Tuesday, May 27, 2014

Waspada Bila Melabur Dengan Emas

Dalam pembelian emas, anda dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pujukan atau janji manis penjual. Emas yang anda ingin miliki mungkin dibeli dengan menggunakan hasil titik peluh anda selama beberapa bulan. Buat pertimbangan dan fikir sehingga anda yakin untuk beli. Apa yang paling penting dalam pembelian emas, anda perlu faham bahawa harga emas ada naik turun mengikut permintaan dan faktor lain. Anda perlu bersedia untuk menerima hakikat bahawa harga emas mungkin jatuh selepas anda beli emas.

Anda perlu buang momokan penjual bahawa anda tidak perlu fikir jatuh naik harga emas selepas anda beli. Saya pasti setiap kita yang beli emas mesti ingin jual emas tersebut dengan harga setinggi mungkin. Betul atau tidak tanya diri anda.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...