Tuesday, November 5, 2013

Lokasi menyimpan simpanan emas anda

Ramai yang telah menghubungi saya bertanya mengenai emas Public Gold. Bila diberi penerangan bahawa post-post saya sebelum ini bukanlah pelaburan atau skim cepat kaya tetapi proses jual beli emas secara fizikal. Soalan mengenai lokasi simpanan emas yang dibeli pula ditimbulkan.

Jika anda hanya mempunyai sekadar beberapa keping dinar emas atau beberapa ketul gold bar yang jumlahnya tidak seberapa, anda boleh menggunakan krativiti sendiri bagi menyimpan emas tersebut. Namun anda perlu mengelakkan menyimpan emas dilokasi yang biasa menjadi sasaran pencuri seperti dalam laci atau dalam almari.

Jika anda mempunyai jumlah emas yang banyak, anda boleh menyimpan emas anda di dalam peti simpanan keselamatan. Anda boleh menyewa peti tersebut dengan tempoh minima sewaan adalah setahun. Antara syarikat yang menwarkan sewaan peti keselamatan yang ada adalah:


  1. mySAFEBOX http://www.mysafebox.com.my/
  2. Royal Safe Deposit Boxes http://rsdb.com.my/bm/
  3. Safe Deposit Box Sdn Bhd http://www.safedepositbox.com.my/
  4. mybank
  5. CIMB
  6. ambank

Selain dari senarai di atas, ada lagi beberapa syarikat keselamatan yang menawarkan peti simpanan, anda boleh membuat carian di google untuk maklumat lanjut.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...