Friday, November 15, 2013

Beli emas fizikal dan elakkan pelaburan emas

Beli dan simpan sendiri emas adalah berbeza dengan pelaburan emas. Jika anda beli emas secara fizikal dan anda simpan sendiri, risikonya hanya terhadap kecurian sahaja. Namun pelaburan emas anda berisiko ditipu. Kadang kala ada juga dealer-dealer emas menggunakan istilah pelaburan emas wal hal mereka menjual emas fizikal. 

Dengan membeli emas fizikal, anda tidak akan mendapat apa-apa keuntungan walau satu sen pun sehinggalah anda menjual semula emas anda itu semasa harganya lebih tinggi dari harga belian.Ini berbeza dengan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan (hibah) setiap bulan selepas pembelian.


Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?
    Skim pengambilan deposit secara haram
    • Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;
    • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan
    • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan). 
Amaran Untuk Pelabur
• Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.
•  Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;
•  Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.
•  Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Ulasan

Ciri-ciri skim pelaburan emas atau skim cepat kaya menjual emas dengan harga lebih tinggi atau lebih rendah dari harga pasaran atau syarikat emas lain. Selain itu serahan emas juga hanya akan dibuat selepas tempoh yang dipersetujui dengan keuntungan mengikut kadar yang ditetapkan. Kebiasaannya pelabur akan dijanjikan dengan belian semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi dari harga yang dibeli pelabur. 

Oleh itu, hati-hati jika ingin melibatkan diri dengan emas. Seeloknya cari ilmu dahulu dan selidik syarikat anda ingin melabur. Jika boleh beli emas fizikal terus dapat selepas pembelian.



Abdullah Bin Mohammad

PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...