Friday, November 8, 2013

Harga Emas Terendah

Harga emas kini berada di paras rendah lagi. Jika anda berminat untuk membuat pembelian ini lah masa yang sesuai. Sila klik di sini untuk membuat pembelian atau disini mengenai panduan pembelian. Sila ke sini jika ingin tahu tips dan juga maklumat susut nilai emas.

Untuk makluman anda semua, harga emas sekarang berada di paras rendah dan sesuai untuk pembelian. Harga ini akan mula berubah pada hari isnin setelah pasaran emas diniagakan semula. Oleh itu apa tunggu lagi.






Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Teknik Belian Emas

Terdapat pelbagai teknik belian emas yang boleh anda amalkan dalam menambah simpanan emas anda atau mendapatkan pulangan. Namun setiap teknik memerlukan kemahiran mengenai keadaan pasaran emas dan juga teknik yang digunakan.

Dalam artikal ini saya akan share beberapa teknik yang selalu digunakan oleh penyimpan emas dalam menambahkan stok mereka atau membuat pulangan keuntungan. Namun anda diingatkan supaya mencari ilmu mengenai teknik-teknik tersebut sebelum mengamalkannya kerana ianya mungkin akan membuatkan anda merana kerugian.

Beli dan tunggu untuk jual
Teknik ini adalah teknik paling popular. Teknik yang mudah namun memerlukan pembelian dibuat pada dibuat pada waktu yang tepat. Kerap berlaku pembelian dibuat pada harga tinggi semasa keadaan harga emas tidak stabil. Ini mendedahkan kepada risiko tempoh menunggu yang lama apabila emas menjunam jatuh. Kebiasaannya ada dikalangan pembeli yang membuat belian semasa harga emas rendah dan tunggu harga naik sebelum jual.

Beli dan terus beli tanpa jual
Teknik ini biasa dibuat oleh penyimpan emas yang tegar dan berkemampuan. Namun ada juga penyimpan kecil-kecilan yang membuat pembelian emas dengan menggunakan teknik ini. Apa yang penting dalam teknik ini adalah kuantiti simpanan emas. Kebiasaaannya emas hanya akan dijual apabila penyimpan terdesak perlukan wang.

Beli dan jadi ejen
Teknik ini biasanya diamalkan oleh mereka yang target untuk dilantik sebagai ejen jualan produk emas. Namun ada juga pengeluar emas yang melantik ejen tanpa perlu membuat apa-apa belian. Dengan hanya bayaran sejumlah wang pendaftaran, anda layak dilantik sebagai ejen.

Beli dan jadi penjual produk 
Teknik ini banyak digunakan oleh penjual barang kemas secara online. Mereka ini akan membuat pembelian barang kemas tidak kira semasa harga murah atau mahal dan akan membuat jualan barangan kemas tersebut sama ada kepada kenalan atau dijual secara online.

Beli dan gadai
Teknik ini dikenali sebagai rempit oleh mereka yang terlibat dengan emas. Biasanya pengadai tegar akan membuat belian dan gadaian yang berulang kali sehingga di akhir gadaian hanya tinggal seketul emas yang kecil dalam simpanan mereka. Teknik ini terdedah kepada kerugian akibat kos upah simpanan emas jika dibuat semasa harga emas tidak stabil. Kebanyakan mereka yang berjaya menggunakan teknik ini adalah mereka yang membuat belian semasa harga emas sedang menuju kemuncak pada 2011. Ramai yang membuat teknik ini semasa harga yang tidak stabil kerugian apabila tidak mampu lagi membayar kos upah.


Kesimpulannya, anda boleh gunakan mana-mana teknik yang anda mahir dan suka. Apa yang penting kekayaan anda dilindungi apabila menyimpan kekayaan dalam bentuk emas. Ini kerana sifat emas adalah kalis inflasi. Turun naik harga emas itu biasa dan lumrah barangan komoditi.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...