Saturday, March 1, 2014

Antara gold bar, dinar dan barang kemas

A. gold bar
kelebihan:
1. Emas tulen 999 (24 karat)
2. Nilai yang lebih tinggi bila kita jual kerana kandungan emas tulen
3. Lebih mengekalkan nilai simpanan
4. Susut nilai yang rendah bila jual balik

kekurangan:
1. harga belian yang lebih mahal dan  ramai yang tidak mampu.
2. Harus ada sijil ketulenan
3. Tak semua ar rahnu terima untuk dipajak

B. Dinar
Kelebihan:
1. Nilai belian yang rendah kerana ketulenan 22k
2. Mudah untuk dijual kerana ramai yang guna sebagai hantaran
3. Boleh diguna untuk urusan jual beli
4. Susut nilai lebih rendah berbanding barang kemas

Kelemahan:
1. Tak semua ar rahnu terima untuk digadai
2. Perlu ada sijil ketulenan
3. Harga berbeza mengikut pengeluar

C. kemas
kelebihan:
1. Digemari perempuan
2. mempunyai permintaan yang tinggi.
3. senang dijual dan pasaran lebih besar
4. Diterima ar rahnu tanpa banyak cekadak

Kelemahan:
1. harga yg tinggi berdasarkan design dan upah buat
2. Susut nilai tinggi bila nak jual balik kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand)

Tip bagi pembelian:
1. Pecahkan gram belian, gram yang besar-besar kurang pasaran sebab mahal
2. Jika barang kemas pilih design yang tak bermusim supaya sentiasa ada pasaran jika nak hold lama
3. Beli dari pengeluar yang trusted supaya kita tak tertipu
4. Beli dengan yang harga munasabah. Kalau orang bagi emas tulen dengan harga rendah sapu jer.
5. Elakkan penjual yang guna sentimen kaum dan agama untuk jual dengan harga tinggi. Kalau dia bagi harga rendah sapu jer
6. Ingat beli emas biar dapat emas walau seller janji nak bagi rebet ker insentif ker sekalipun biar beli tu dapat emas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...