Sunday, October 20, 2013

Perwatakan melalui seluar yang dipakai

Sekadar untuk joke, percaya jangan kerana sifat manusia itu wujud melalui didikan bukan melalui seluar.

Seluar Jeans 
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

Tidak Pakai Seluar
Kalau baby takper la, kalau dah besar atau bahasa mudahnya tua bangka, sah-sah gila. 

Panduan Membeli Emas


Tahniah jika hati anda telah terdetik untuk membeli emas sebagai simpanan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang pembelian, anda perlu tahu beberapa perkara asas bagi mengelakkan anda perlu menunggu harga emas naik dalam masa yang lama.

1. Anda perlu pastikan wang yang ingin digunakan bagi membeli emas bukanlah tabungan kecemasan anda atau wang yang akan digunakan dalam tempoh terdekat. Sebolehnya wang tersebut adalah simpanan yang anda tidak gunakan.

2. Tanamkan azam dihati bahawa anda membeli emas bukan bertujuan untuk untung dalam masa yang singkat. Emas tidak menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat kerana janji sebegitu hanya ditawarkan oleh skim cepat kaya atau ejen-ejen MLM sahaja. Keuntungan emas anda perolehi apabila anda jual semula emas anda dengan harga lebih tinggi dari harga belian. Anda perlu ingat, lagi lama anda simpan emas, lagi tinggi nilainya. Namun anda perlu ingat emas adalah logam komuditi yang ada turun naik harganya. Tetapi ia berbeza dengan logam atau barangan komuditi lain kerana emas tetap berharga selagi ianya emas.


3. Lokasi kedai emas yang menjadi pilihan anda juga perlu diberi perhatian sebelum membeli emas. Jika anda ingin beli emas sebagai perhiasan diri, Lokasi yang sesuai adalah kedai emas kerana designnya adalah terkini dan moden. Namun anda perlu ingat, barangan kemas tidak sesuai dijadikan aset pelaburan yang menguntungkan. Ini adalah kerana harga jualan barangan kemas tersebut mengikut harga yang telah ditetapkan oleh persatuan peniaga emas dan harganya lebih tinggi. Selain itu susut nilai barangan kemas adalah sangat tinggi sehingga mencecah 18%-25% mengikut kedai. Jika emas anda dinilai sebagai emas terpakai, anda secara rasminya kerugian 25% bagi susut nilai. Lokasi yang sesuai bagi pembelian barangan kemas adalah dari pengeluar emas pelaburan. Terdapat banyak pengeluar emas pelaburan yang ada di Malaysia. Tetapi faktor susut nilai antara pengeluar emas juga faktor penting.

4. Jika anda sedang mencari pengeluar emas pelaburan dalam bentuk jongkong emas atau barangan kemas pelaburan, anda boleh google mengenai perkara tersebut dan anda akan jumpai banyak pengeluarnya. Namun setiap harga yang ditawarkan oleh pengeluar adalah berbeza. Selain itu susut nilai harga emas (spread) antara pengeluar juga berbeza. Jika anda ingin kira berapa spread yang ditawarkan oleh setiap pengeluar, anda boleh membuat kiraan = ((Harga Anda Beli - Harga Anda Jual)/Harga Anda Beli) x 100.

Harga anda beli = WE SELL
Harga anda jual = WE BUY

Contoh: ((2971-2793)/2971)x 100 = (178/2971)x 100 = 5.99% =6%

Lagi rendah spread yang ditawarkan, lagi cepat anda boleh jual untuk dapat untung. Spread yang tinggi menyebabkan anda perlu tunggu lama untuk membolehkan anda untung.

Harga yang ditawarkan oleh Public Gold. 
PG Sell harga anda beli, PG Buy harga anda jual semula emas kepad Public Gold

Perbandingan spread emas Public Gold.

5. Ada antara pengeluar emas yang tawarkan spread yang rendah hingga 5% bagi 10g emas. Namun anda perlu fikirkan faktor lokasi kedai emas tersebut. Ada antara pengeluar emas tersebut hanya mempunyai beberapa buah cawangan sahaja. Itu menyukarkan dan menambah kos kepada anda. 

6. Pilihan emas yang banyak dan mengikut kemampuan anda turut menjadi faktor penting. Anda perlu beli emas ikut kemampuan bukan ikut nafsu.

7. Tempahan atau jualan yang senang. Ada antara pengeluar emas yang hanya hadkan jualan atau belian hanya boleh dilakukan melalui dealer yang dilantik. Itu menyukarkan anda apabila ingin membuat belian atau jualan. Public Gold membolehkan pembeli emas membuat tempahan atau lock harga jualan secara atas talian. Anda boleh lock harga emas mengikut kemampuan anda dan buat bayaran serta embil emas anda di cawangan berhampiran. Sila klik disini untuk cara membeli emas Public Gold online.

8. Jaminan belian balik merupakan perkara penting dalam pelabuan emas. Public Gold menawarkan jaminan belian balik emas dengan spread yang rendah. Jika anda beli emas dan jual di kedai lain. Emas anda akan dikira emas terpakai dan spreadnya adalah 25%.

9. Simpanan emas biasanya akan digunakan semasa kecemasan. Pilihan yang ada adalah pajak di Ar Rahnu. Oleh itu anda perlu pilih emas yang diterima untuk dipajak oleh Ar Rahnu bagi kegunaan semasa kecemasan.


Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...