Monday, October 28, 2013

Teknik Pelaburan Emas Secara Gadaian

Masyarakat kita dan sistem gadaian seolah-olah tidak dapt dipisahkan. Gadaian di Ar Rahnu sepatutnya adalah satu kemudahan pinjaman wang secara gadaian bagi mereka yang memerlukan. Namun instrument tersebut telah disalah guna oleh pelabur-pelabur emas yang mengejar kekayaan segera.

Sepatutnya jika anda ingin pulangan lumayan dari emas, sistem gadaian bukan satu langkah yang tetap. Tetapi anda perlu berniaga emas. Baharulah anda akan dapat pulangan yang lumayan. Anda juga tahu setiap emas yang dibeli mempunyai spread yang telah ditetapkan oleh pembekal emas tersebut. Kebiasaannya spread bagi emas simpanan adalah antara 5% hingga 15% mengikut pembekal. Manakala apabila anda membuat pajakan, setiap pinjaman yang diterima akan dikenakan upah menyimpan emas yang dipajak. Kebiasaannya upah adalah sekitar 8% dari pinjaman yang diterima namun bergantung kepada Ar Rahnu yang anda kunjungi.

Jika spread emas anda adalah 6% dan kos pajakan adalah 8% dan anda pula membuat sambungan pajakan sehingga setahun, maka spread emas anda adalah 12%. Jika kenaikan emas pada tahun tersebut adalah baik dan melebihi spread yang ada, anda akan dapat untung. Tetapi pada situasi sekarang dengan harga emas yang tidak stabil akan menyebabkan anda menanggung hutang yang banyak dan berisiko emas yang dipajak akan dilelong.

Dari segi hukumnya, anda boleh dengar penerangan UZAR di bawah. Jika masih tak faham boleh mesej beliau di blognya.




Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...