Friday, November 22, 2013

Tip Membeli Barangan Kemas

Setiap kali ada bonus mesti penuh kedai emas diserbu tidak kira semasa harga emas murah atau semasa harga mencanak naik. Namun beberapa tip perlu anda pertimbangkan sebelum membuat pembelian barangan kemas. 

Susut nilai yang tinggi
Sebelum anda beli barang kemas, anda perlu ketahui bahawa susut nilai barang kemas adalah sangat tinggi. Kebiasaannya susut nilai yang ditetapkan oleh kedai adalah sebanyak 25% kerana ianya akan dinilai sebagai emas terpakai. Namun anda jangan terkejut jika susut nilai yang ditetapkan adalah lebih tinggi kadang kala sehingga 40%. Susut nilai yang sangat tinggi ini mungkin disebabkan kerosakan yang berlaku pada barang kemas yang anda jual. Pekedai akan mengira kos membaiki barangan tersebut dan ianya akan ditolak dari nilai emas yang anda jual. Jarang sekali berlaku pekedai tidak mengira kos membaiki barangan yang diterima mereka kerana kebanyakan pekedai biasa akan membaiki barang kemas yang dibeli dan dijual semula sebagai emas baharu selepas dicuci dan nampak baru.

Pilih barang kemas pada harga rendah

Harga barangan kemas yang ditawarkan oleh pekedai adalah berbeza-beza. Namun ada juga pekedai yang besar dan mempunyai banyak rangkaian yang menggunakan harga yang standard yang telah ditetapkan oleh FGJAM. Sebagai pembeli anda perlu rajin windows shopping di kedai emas sebelum membuat pembelian. Ini bagi memastikan anda mendapat barangan kemas yang diinginkan dengan harga yang lebih rendah. Namun kualiti dan kuantitinya adalah sama. Kebiasaannya kedai emas yang menawarkan harga yang rendah berada di pekan-pekan kecil atau bandar-bandar kecil. Kedai emas kecil biasanya tidak mementingkan keuntungan atas satu barangan, tetapi mereka pentingkan kuantiti pembeli yang membeli barang kemas dari mereka.

Pilih barang kemas yang kos upah rendah
Tahukah anda bahawa setiap barang kemas yang anda beli dikenakan upah pembuatan. Upah yang dikenakan adalah berbeza bagi setiap barang kemas. Kos upah bergantung kepada design barang kemas tersebut. Lagi susah untuk membentuk sesuatu barang kemas, lagi tinggi upah yang dikenakan. Upah juga berbeza bagi setiap kedai walau dari rangkaian kedai yang sama. So anda perlu tawar-menawar dengan jurujual untuk mengurangkan kos upah. Namun ada juga kedai emas yang telah memasukkan kos upah di dalam kos barang kemas. Kebiasaannya  semasa harga emas mahal, banyak pekedai tidak mengenakan kos upah kerana mereka menggunakan stok emas yang dobeli semasa harga murah dan kos upah mampu ditampung dengan kenaikan harga emas.

Pilih barag kemas yang padu
Kepaduan (betul ker ayat nie) sesuatu barang kemas akan menentukan tahap kerosakan yang akan dialami sepanjang ianya dipakai oleh anda. Barang kemas yang berongga akan mudah rosak atau kemek berbanding barang kemas padu yang lebih kuat. Selain itu, barang kemas padu lebih mudah untuk dipajak jika anda berada dalam kecemasan dan memerlukan tunai segera.

Pilih barang kemas ketulinan tinggi
Suatu barang kemas memang cantik dipandang tambahan apabila ianya dibuat dengan pelbagai warna yang memikat hati anda.  Pembuat barang kemas akan menghasilkan emas dengan warna kuning, merah atau putih dengan mencampurkan emas bersama tembaga dan perak. Terdapat juga campuran zink, nikel, palladium, dan rhodium bagi mendapatkan warna putih. Jika tembaga ditambah melebihi perak, emas yang terhasil mempunyai warna merah dan jika perak ditambah melebihi tembaga, emas yang terhasil mempunyai warna kuning pucat dan adakalanya putih. Campuran pelbagai logam asing ini akan mengurangkan tahap ketulinan emas yang anda beli. Kebiasaannya kutulinan emas sama ada 916, 999 ditanda kecil disebelah dalam barang kemas anda. Seeloknya anda pilih barang kemas yang berketulinan tinggi bagi mengekalkan nilainya.

Pilih barang kemas tiada permata

Emas bersifat lembut dan jika barang kemas yang dibuat menggunakan emas 999 (tulin), ianya mudah lekok walau digigit dengan gigi berbanding kualiti lebih rendah. Untuk membentuk suatu barang kemas yang bertatah permata, tukang emas memerlukan emas yang keras dan semestinya kualitinya rendah. Ini bagi memastikan permata yang dipasang tidak tertanggal. Ada juga pekedai yang menggunakan campuran emas kualiti rendah dengan emas 916, namun harga yang ditetapkan adalah pada harga 916. Selain itu, Barang kemas yang mempunyai permata sukar untuk dipajak atau jika dijual harganya sangat rendah. Seorang rakan pernah memberi tahu bahawa sebentuk cincin yang dibeli bagi perkahwinan hanya dapat dijual pada harga RM70 sahaja walau harga semasa beli adalah RM1500.

Jaminan trade in atau belian balik
Jika anda berhajat untuk menjual balik barang kemas anda atau u=ingin trade in bagi mendapat design terbaru barang kemas, anda perlu memilih kedai yang menjanjikan terima trade in balik atau belian semula. Kebiasaannya jika ada jaminan balik sebegini, mereka memerlukan resit ori bagi tujuan transaksi. Namun jika ada jaminan belian balik kebiasaannya susut nilai yang ditawar adalah sekitar 20% - 23% manakala bagi trade in adalah sehingga 18% bergantung kepada design barang kemas. Namun jika barang kemas tersebut rosak, nilainya akan menjadi lagi rendah.


Abdullah Bin Mohammad

PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...