Sunday, November 17, 2013

Tip Jimat Belanja Kahwin

Selalunya persediaan perkahwinan sehingga majlis bersanding selesai memakan belanja puluhan ribu ringgit. Trend ini semakin menjadi-jadi sehingga ramai dikalangan anak muda menangguhkan majlis kahwin semata-mata tidak mampu untuk memenuhi kehendak bakal pasangan atau keluarganya. 

Masyarakat melayu memang sinonim dengan perangai suka menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba sesama tetangga. Pepatah "Biar Papa Asal Bergaya" memang terpatri kuat dalam minda orang melayu. Disini saya bagi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan dalam menjimatkan majlis perkahwinan.

1.     Buat majlis berpada-pada dan ikut KEMAMPUAN bukan NAFSU. Apa yang penting perkahwinan tersebut dihebahkan kepada tetangga. Keluarga pengantin perempuan selalunya ingin buat majlis yang meriah dengan alasan satu-satunya anak perempuan la, anak perempuan sulung la, anak perempuan bongsu la dan macam-macam lagi. Kebiasaannya persediaan dan belanja bagi majlis ini akan diletakkan atas kepala bakal menantu dengan alasan "jika hendakkan anak aku turutkan saja". Namun apa yang paling penting sebenarnya adalah kebahagiaan anak menantu. Tidak guna nafsu kita dipuaskan tetapi anak kita merana kerana keluarga mereka dilitupi hutang kahwin yang berpuluh ribu. Akibatnya anak kita diceraikan kerana masalah yang tidak berkesudahan dan tergolong dalam salah seorang yang menyumbang kepada statistik penceraian yang tinggi di Malaysia. 

2.     Gotong royong merupakan salah satu budaya Melayu yang telah dilupakan. Majlis perkahwinan yang dibuat secara gotong royong oleh kaum keluarga dan tetangga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kenduri kahwin. Selain itu, kemeriahan sebenar majlis akan lebih terasa. Namun masyarakat sekarang inginkan kesenangan dan serba ingin mudah. Majlis kahwin semuanya ingin di Outsource kan kepada caterer. Akibatnya kos majlis yang hanya sekitar beberapa ribu boleh mencecah sehinggan 20 hingga 30 ribu bagi majlis yang kecil.

3.     Kurangkan jumlah majlis yang dibuat juga dapat mengurangkan kos. Adat melayu yang pelbagai menyebabkan banyak majlis terpaksa dibuat. Sebagai contoh, ada beberapa majlis yang biasa dibuat seperti majlis merisik, majlis bertunang, majlis berinai, majlis akad nikah dan majlis bersanding. Sebenarnya kesemua majlis tersebut boleh dikurangkan kepada hanya dua atau satu majlis sahaja. Majlis yang paling penting disini adalah majlis akad nikah.

4.     Jemput hanya tetangga dan kenalan rapat sahaja untuk menjimatkan kos kahwin. Jemputan yang ramai akan menyebabkan budget anda bertambah. Secara logiknya jika campur kaum keluarga dan kenalan rapat jumlahnya tidak akan mencapai 500 orang pun dan tidak semua akan hadir. Namun disebabkan ingin menjaga hati semua orang kita menjemput satu kampung, satu opis dan seluruh kaum kerabat. Akibatnya kita terpaksa menyediakan hidangan yang banyak. Jika di Kelantan, wang pemberian jemputan akan digunakan bagi membayar balik kos penyediaan majlis dan ini dapat meringankan beban keluarga anak menantu. Tetapi di negeri lain pemberian tersebut akan disapu sepenuhnya oleh keluarga mertua. Alangkah elok kalau begitu keluarga mertua kita tu buka kedai makan jer. 

5.     Menggunakan satu set persalinan sahaja juga dapat menjimatkan kos majlis. Kita tidak perlu menggunakan set persalinan yang berbeza-beza hanya sekadar untuk sesi bergambar. Perkahwinan yang menggunakan set persalinan yang banyak akan nampak seolah-olah babak tari menari dalam cerita hindustan. Jika ingin jimatkan lagi, persalinan majlis tidak perlu design pelik-pelik. Persalinan kot boleh dijadikan pilihan dank od tersebut boleh diguna bagi tujuan kerja. Jika tidak jadikan persalinan baju melayu sebagaimana kawan saya. Yang penting kreativiti anda untuk membuatkan persalinan tersebut grand tetapi murah.

6.     Menjalankan majlis semasa cuti sekolah boleh menambahkan kos belanja makan majlis. Kebiasaannya di Malaysia, setiap kali tiba musim cuti sekolah, ramai yang akan membuat majlis kahwin. Ketika ini permintaan terhadap barangan mentah majlis akan meningkat dan menjadi mahal. Oleh itu elakkan buat majlis semasa cuti sekolah atau juga dipanggil musim mengawan oleh kawan-kawan saya.

7.     Lokasi perkahwinan juga akan menjadi penantu kos majlis. Jika anda adalah golongan biasa-biasa. Tak payahlah nak dibuat di hotel atau dewan yang grand bagai. Majlis di dewan orang ramai yang sewanya sekadar RM300 bagi 2 atau 3 hari sudah memadai.

8.     Hiasan pelamin yang simple dan tidak mahal juga boleh dipilih dalam membuat persiapan. Anda tidak perlu terikut-ikut dengan trend semasa kerana design yang sedemikian adalah mahal. Anda juga tidak perlu terpengaruh dengan dakyah kahwin hanya sekali dalam membuat persiapan.

