Wednesday, December 18, 2013

Kunci Kejayaan

Tidak Menunggu Untuk Bermula

Orang berjaya tidak hanya menunggu untuk bermula menuju kejayaan. Mereka sanggup mula melangkah ke arah kejayaan ketika ramai takut untuk bermula. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna atau orang lain telah berjaya sebelum mereka bertindak. Tiada perlumbaan yang dimenangi atau diakhiri oleh seorang pelumba yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.


Cari Ilmu 

Kunci kejayaan adalah menggunakan ilmu yang ada untuk mengapai kejayaan. Perbezaan orang yang memulakan sesuatu dengan ilmu atau tidak adalah jika orang berilmu insyaAllah akan berjaya jika dia betul-betul gunakan ilmu yang ada. Namun orang yang tidak berilmu akan jatuh beberapa kali sebelum berjaya (school of live). Jarang kita jumpa orang yang tidak berilmu berjaya melainkan telah tercatat rezekinya disitu. 


Fokus 

Kunci kejayaan yang selalu disebut adalah FOKUS. Fakus kepada sesuatu kerja kita amat penting. Tanpa fokus kerja mungkin tidak siap atau disiapkan dengan sekadarnya. Berbeza hasil kerja fokus dengan tidak fokus. Dalam perniagaan contohnya, jarang kita jumpa seorang usahawan berjaya mempunyai banyak cabang perniagaan melainkan beliau melantik wakil bagi mengurus perniagaannya. Ini dipanggil fokus mengurus perniagaan. 


Inovasi

Orang berjaya juga akan kreatif dan inovasi bagi mencapai kejayaan. Mereka akan menggunakan pelbagai cara dan usaha bagi mempromosikan perniagaan. tanpa inovasi kita akan ketinggalan jika mempunyai ramai pesaing.


Sabar

Untuk berjaya, kita mesti sabar. Sabar dalam melayan karenah staf, pelanggan dan juga rakan kongsi. Sabar juga penting dalam berusaha untuk berjaya. Orang yang tanpa kesabaran akan bungkus lebih awal kerana mereka akan mudah berputus asa.


Ada keazaman

Azam merupakan satu pemacu kepada semangat seseorang untuk berjaya. Keazaman yang tinggi dan iringi doa akan membuahkan hasil kejayaan yang manis untuk dikecapi.

Abdullah Bin Mohammad

PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...