Sunday, February 23, 2014

Jongkong emas tercantik

Setakat ini jongkong emas yang tercantik saya jumpa adalah jongkong bunga mas keluaran Public Gold. Jongkong ini dikeluarkan dalam saiz 10g, 20g, 50g dan 100g.

Jongkong ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai mas kahwin atau hadiah. Dengan design seni ukir melayu asli ianya dapat memberi nilai sentimental kepada penyimpan.

Hubungi saya di talian 0102256453 kalau berminat.

Thursday, February 20, 2014

Gold is Asset is Money

Emas adalah suatu aset yang tidak susut kuantiti dan nilniya sebagaimana kereta atau motor. Emas adalah aset yang mana nilainya sentiasa kekal dan mungkin makin bertambah. Maka, secara tak langsung apabila ada aset yang tidak susut nilai, secara automatik kita dianggap ade duit.

Dari mana datang nye  duit ni??

1. Jualan

Sudah semestinya, kalau dah ade aset, kalau kita nak pakai duit, boleh la kita jual emas kita tu..anytime!

2. Pajakan

Tapi, kalau jual emas kita tu, rasa sayang pulak..kan tambahan kalau emas sentiasa naik harganya. So pajak jer la. Tapi hutang bertambah tau.

Apa perlu buat bila harga emas jatuh

Ramai dikalangan pembeli emas gelabah apabila harga emas jatuh. Pelbagai punca mereka bersifat begitu sama ada mereka beli semasa harga mahal dan selepas itu harga jatuh atau mereka beli pada harga murah dan harga emas naik namun tersalah jangkaan masa untuk jual sedangkan harga kembali turun.

Matlamat utama pelaburan emas adalah untuk melindungi harta yang kita ada dalam bentuk aset mudah cair. Memang benar emas mudah cair jika diberi haba yang cukup. Tapi itu bukan maksud matlamat yang saya cakap tadi. Maksudnya aset tersebut mudah ditukar kepada tunai bila kita dalam keadaan terdesak.

EMAS adalah pelaburan JANGKA PANJANG !!

Untuk melabur dalam emas bermakna kita perlu bersedia dengan backup kewangan lain untuk tujuan kecemasan bagi mengelakkan jualan terdesak dibuat.
Bagi mereka yang ingin untung dalam jangka pendek, emas bukanlah pelaburan yang terbaik untuk anda.

Apabila harga emas jatuh, anda tidak perlu panik. Langkah yang mungkin boleh diambil adalah simpan emas tersebut dan jual bila harga naik balik atas harga brli atau anda tambah stok emas anda selagi mampu dan kira purata harga modal bagi setiap gram emas.

Teknik kedua saya selalu amalkan dan hasilnya keuntungan yang lebih besar dicapai bila harga emas naik.

Mesti ada yang cakap mamai ker apa harga jatuh tapi tambah stock. Perangai pembeli emas adalah beli masa harga mahal.  Kenapa orang beli time mahal?

1. Sebab masa emas tengah murah takut nak beli

2. Lupa matlamat pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang.

3. Takut harga emas yang tengah naik harga akan naik dan naik dan naikkkkkkkkkkk macam emas nie takda turun harga.

4. Sebab sifat dok menunggu harga emas turun balik. Tapi harga takmau nak turun dah. Last-last beli juga pada harga lebih tinggi.

So buatlah keputusan dengan ilmu dan akal sebelum melabur.

Tuesday, February 11, 2014

China Gold

Hi, Here`s something I thought you might find interesting: How Much Gold Did Chinese Grannies Buy In 2013? For the full story: http://investing.com/news/commodities-news/how-much-gold-did-chinese-grannies-buy-in-2013 -265406 Download the Investing.com App for Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fusionmedia.investing

Saturday, February 8, 2014

Pengalaman gadai barang kemas di Ar Rahnu

Semalam aku mencuba pengalaman baru dalam dunia emas. Tapi pengalaman ini berbayar kerana aku harus gadai barang untuk dapat real experience kata orang barat.

Benarlah kata orang tua-tua pengalaman tu bukan percuma.

Bila aku buat gadaian baru aku tahu bahawa kalau nak gadai barang kemas tak perlu resit belian tapi jika nak gadai gold bar atau dinar kena ada gold bar. Tapi ada ar rahnu tak perlukan resit tu.

Ar rahnu biasa akan nilai barang kemas kita pada nilai yang mereka tetapkan dan dipanggil marhum. So lepas dapat nilai tu baru kita diberitahu nilai pinjaman yang layak.

Kos upah simpanan barang kemas juga akan diberi tahu. Dalam kes aku nie, aku beli barang kemas tu dengan harga RM3488 tapi nilai ar rahnu RM3980. So aku dapat pinjam 2580 iaitu 60% nilai marhum. Kos upah aku kena RM0.97 sehari.

So isnin nie aku guna duit yang dapat tu untuk masuk KOWAMAS sebab tengok dividen tahunan dia macam tinggi. Try dulu seribu ka.

Baki duit aku akan bayar balik ar rahnu tu dan lebihan hutang aku bayar slow and steady. Target 2 bulan satle hutang ar rahnu.

Gambar aku up kedian la lupa snap.

Gold price closed with bull market

Hi, Here`s something I thought you might find interesting: Gold gains on soft U.S. jobs report For the full story: http://investing.com/news/commodities-news/gold-gains-on-soft-u.s.-jobs-report-265174 Download the Investing.com App for Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fusionmedia.investing

Thursday, February 6, 2014

GOLD PRICE BULL

Hi, Here`s something I thought you might find interesting: Gold gains as market digests spotty U.S. indicators For the full story: http://investing.com/news/commodities-news/gold-gains-as-market-digests-spotty-u.s.-indicators-264561 Download the Investing.com App for Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fusionmedia.investing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...