Wednesday, October 30, 2013

Kayu Ukur Dalam Simpanan Emas

Jika disebut emas sebagai simpanan, ramai yang cakap akan beli barangan kemas untuk dijadikan simpanan. Namun anda perlu tahu apakah kelemahan simpanan barangan kemas sebagai salah satu medium pelaburan anda dengan baca di sini.

Selalunya simpanan emas terbahagi kepada 3 kategori utama yang popular iaitu:

  1. Gold Bar / Jongkong Emas
  2. Dinar Emas
  3. Barangan Kemas
Setiap barangan ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, namun anda tidak perlu risau kerana emas tetap bernilai sepanjang masa tamadun manusia. Kali ini saya akan kongsikan kelebihan dan kekurangan 2 jenis produk emas pelaburan yang utama iaitu dinar dan gold bar. Sebelum membuat pembelian, biasanya kita akan berfikir mana satu pilihan kita? 

Sama ada emas 22K (916) (1 Dinar = 4.25g)






Atau emas 24K (999)







 









 



Dalam kategori 2 kategori di atas, saya dapat kelaskan emas tersebut kepada 3 kelas iaitu:

Kelas Deluxe: 1/2, 1 dan 2 dinar, 0.2, 1g, 5g dan 10g gold bar.
Kelas Suites: 5 dan 10 dinar, 20g, 1 aunce (31.10g) dan 50g gold bar
Kelas Executive Suites: 100g, 250g, 500g dan 1 kilo gold bar


Jika dilihat pada kelas di atas kita akan tahu harga dan permintaannya. Saya akan terangkan kelebihan dan kekurangan bagi setiap kelas yang ada.


Kelas Deluxe:
Harga emas deluxe boleh dikatakan emas mampu milik kerana harganya tidak terlalu mahal bagi semua golongan. Emas seberat 1 gram hanya sekitar bawah RM200 sahaja dan boleh dibeli setiap bulan. Harga emas paling berat dalam kelas ini pula berada sekitar RM1600. Harga bagi bagi 1 dinar sekarang adalah sekitar RM600, namun emas ini berkualiti lebih rendah dari gold bar. Anda jangan jika ada yang menawarkan emas seberat 0.2 gram. Harganya lebih murah namun susut nilainya tinggi.

Walaupun deluxe adalah mampu milik, namun sebenarnya ia mempunyai susut nilai atau spread yang lebih tinggi dari kelas yang lain. Untuk panduan kiraan spread anda boleh baca di sini. Selain itu, harga per gram emas deluxe juga lebih mahal kerana pembekal emas akan mengambil kira kos pembukusan dan juga kos menempa emas.

Maka kesimpulannya, walau harga yang kita beli adalah rendah, tetapi tempoh menunggu bagi membolehkan keuntungan dijana apabila emas dijual adalah lama. Ini kerana pembekal emas akan menjual kepada anda dengan harga WE SELL yang lebih tinggi dan beli semula dengan harga WE BUY dengan harga yang lebih rendah. Oleh itu, jika anda bijak, anda boleh menjual emas tersebut kepada pembeli emas dengan harga pasaran dan bukannya menjual kepada pembekal emas dimana anda beli emas. Emas ini juga mudah diterima di Ar Rahnu apabila perlu dipajak ekoran kesuntukan wang. Tempoh simpanan yang sesuai bagi kelas Deluxe sebelum dijual semula kepada pembekal adalah 3 hingga 4 tahun bergantung kepada keadaan pasaran semasa.


Kelas Suites:
Emas kelas suites adalah lebih mahal dari kelas deluxe iaitu berada sekitar RM3000 bagi dinar emas dan gold bar 20g. Manakala harga bagi gold bar paling berat iaitu 50g adalah sekitar RM7000. Susut nilai emas kelas suites adalah berada dipertengahan antara emas kelas Deluxe dan kelas Executive Suites.

Disebabkan harga yang lebih tinggi, emas ini kurang digemari oleh pengumpul emas kerana kemampuan untuk memilikinya memerlukan tempoh menabung yang lama. Selain itu, jika kita ingin menjual semula kepada mana-mana pembeli, ianya agak kurang mendapat sambutan. Tetapi ada yang menjualnya secara hutang, namun urusan jual beli emas secara hutang adalah haram kerana berlaku riba.

Tempoh simpanan yang sesuai bagi kelas Suites sebelum dijual semula kepada pembekal adalah 1 hingga 2 tahun bergantung kepada keadaan pasaran semasa.


Kelas Executive Suites: 
Emas kelas ini dikenali sebagai emas mewah kerana harganya antara RM15000 hingga RM16000 bagi emas 100g manakala emas dengan berat 1 kilo atau 1000g berada diantara RM150000. Disebabkan faktor harga, kebiasaannya emas kelas ini hanya dibeli sebagai pelaburan jangka panjang atau dibeli oleh pembekal barangan kemas sahaja. Namun terdapat juga dikalangan penyimpan emas yang sanggup membeli emas kelas Executive Suites disebabkan faktor susut nilai atau spreadnya yang rendah.

Emas kelas Executive Suites juga susah untuk dijual semula kepada pembeli kerana tidak semua orang yang mampu untuk memilikinya. Ar Rahnu dan bank komersial juga jarang membeli semula emas kelas ini disebabkan nilainya yang besar. Namun masih ada bank atau Ar Rahnu yang menerima gold bar 100g sebagai gadaian atau belian.

Tempoh simpanan yang sesuai bagi kelas  Executive Suites sebelum dijual semula kepada pembekal adalah dalam lingkungan tahun bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

Tetapi faktor perkara yang lebih penting bila anda mula membeli emas adalah lokasi atau cara pemyimpanan. Akan datang saya akan kongsikan lokasi penyimpanan yang boleh anda sewa bagi menyimpan kekayaan anda.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...