Tuesday, May 27, 2014

Waspada Bila Melabur Dengan Emas

Dalam pembelian emas, anda dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan pujukan atau janji manis penjual. Emas yang anda ingin miliki mungkin dibeli dengan menggunakan hasil titik peluh anda selama beberapa bulan. Buat pertimbangan dan fikir sehingga anda yakin untuk beli. Apa yang paling penting dalam pembelian emas, anda perlu faham bahawa harga emas ada naik turun mengikut permintaan dan faktor lain. Anda perlu bersedia untuk menerima hakikat bahawa harga emas mungkin jatuh selepas anda beli emas.

Anda perlu buang momokan penjual bahawa anda tidak perlu fikir jatuh naik harga emas selepas anda beli. Saya pasti setiap kita yang beli emas mesti ingin jual emas tersebut dengan harga setinggi mungkin. Betul atau tidak tanya diri anda.

Monday, May 19, 2014

Benefits of Gold:

1. No annual property tax

2. No annual maintenance costs

3. Gold can be sold ounce by ounce, whereas you cannot sell your house room by room

4. Gold has daily liquidity as it is bought and sold on exchanges around the world (ie your house has near zero liquidity)

5. Gold can travel….obviously your real estate is nailed to the ground where it was ‘born.'

6. OH…and did I say Gold’s investment performance during the past 42 years left Real Estate near dead in the water.

Kelebihan emas sebagai salah satu portfolio pelaburan

Sebagai salah satu portfolio pelaburan, emas mempunyai kelebihan yang tidak ada pada jenis pelaburan lain. Antaranya:
1. Emas mudah disimpan dan dibawa kemana-mana - contoh emas dibawa oleh pelarian perang kemboja ke Malaysia, simpanan 200 ribu dalam bank atau ditangan tak berguna jika dibawa ke Malaysia. Kalau terpaksa tinggalkan tanah air utk selamatkan nyawa, apa yang paling mudah dibawa? Emas bukan? Ambil sekilo emas yg kita simpan berpuluh tahun tu, masuk kocek dan lari.. ala besar iphone je sekilo emas. hehe

2. Emas mudah dicairkan (high liquidity) - sampai negara jiran, sure kita dapat perlindungan & bantuan. Maklumlah pelarian… Tapi berapa lama sgt bantuan orang boleh diberi? Sampai masa kita kena juga berdikari. So jual emas sekilo tadi utk dapatkan modal nak teruskan hidup. Boleh beli rumah, modal niaga dan macam2.

3. Emas diterima di mana-mana - Nasib baik kita bawa emas sekilo. Kat negara mana pun diorang terima. Ikut harga semasa pulak tu, bukan harga beli dulu-dulu. Kawan kita sorang lagi bawa duit kertas penuh satu bag, nilai lebih kurang RM100 ribu. Kesian dia duit dah takde nilai. Duit kertas negara kita tak laku kat negara orang. Nak tukar kat money changers pun dia orang tak terima. 

4. Emas tidak dicukaikan - Kalau tak nak jual sekilo emas, jual setengah kilo pun jadilah. Balance emas boleh simpan, government tak boleh kenakan cukai. Cuba tanya orang yang simpan berkilo kilo emas pernah kena cukai tak. Harga emas ada naik turun.. time naik mesti best. Tapi zakat bayar la tiap2 tahun. Apalah sgt 2.5% dibandingkan dgn emas yang ada. Harta makin subur insya Allah.

5. Emas tak boleh dibinasakan. Kalau tak nak bagi aku jer. Walaupun kita tanam emas 20 tahun dulu, bila emergency korek-korek tanah jumpa balik emas tu masih berkilau & tak rosak. Kalau tanam duit kertas sure dah reput dek anai-anai..



6. Emas tidak hilang nilai dimakan inflasi. Bayangkan wang RM100 dahulu dan sekarang. Jumlah sama tapi nilainya tidak sama. Emas jika 10 gram dahulu mungkin berharga lebih kurang RM300 namun sekarang nilainya lebih kurang RM1400.

Sunday, May 18, 2014

Kulit lembu goreng

Tadi masa aku ke Tanjung Karang aku sempat melawat kilang IKS kulit lembut. Hasil lawatan aku bawa balik dan masak. Best juga masak kulit lembu nie. Harga bagi setengah kilo hanya RM7 sahaja.

Telur masin

Dua minggu lepas, stock telur masin aku order dah sampai. Disebabkan stock nie di order oleh orang,  so aku kena QC. Kot2 ada yg pecah apa. Lepas check. Aku ambil sebiji untuk test. Lepas masak aku test telur nie ok jer. X masin sangat dan tak tawar. Nie la telur masin jenama mak mertua.

Thursday, May 15, 2014

Apa itu public gold

Jika disebut pelaburan emas, ramai yang salah anggap ianya satu skim cepat kaya. Tidak dinafikan memang wujud skim2 cepat kaya yang menggunakan emas tetapi tidak semua.

Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas bagi tujuan pelaburan. Pelaburan di sini bukanlah bermaksud anda akan di bayar keuntungan jika beli emas. Tetapi ia bermaksud anda beli emas dan simpan untuk dijual pada harga lebih tinggi atau di saat memerlukan tunai. Bagi tujuan ini, saya lebih suka menggunakan terma penyimpan emas supaya tidak timbul salah faham.

Public Gold juga tidak menganjurkan apa2 skim cepat kaya dan hanya jual emas fizikal sahaja.

Apabila anda ingin beli emas public gold, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dari dealer yang dilantik. Urusan bayaran anda boleh lakukan sendiri dan anda boleh ambil emas yang dibeli di cawangan PG berhampiran. Antara cawangan PG yang ada seperti PG Kajang, PG Kelantan, PG Petaling Jaya, PG Sungai Petani, PG Klang, PG Relau Branch dan lain2 18 cawangan semuanya.

