Saturday, March 15, 2014

FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA BILA BELI EMAS

BEBERAPA FAKTOR PERLU DIPERTIMBANGKAN  SEBELUM ANDA  MEMBELI  EMAS.

Antara faktor tersebut adalah:-

1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik. Biasanya anda akan mendapat harga yang rendah bila syarikat penjual lebih kerap update harga. Kadang kala prestasi harga harian adalah namun ada juga sejam dua pada hari tersebut harga turun dengan banyak. Harga emas PG adalah antara yang terendah dan di update setiap 20 minit.

2. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916. Ketulenan juga penting bagi membolehkan anda mendapat untung dan tidak tertipu dengan emas palsu.  Biasanya syarikat yang establish akan sediakan sijil ketulenan yang disahkan oleh pakar. Pakar ketulenan emas dikenali sebagai assayer. PG menyediakan sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bagi setiap syiling emas atau gold bar.

3. Stok yang mudah diperolehi dan sentiasa ada. Faktor ini penting bila kita bertindak sebagai seorang wakil jualan. Ketiadaan stok boleh membantut perniagaan emas anda. Stok PG jarang tiada kerana PG ada kilang emas. 

4. Perbezaan harga belian dan jualan (spread). Sebagai seorang penyimpan emas, susut nilai penting dalam menentukan bila kita boleh jual. Lebih tinggi spread lebih lama kita perlu tunggu untuk jual. Spread PG adalah antara yang terendah setakat ini.

5. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi. Faktor ini juga akan menentukan untung rugi anda. Syarat yang tidak ketat membolehkan anda tetap mendapat pulangan walau berlaku kecacatan pada emas anda. PG tetap akan beli emas anda walau tercalar atau patah. Kalau kurang beratnya kuranglah anda dapat bayaran.

6. Masa untuk belian. Jika anda boleh beli emas pada bila-bila masa itu adalah yang terbaik. Had waktu belian akan merencat mood untuk beli emas tambahan kalau harga menaik. Emas PG boleh dibeli 24 jam sehari.

7. Kaedah belian yang mudah. Jika anda boleh beli sesuatu produk dari mana sahaja itu terbaik. PG ada 18 cawangan di seluruh negara dan boleh dibeli secara atas talian. Cukup mudah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...