Saturday, March 22, 2014

Mengenali Emas

Untuk mengenali emas, kita terlebih dahulu perlu faham istilah ” karat ” dalam emas. Karat merupakan kadar keaslian atau ketulenan emas atau jumlah kandungan emas murni dalam seketul emas. Emas 24 karat (24K) adalah emas paling murni atau paling tulen.

Jadi emas kadar 23 karat (23K) berarti tingkat ketulenan adalah 23/24 X 100% atau sekitar 95.8%. Jadi bila Emas Kadar 22 karat dengan berat 15 gram maka kandungan emas murninya = 22/24 x 15 = 13.75 Gram.

Kandungan emas murni juga digunakan sebagai penentu bagi pembayaran zakat.

Satu standard telah diguna oleh industri dalam menentukan ketulenan emas iaitu:

■ Emas 24 karat adalah emas murni (99.99%)

■Emas 22 karat memiliki komposisi 91.7% emas, dicampur bahan lain 8.3%(biasanya perak). Namun komposisi yang biasa digunakan adalah 91.6% emas

■Emas 20 karat memiliki kompoisis 83.3% emas

■Emas 18 karat memiliki komposisi 75% emas

■Emas 16 karat memiliki komposisi 66.6% emas

■Emas 14 karat memiliki komposisi 58.5% emas

■Emas 9 karat memiliki komposisi 37.5% emas

Jika dibandingkan dengan komposisi campuran pula:

■24 karat: 24 bahagian terdiri dari emas murni.

■23 karat: 23 bahagian emas murni+1 bahagian dari logam lain.

■22 karat: 22 bahagian emas murni+2 bahagian dari logam lain.

■21 karat: 21 bahagian emas murni+3 bahagian dari logam lain.

■20 karat: 20 bahagian emas murni+4 bahagian dari logam lain.

■19 karat: 19 bahagian emas murni+5 bahagian dari logam lain.

■18 karat: 18 bahagian emas murni+6 bahagian dari logam lain.

■17 karat: 17 bahagian emas murni+7 bahagian dari logam lain.

■16 karat: 16 bahagian emas murni+8 bahagian dari logam lain.

■15 karat: 15 bahagian emas murni+9 bahagian dari logam lain.

■14 karat: 14 bahagian emas murni+10 bahagian dari logam lain.

■12 karat: 12 bahagian emas murni+12 bahagian dari logam lain.

■10 karat: 10 bahagian emas murni+14 bahagian dari logam lain.

■8 karat: 8 bahagian emas murni+16 bahagian dari logam lain.

■6 karat: 6 bahagian emas murni+18 bahagian dari logam lain. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...