Thursday, February 20, 2014

Gold is Asset is Money

Emas adalah suatu aset yang tidak susut kuantiti dan nilniya sebagaimana kereta atau motor. Emas adalah aset yang mana nilainya sentiasa kekal dan mungkin makin bertambah. Maka, secara tak langsung apabila ada aset yang tidak susut nilai, secara automatik kita dianggap ade duit.

Dari mana datang nye  duit ni??

1. Jualan

Sudah semestinya, kalau dah ade aset, kalau kita nak pakai duit, boleh la kita jual emas kita tu..anytime!

2. Pajakan

Tapi, kalau jual emas kita tu, rasa sayang pulak..kan tambahan kalau emas sentiasa naik harganya. So pajak jer la. Tapi hutang bertambah tau.

Apa perlu buat bila harga emas jatuh

Ramai dikalangan pembeli emas gelabah apabila harga emas jatuh. Pelbagai punca mereka bersifat begitu sama ada mereka beli semasa harga mahal dan selepas itu harga jatuh atau mereka beli pada harga murah dan harga emas naik namun tersalah jangkaan masa untuk jual sedangkan harga kembali turun.

Matlamat utama pelaburan emas adalah untuk melindungi harta yang kita ada dalam bentuk aset mudah cair. Memang benar emas mudah cair jika diberi haba yang cukup. Tapi itu bukan maksud matlamat yang saya cakap tadi. Maksudnya aset tersebut mudah ditukar kepada tunai bila kita dalam keadaan terdesak.

EMAS adalah pelaburan JANGKA PANJANG !!

Untuk melabur dalam emas bermakna kita perlu bersedia dengan backup kewangan lain untuk tujuan kecemasan bagi mengelakkan jualan terdesak dibuat.
Bagi mereka yang ingin untung dalam jangka pendek, emas bukanlah pelaburan yang terbaik untuk anda.

Apabila harga emas jatuh, anda tidak perlu panik. Langkah yang mungkin boleh diambil adalah simpan emas tersebut dan jual bila harga naik balik atas harga brli atau anda tambah stok emas anda selagi mampu dan kira purata harga modal bagi setiap gram emas.

Teknik kedua saya selalu amalkan dan hasilnya keuntungan yang lebih besar dicapai bila harga emas naik.

Mesti ada yang cakap mamai ker apa harga jatuh tapi tambah stock. Perangai pembeli emas adalah beli masa harga mahal.  Kenapa orang beli time mahal?

1. Sebab masa emas tengah murah takut nak beli

2. Lupa matlamat pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang.

3. Takut harga emas yang tengah naik harga akan naik dan naik dan naikkkkkkkkkkk macam emas nie takda turun harga.

4. Sebab sifat dok menunggu harga emas turun balik. Tapi harga takmau nak turun dah. Last-last beli juga pada harga lebih tinggi.

So buatlah keputusan dengan ilmu dan akal sebelum melabur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...