Tuesday, October 7, 2014

Cerdas Emosi Untuk Berjaya

Kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk memahami perasaan orang lain.
 
Bila Anda pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, memahami orang lain, situasi yang dialami mereka dan juga memahami keperluan-keperluan mereka, itu tandanya Anda sudah ada kecerdasan emosi. Bezanya, tahap kecerdasan emosi berbeza-beza antara Anda dengan saya, antara Anda dengan orang lain.
 
Untuk bersemangat ketika dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, amalkan sikap sedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah kepada orang lain.
 
Kenapa? Sebabnya mudah.
 
Kita akan gembira apabila kita memberi sesuatu, kita akan berubah jadi bersemangat apabila kita menghadiahkan sesuatu. Ramai orang jadi cukup bersemangat di waktu pagi kerana mereka telah memberi sesuatu atau menyumbang sesuatu.
 
 
Jika Anda kurang sanggup memberikan sesuatu dalam bentuk duit tunai, gunakan cara tadi sebagai pengganti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...