Sunday, November 3, 2013

Public Gold adalah kedai emas

Apabila saya iklankan mengenai emas Public Gold ramai yang bertanya mengenai iklan tersebut. Tidak kurang ada yang bertanya jika ada pendapatan bulanan. Untuk pengetahuan anda, Public Gold bukan lah syarikat pelaburan emas yang menjanjikan pendapatan. Public Gold adalah syarikat yang menjalankan jualan dan pembelian emas seperti kedai emas biasa. 

Cuma beza Public Gold dan kedai emas yang anda kenali adalah dari segi harga dan koleksi produknya. Kedai emas biasa akan menawarkan harga yang lebih tinggi mengikut harga yang ditetapkan oleh persatuan peniaga emas dan mengenakan kos upah bagi setiap pembelian.

Public Gold pula menawarkan barang kemas dengan harga yang lebih kompetetif kerana tujuan utama emas Public Gold adalah jualan emas bagi simpanan atau juga dikenali sebagai emas pelaburan. Anda boleh baca post-post saya sebelum ini bagi mengetahui mengenai susut nilai emas PG dan kedai emas biasa.

Selain itu, barangan keluaran PG juga sesuai untuk tujuan pelaburan kerana tidak memasukkan unsur yang boleh merendahkan nilai emas tersebut. Jika anda beli loket yang ada permata, harganya tentu mahal tapi bila dijual mungkin anda hanya mendapat beberapa ratus sahaja kerana kualiti emasnya rendah dan permata tidak akan dinilai oleh kedai.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...