Emas PG boleh ditempah secara online 24 jam sehari. Harga produk akan mengikut harga emas semasa dan diupdate setiap 20 minit.

Anda juga boleh jual semula produk yang dibeli secara atas talian di web site public gold dan hantar emas anda ke cawangan berhampiran. Untuk panduan sila rujuk http://kembarasangsufi.blogspot.com/2013/10/promosi-public-gold.html?m=1 .

PG juga menyediakan perkhidmatan peti simpanan selamat dengan harga berpatutan untuk menyimpan emas anda. Selain itu anda juga boleh menyewa peti simpanan selamat dari syarikat keselamatan atau bank.

Produk PG yang paling popular di kalangan penyimpan emas adalah syiling dinar emas. Selain itu PG juga ada mengeluarkan gold wafer, barang kemas dan produk perak.

Setiap produk emas keluaran Public Gold akan turut di sertakan dengan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bertauliah.

Maklumat saiz produk, berat dan ketulenan akan dicatatkan pada sijil yang disertakan. Bagi gold wafer, nombor siri sijil akan sama seperti no siri yang dicetak pada emas. Manakala bagi syiling dinar pula hanya ada nombor siri pada sijil.

Emas public gold diterima oleh banyak ar rahnu jika anda ingin gadaikan untuk sementara.

Kelebihan Emas Perhiasan:


1. Emas perhiasan cantik dan boleh dipakai oleh golongan wanita.



2. Kelebihan dari segi zakat emas. Zakat untuk emas jongkong/ dinar emas akan dikenakan jika melebihi 85 gram manakala emas perhiasan yang dipakai dikenakan jika melebihi 850 gram (untuk maklumat lanjut mengenai zakat sila rujuk pusat zakat berhampiran).

3. Emas perhiasan mudah dipajak dimana-mana berbanding jongkong emas yang hanya boleh digadai di ar rahnu yang terpilih sahaja. Emas perhiasan boleh digadaikan di mana2 Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera atau pusingan modal.

4. Emas perhiasan lebih murah untuk dibeli berbanding jongkong kerana kualiti emas adalah 916.

5. Emas perhiasan lebih mudah untuk dijual terutama kepada akak2 kat pejabat. Kalau jongkong depa gelak jer sebab x boleh pakai. 

6. Kita senang cari tempat simpan iaitu gantung jer kat leher atau tangan bini. Tapi awas jangan sampai disamun udah ler.

Thursday, May 1, 2014

Anda jangan beli emas jika

Saya akan listkan keadaan yang anda perlu elak jika ingin beli emas. Seorang peniaga emas tidak kisah apa yang terjadi kepada anda kerana mereka ingin jual emas. Tapi sebagai pembeli atau penyimpan emas anda perlu tahu dan elakkan. 

1. Anda ingin cepat kaya dan mendapat keuntungan yang banyak dengan segera. Anda perlu ingat bahawa emas tidak dapat menjamin anda mendapat untung sebagaimana anda harapkan. Ini kerana harga emas sentiasa berubah mengikut permintaan. Namun simpanan emas dapat elakkan kebocoran kewangan anda.

2. Anda terpengaruh dengan janji manis penganjur skim pelaburan berasaskan emas. Sepanjang pengetahuan saya,  Bank Negara Malaysia tidak pernah
membenarkan penganjuran skim pelaburan emas oleh individu atau syarikat. Setakat ini hanya bank sahaja dibenarkan untuk menjalankan pelaburan emas seperti akaun pelaburan emas Maybank.

3. Anda dijanjikan pembelian emas secara skim gadaian 30:70. Untuk makluman anda, melalui skim ini pembeli hanya perlu bayar 30% dari nilai emas. Setelah itu emas akan digadai atas nama anda dengan pinjaman sebanyak 70%. Bermula hari itu anda perlu menjelaskan nilai 70% itu kepada ar rahnu jika tidak emas akan dilelong apabila cukup tempohnya. setakat ini telah ramai yang terpedaya dengan skim tersebut.

4. Anda beli emas tapi tidak dapat emas dan dijanjikan keuntungan. Sepanjang pemerhatian saya, telah ramai yang menjadi mangsa skim ini. Namun penipuan tersebut tidak tersebar luas dan hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja.

5. Anda ingin beli emas dalam ketulan yang besar dengan semua tunai yang ada. Lagi besar emas yang kita beli, lagi rendah kos per gram dan lagi susah untuk dijual segera. Pembelian sebegini akan menyusahkan anda bila memerlukan tunai kerana anda perlu jual semua emas yang ada sedangkan keperluan tunai hanya sedikit. 

6. Anda beli emas atas dasar ini company “orang kita” semata-mata. Jika anda mempunyai sentimen ini anda perlu buang kerana ianya akan menutup pandangan anda terhadap pengeluar yang lain yang mungkin harganya lebih rendah. 

7. Anda tidak tahu susut nilai emas yang ingin dibeli. Dalam penyimpanan emas,  susut nilai adalah penentu tempoh masa bila anda mula boleh jual. Lagi tinggi susut nilai, lagi lama perlu tunggu. 

8. Anda beli tanpa lihat kondisi emas. Beli emas yang conditionnya tak baik (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka akan mengurangkan nilai emas tersebut apabila ingin jual semula. Anda jangan terkejut jika ada individu yang tolak untuk beli emas anda. Hanya tukang emas sahaja yang tidak kisah Kondisi emas yang dibeli. 

9. Anda beli dari orang yang tidak dikenali yang ingin deal di kawasan yang sunyi. Jika situasi ini terjadi anda perlu hati-hati dan jika boleh elakkan. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...