9.     Jumlah hantaran hanya berpada-pada tidak perlu banyak dan hantar barangan keperluan sahaja. Jumlah hantaran yang banyak akan menyebabkan hantaran yang dihantar adalah barangan yang tidak perlu. Hantaran juga tidaklah perlu mahal untuk sekadar kita menunjuk-nunjuk. Jika boleh elakkan hantaran seperti sejadah, jam jika pengantin telah ada jam. Kerana barangan sedemikian akan menyebabkan pembaziran dan tidak digunakan. Contoh terbaik hantaran adalah barang tersebut boleh digunakan seharian oleh pengantin seperti baju kerja.

10. Persediaan awal pembelian barangan semasa musim promosi dapat menjimatkan belanja. Di Malaysia ini, kita mewah dengan jualan murah dengan diskaun sehingga 70%. Oleh itu rebut peluang beli barang semasa waktu tersebut.

11. Jika anda membuat perkahwinan dengan menggunakan khidmat caterer, dapatkan pakej yang berbaloi baloi untuk majlis tersebut. Jika semua persediaan diambil secara berasingan, kosnya mungkin meningkat. Jika diambil dari satu pihak sahaj, kita mungkin boleh tawar menawar harganya.

12. Hantaran yang berpada-pada dan mengikut kemampuan bakal pengantin. Kita tidak perlu mendabik dada dengan mengatakan anak kita lulusan tinggi untuk menetapkan hantaran yang tinggi kerana apa yang diuruskan oleh kita adalah persediaan majlis kahwin anak kita. Jika kita nak letak tinggi-tinggi apa kata iklan jer anak kita di lelong ker. Mana tau ada yang bid tinggi. Selain itu kita tidak perlulah nak mengada-ngada letak mahal kerana orang nak tanggung dosa kita pun dah cukup baik. (Dosa gadis ditanggung bapanya sebelum kahwin, dah kahwin laki lak yang tanggung)

13. Mengubah sendiri barangan kahwin dapat jimatkan kos. Buah tangan majlis kahwin juga Antara penyumbang kos yang tinggi. Oleh itu, si gadis belajar lah buat sendiri supaya ringan sedikit beban suami awak nanti. Dah ler nak kawin dengan awak pun seksa. Dah kawin pun seksa dengan hutang pulak.

14. Jangan cetak banyak sangat kad kawin. Kos kad kawin paling murah pun sekitar 30 sen. Anda cetak sedikit sahaja kad tersebut sebab ramai yang terima kad tersebut tidak sampai 10 minit ke bakul juga tempatnya walau kad anda itu begitu cantik sekalipun. Satu lagi design sendiri dan cetak sendiri kad tersebut. Tapi itu jika anda ada printer laser. Jika tidak tempeh jer la lagi murah.

15. Jika baget anda ciput, anda perlu keluarkan baget untuk PA system, pacak silat dan kompang bagai dalam senarai kos majlis. Tidak cacat majlis anda jika bunyi-bunyian yang pelbagai. Abaikan kata orang yang mengatakan nanti majlis sunyi tanpa DJ yang dok berceloteh. Kerana bukan DJ atau mereka yang menganggungnya tetapi anda.

16. Setiap pasangan yang baharu kawin akan plan pergi bercuti. Anda tidak perlu plan bercuti luar Negara bagai padahal dalam Negara pun tak habis jalan lagi. Jika nak pergi luar Negara, saya cadangkan anda ajaklah pasangan pergi buat umrah, berkat sikit perkahwinan tu. Disana nanti boleh beribadat dan berdoa untuk kebahagian.

17. Buat senarai semak dapat membantu anda kawal belanja. Selalunya pembelian barangan yang tidak perlu akan membuatkan bajet anda bocor. Jika tidak tahu Tanya orang yang dah kawen. Selepas itu tugas anda adalah untuk keluarkan barangan yang tidak perlu dari senarai.

18. Fotografi juga amat mahal jika untuk majlis kahwin. Pada saya gambar-gambar ini tidak perlu. Tetapi pada setengah orang, memang mereka sukakan gambar. Jika anda ada kamera, anda boleh jimatkan kos dengan meminta kaum keluarga ambil sendiri gambar kahwin. Kosnya lebih jimat jika anda tidak cetak gambar tersebut. Di zaman digital sekarang mana ada lagi orang cuci-cuci gambar. Sekarang zaman facebook, blog la bro.

19. Kos yang biasanya paling tinggi bagi sesetangah orang adalah menyediakan barang kemas. Jika dijohor adat serba berdiri serba satu memang senonim bila ada majlis kahwin. Jika keluarga mertua anda minta barang kemas yang bukan-bukan, banyak lah kos yang anda perlu keluarkan. Namun anda perlu bijak berbanding mereka. Jika ingin beli barang kemas perkahwinan, elakkan beli barang kemas sadur atau mempunyai banyak permata. Ini kerana biasanya dalam sesebuah perkahwinan, barang kemas isterilah selalunya menjadi penyelamat dikala kesusahan. Barang kemas yang mempunyai banyak permata atau sadur tidak dapat digadai atau akan dibeli dengan harga yang sangat rendah oleh kedai. Selain itu, barang kemas yang mempunyai design yang pelbagai akan menyebabkan anda perlu membayar kos upah yang mahal. Ada juga kedai yang mencampur barang kemas gred rendah dengan emas 916 bagi tujuan memperkuatkan barang kemas tersebut. Di Public Gold, terdapat set barang kemas i-series yang sesuai untuk dipilih dengan harga yang lebih murah dari kedai kerana tiada kos upah. Barang kemas tersebut juga akan menggunakan emas 916 sepenuhnya. Untuk maklumat layari https://publicgold.com.my.



 Abdullah Bin Mohammad

PG037575

0102256453





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...