Monday, May 19, 2014

Kelebihan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan

Sebagai salah satu portfolio pelaburan, emas mempunyai kelebihan yang tidak ada pada jenis pelaburan lain. Antaranya:
1. Emas mudah disimpan dan dibawa kemana-mana - contoh emas dibawa oleh pelarian perang kemboja ke Malaysia, simpanan 200 ribu dalam bank atau ditangan tak berguna jika dibawa ke Malaysia. Kalau terpaksa tinggalkan tanah air utk selamatkan nyawa, apa yang paling mudah dibawa? Emas bukan? Ambil sekilo emas yg kita simpan berpuluh tahun tu, masuk kocek dan lari.. ala besar iphone je sekilo emas. hehe

2. Emas mudah dicairkan (high liquidity) - sampai negara jiran, sure kita dapat perlindungan & bantuan. Maklumlah pelarian… Tapi berapa lama sgt bantuan orang boleh diberi? Sampai masa kita kena juga berdikari. So jual emas sekilo tadi utk dapatkan modal nak teruskan hidup. Boleh beli rumah, modal niaga dan macam2.

3. Emas diterima di mana-mana - Nasib baik kita bawa emas sekilo. Kat negara mana pun diorang terima. Ikut harga semasa pulak tu, bukan harga beli dulu-dulu. Kawan kita sorang lagi bawa duit kertas penuh satu bag, nilai lebih kurang RM100 ribu. Kesian dia duit dah takde nilai. Duit kertas negara kita tak laku kat negara orang. Nak tukar kat money changers pun dia orang tak terima. 

4. Emas tidak dicukaikan - Kalau tak nak jual sekilo emas, jual setengah kilo pun jadilah. Balance emas boleh simpan, government tak boleh kenakan cukai. Cuba tanya orang yang simpan berkilo kilo emas pernah kena cukai tak. Harga emas ada naik turun.. time naik mesti best. Tapi zakat bayar la tiap2 tahun. Apalah sgt 2.5% dibandingkan dgn emas yang ada. Harta makin subur insya Allah.

5. Emas tak boleh dibinasakan. Kalau tak nak bagi aku jer. Walaupun kita tanam emas 20 tahun dulu, bila emergency korek-korek tanah jumpa balik emas tu masih berkilau & tak rosak. Kalau tanam duit kertas sure dah reput dek anai-anai..



6. Emas tidak hilang nilai dimakan inflasi. Bayangkan wang RM100 dahulu dan sekarang. Jumlah sama tapi nilainya tidak sama. Emas jika 10 gram dahulu mungkin berharga lebih kurang RM300 namun sekarang nilainya lebih kurang RM1400.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...