manusia mula menemui emas lagi

2.Emas adalah unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3.Nombor atom untuk emas adalah 79

4.Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai membentuk logam

5.Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6.Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padu

7.Emas tulen 24k adalah logam paling lembut di muka bumi sehingga jika digigit akan tinggalkan kesan gigitan tersebut

8.Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9.Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas telah digunakan sebagai simbol kemewahan dan kekayaan individu sejak zaman dahulu kala

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan alat elektronik bagi komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905

20. 161,000 ton emas yang telah di lombong dapat mengisi mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dicampur bersama logam-logam yang lain untuk menghasilkan emas berwarna berlainan

24. Campuran logam lain dengan emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat logam (metallugical), suhu lebur dan kualiti emas

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga sahaja unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36.Emas pernah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian

37. Jumlah emas didalam perut bumi adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing

40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

43. Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan ubat yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas paling tulen adalah 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916)

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat

50. Emas yang dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf adalah ketulenan 99.999% emas

51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K  (2856 °C, 5173 °F)

52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit

53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar

54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan

55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning

56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas

57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis

58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut

59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim

60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas

61. Dinar emas adalah matawang yang pernah digunakan oleh negara islam.

62. Dinar emas zaman dahulu dikatakan berketulenan 24k namun dinar yang dibuat pada masa kini menggunakan emas 22k untuk memberi ketahanan sebagai mata wang

63. Pasaran emas dalam ekonomi moden berlawanan dengan pasaran saham atau matawang. Jika pasaran matawang mengukuh harga emas jatuh dan jika pasaran matawang lemah maka harga emas naik.

64. Harga emas dunia atau dikenali sebagai spot price akan berubah setiap saat sepanjang urus niaga berlaku.

65. Urus niaga pasaran emas dunia tidak diniagakan pada hari Sabtu dan Ahad. Harga emas akan kekal mengikut harga terakhir diurus niagakan pada hari Jumaat untuk dua hari tersebut

66. Campuran jenis logam lain mengikut komposisi menghasilkan emas berwarna

Yellow Gold (22K)
Gold 91.67%
Silver 5%
Copper 2%
Zinc 1.33%

Red Gold (18K)
Gold 75%
Copper 25%

Rose Gold (18K)
Gold 75%
Copper 22.25%
Silver 2.75%

Pink Gold (18K)
Gold 75%
Copper 20%
Silver 5%

White Gold (18K)
Gold 75%
Platinum or Palladium 25%

White Gold (18K)
Gold 75%
Palladium 10%
Nickel 10%
Zinc 5%

Gray-White Gold (18K)
Gold 75%
Iron 17%
Copper 8%

Soft Green Gold (18K)
Gold 75%
Silver 25%

Light Green Gold (18K)
Gold 75%
Copper 23%
Cadmium 2%

Green Gold (18K)
Gold 75%
Silver 20%
Copper 5%

Deep Green Gold (18K)
Gold 75%
Silver 15%
Copper 6%
Cadmium 4%

Blue-White or Blue Gold (18K)
Gold 75%
Iron 25%

Purple Gold
Gold 80%
Aluminum 20%

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...