Thursday, December 12, 2013

Emas sentiasa berharga

Saya mendapat mesej dari seorang pelanggan saya bahawa beliau dimarahi keluarga kerana membeli emas dengan jumlah yang besar. Alasan yang diberi keluarga bahawa jongkong emas dan dinar emas akan jatuh harga pada suatu hari nanti. Keluarganya juga memaklumkan bahawa baiklah pelanggan saya itu membeli barang kemas kerana barang kemas akan naik nilainya.



Itu adalah salah satu contoh salah faham dalam minda masyarakat kita bahawa harga jongkong emas akan jatuh dan hanya harga barang kemas akan naik. Sebenarnya harga emas dan barang kemas jika dijual di kedai emas biasa susut nilainya sama iaitu akan mencecah 25%. Anda dikira cukup bertuah jika susut nilai jualan balik emas anda lebih rendah dari itu.



Namun jongkong mempunyai satu keistimewaan yang khusus iaitu susut nilainya adalah rendah jika dibandingkan dengan barang kemas jika dijual semula di mana kita beli jongkong tersebut. Contohnya jongkong Public Gold hanya mempunyai susut nilai sebanyak 6% sahaja jika dijual semula di Public Gold. Namun barang kemas berbeza kerana jika anda beli barang kemas di kedai emas, susut nilainya akan dikira 25% juga tanpa sebarang diskaun. Namun barang kemas Public Gold hanya susut nilai sebanyak 10% sahaja.

Tanggapan bahawa emas lama tidak lagi bernilai juga salah kerana jika ianya tidak bernilai tiadalah istilah harta karun iaitu barang kemas tinggalan dahulu kala yang dijumpai. Secara teori dan rialitinya nilai emas semakin lama akan semakin meningkat. Cuma nilai itu ada turun naik kerana emas telah diniagakan sebagai salah satu komoditi.

Namun tahukah anda bahawa nilai segram emas pada tahun 90an hanya sekitar berapa puluh ringgit sahaja namun nilainya telah mencecah lebih seratus.


Abdullah Bin Mohammad

PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...