Saturday, April 19, 2014

Bencana Matawang Fulus


Krisis Kerajaan Mamluk Akibat Fulus

Semasa pemerintahan Sultan Kamil Ayyubi, matawang fulus secara rasmi telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 609H, fulus diedarkan sebagai matawang bagi pembelian barangan yang bernilai kecil. Fulus sebenarnya telah cuba dihapuskan sejak ratusan tahun lampau oleh para khalifah sejak zaman Umar bin Khattab ra kerana ianya tidak memberi nilai selain nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Sejarah cetakan fulus bermula di Palestin apabila para saudagar yahudi telah berjumpa Khalifah Umar bin Khatthab ra yang kala itu sedang melakukan lawatan ke Palestin. Mereka memohon agar khalifah memberi kelonggaran bagi tradisi pasar yahudi yang menjadikan fulus sebagai matawang berbanding penggunaan dinar dan dirham.

Khalifah telan mengizinkan penggunaan fulus, dengan syarat hanya boleh beredar di kalangan masyarakat Yahudi di Palestin dan Syria sahaja. Maka mereka mencetak syiling fulus tembaga dengan meniru rekabentuk dirham Sasanid yang ditambah perkataan arab kuffi “Amirul Mu'minin”, pada tahun 16 Hijriah/637 Masehi. Alasan cetakan perkataan itu adalah untuk menghormati khalifah. Namun mereka sepakat, bahwa untuk membayar jizyah dan kharaj dengan menggunakan dinar atau dirham.

Akhirnya fulus tersebut beredar juga di Mesir. Kerana bertulisan Amirul Mu'minin, orang ramai menyangka bahawa fulus dikeluarkan oleh pusat pemerintahan Islam, sebab istilah Amirul Mu'minin diperkenalkan oleh Umar Ibn Khattab ra.

Fulus menjadi begitu popular bagi masyarakat golongan bawahan di Mesir, sedangkan di Palestin dan di Syria, para saudagar yahudi mengedarkan fulus ke luar wilayah kerana yahudi kelas bawah sendiri kurang meminati fulus disebabkan tidak menyimpan nilai.

Mendengar khabar bahawa di Mesir ramai kaum muslimin menggunakan fulus untuk transaksi muamalah, khalifah bimbang jika fulus masuk ke Mekkah dan Madinah.

Untuk melarang penggunaan fulus yang sudah beredar di kalangan masyarakat tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana ia akan merugikan ramai orang terutama golongan miskin, kerana merekalah sasaran utama yahudi dalam mengedarkan fulus buatannya.

Dengan bijak, khalifah Umar ra segera mencetak dirham dalam nilai serendah 1 Dirham pada tahun 20 Hijriah/641 Masehi, dirham itu kemudian sebar ke Mesir. Bersamaan dengan itu perak berukuran daniq turut diedarkan untuk menghapuskan fulus hingga ini diikuti oleh khalifah berikutnya.

Semasa fulus pertama kali diedarkan kembali oleh Kerajaan Sultan Kamil Ayyubi di Mamluk pada 609H, nilai tukarnya bersamaan 1 Dirham = 6 daniq = 24 fulus.  Ulama telah memprotes kehadiran fulus meskipun syiling tersebut mempunyai cetakan mohor sultan dan menyebabkan fulus menjadi kurang popular di kalangan masyarakat.

Semasa Dinasti Mamluk (Mesir) seterusnya iaitu Sultan Zhahir Barquq dan anaknya, Sultan Faraj bin Barquq (1399 - 1412 M), fulus menjadi kembali popular. Pencetakan fulus tembaga menjadi pendapatan utama kerajaan.

Dibandingkan dengan pendapatan yang dihasilkan dari pembuatan dinar dan dirham, pencetakan fulus lebih menguntungkan, kerana nilai nominalnya lebih tinggi dari intrinsik bahannya atau yang lazim disebut Seigniorage.

Untuk menghasilkan fulus, kerajaan telah menarik semua Dinar Dirham lama dari peredaran kemudian dieksport ke Eropah untuk membeli tembaga dalam jumlah yang besar, agar mendapat keuntungan yang berganda.

