Sunday, March 16, 2014

Masa sesuai untuk beli emas

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas fizikal kerana harga emas dijangka akan naik lebih tinggi. Harga pasaran emas masih dalam keadaan rendah jika dibandingkan dengan harga tertinggi pasaran emas. Pembeli juga boleh membuat belian semasa fenomena penurunan harga yang berlaku semasa harga tengah mendaki.

Kaedah yang selalu diguna dalam perlaburan emas :

A) kaedah beli dan simpan. Beli pada harga rendah dan simpanlah selama mungkin. Setakat ini harga emas telah naik sebanyak 12% sejak 1 January 2014, lebih untung dari setahun simpanan ASB.

B) jadi dealer emas. disamping menyimpan anda juga boleh menjadi ajen untuk mendapatkan keuntungan lebih. Harga jualan sentiasa lebih rendah dari harga di kedai-kedai emas.

C) beli dan jual. Ramai pelabur emas beli emas dan jual balik secara online atau offline untuk mendapatkan untung segera. Walaupun untung tak banyak bagi satu jualan tapi ia boleh mencecah ribuan ringgit jika jualan cecah volume yang banyak.

D) beli dan gadai. Kaedah ini juga dikenali sebagai rempit bagi pelabur emas. Namun seperti rempit yang berisiko tinggi, pelabur perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan jika tak mampu nak bayar balik gadaian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...