Memang dalam jangka pendek, dengan peredaran fulus, kerajaan menjadi lebih makmur, anggaran belanja tentera dan segala projek pemerintah yang dibiayai dengan fulus tembaga ini meningkat. Gaji tentera dan pegawai dinaikkan, ekonomi bergerak lebih maju, kerana fulus berada di mana-mana, memacu rakyat untuk lebih produktif dalam menghasilkan beraneka barang dan perkhidmatan.

Tapi di balik keberhasilan tersebut ada yang terlepas dari perhatian sultan, iaitu terjadinya inflasi, dengan naiknya harga barang dan perkhidmatan. Pemerintah mengatasi hal ini dengan menaikkan gaji tentera dan pegawainya, bahkan memberi bantuan tunai secara langsung kepada golongan miskin.

Lambakan wang fulus terjadi apabila kerajaan mempelbagaikan nilai fulus, iaitu menghasilkan nilai 2 fulus yang mempunyai ukuran syiling tembaga yang sama dengan 1 fulus. Tindakan ini adalah rompakan besar-besaran terhadap jerih payah rakyat yang disimpan dalam bentuk sekeping tembaga yang murah dengan berat yang sama bagi semua nilai fulus.

fulus zaman dahulu (mula dipelopori orang yahudi)

fulus moden (orang yahudi juga pelopornya)

Pemerintah terus mencetak fulus dalam pelbagai nilai ini dan rakyat diwajibkan untuk menilai fulus dari nominal yang dicetak bukan dari segi nilai logamnya.

Inflasi semakin tak terkawal di sebabkan pemerintah terus mencetak fulus dengan alasan untuk mengatasi lonjakan harga-harga. Sultan juga mula menangkap dan menghukum peniaga yang menaikkan harga barangan dan mereka dituduh sebagai sebagai penyebab kemelut ekonomi.

Sultan ketika itu lupa bahawa kebijakannya lah yang menjadi punca masalah kerana memperkenalkan dan mencetak fulus dalam jumlah tidak terkawal.

Kesusahan rakyat mamluk menjadi semakin teruk kerana fulus telah tidak lagi bernilai di negara mereka dan pedagang luar pula selama ini hanya menganggap fulus tidak lebih dari sekeping tembaga. Banyak fulus yang mula dileburkan oleh rakyat untuk dijadikan pelana untuk dijual kepada pedagang luar untuk mendapatkan dinar atau dirham bagi kegunaan harian.

Ketika kemarau panjang terjadi, banyak haiwan ternakan dan tanaman musnah. Rakyat mendesak pemerintah untuk segera mengimpor bahan makanan dari luar negeri.

Namun import makanan tidak dapat dibuat lantaran kerajaan tidak memiliki emas dan perak yang cukup manakala perbendaharaan negara hanya terisi dengan timbunan syiling tembaga yang sangat murah di negara lain, itupun harus dijual secara timbang kati. Akibatnya makanan tidak dapat diperolehi dan jika ada pun harganya tersangat mahal.

Untuk mengatasi kewangan negara yang meruncing, sultan menaikan cukai sedangkan rakyat yang terdiri daripada petani dan peternak sudah tak memiliki fulus lagi kerana telah habis dijual secara timbangan kati kepada peniaga luar untuk sedikit makanan. Pemberontakan mula terjadi dan pemerintah menanganinya dengan kekerasan dan rakyat dituduh memberontak.

Apabila ekonomi negara semakin tenat,  rakyat di pedalaman mula meninggalkan desa-desa dan ladang-ladang mereka yang ketandusan akibat kemarau. Mereka terpaksa hijrah ke negara islam lain yang berdekatan kerana diancam mati kebuluran dan tak sanggup lagi membayar cukai yang tinggi.

Ramai rakyat yang berhijrah mati semasa dalam perjalanan akibat kekurangan makanan. Setibanya di negara yang di tuju sebahagian dari mereka yang tidak memiliki pekerjaan telah menjadi pengemis dan gelandangan.
Bagi mereka yang terlalu miskin untuk berhijrah, mereka terpaksa bertahan di kampung halaman dalam kelaparan. hidup dan mati sama saja bagi mereka. 
(Sumber: Al Maqrizi, Iqhathat al Ummah bi Kashf al Ghummah)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...