Saturday, December 14, 2013

Cara Mengenal Skim Penipuan!

Tip nie aku jumpat kat web site malaysian investor SIDC. Disebabkan tip nie berguna aku share dengan pembaca semua untuk pengetahuan korang jualah. Ayat kat web tu berbunyi begini bagi minimumkan risiko kehilangan wang simpanan anda dengan mengetahui pelbagai jenis pelaburan tidak sah di sisi undang-undang yang terdapat dalam masyarakat kini. Berikut ialah beberapa ciri dan janji yang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan:


  • Untuk setiap pelaburan yang dibuat, anda menerima pulangan yang tinggi, umpamanya, 20-30% sebulan bagi setiap bulan.
  • Anda tidak pernah ditunjukkan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau mendaftar diri.
  • Anda diberitahu bahawa tawaran itu hanya untuk tempoh terhad dan anda MESTI membelinya sekarang.
  • Anda diminta memasukkan wang ke dalam bank asing dalam mata wang asing untuk mendapatkan suatu hadiah tetapi anda tidak ingat pun pernah masuk sebarang pertandingan atau cabutan bertuah.
  • Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.
  • Anda menerima e-mel yang meminta nombor akaun bank anda kerana mereka mahu menghantar wang kepada anda, biasanya berjumlah berjuta-juta dolar Amerika, dari beberapa negara asing. Ini sebenarnya bukanlah satu bentuk skim penipuan pelaburan, tetapi tetap satu lagi skim penipuan yang popular.
  • Anda ditawarkan satu produk pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan.
  • Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan. Alamat dan maklumat perhubungan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar kepada anda itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar syarikat itu.
  • Anda ditawarkan “hadiah percuma” untuk mendapatkan sesuatu kemudian, contohnya, sejumlah wang yang besar.
  • Anda ditawarkan peluang pekerjaan dengan gaji besar tanpa memerlukan pengalaman dan kelayakan akademi yang berkenaan.
  • Anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing (umpamanya yang beribu pejabat di Makau, Bahamas, Kepulauan British Virgin, dsb) untuk berdagang dalam indeks asing (contohnya, indeks Hang Seng), komoditi (contohnya kopi) atau mata wang asing (contohnya AS$, Yen dsb) tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai “margin”, sebelum sesuatu urus niaga boleh dilakukan.
  • Sukar untuk menemui sebarang maklumat mengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalam tapak web mana-mana pihak pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan.
Untuk melihat senarai pelaburan haram yang telah dikesan, korang boleh ke laman web Suruhanjaya Sekuriti
Jika anda mengalami mana-mana keadaan di atas, apakah yang perlu anda lakukan untuk melindungi diri anda? 

Akan bersambung pada dua hari lagi....

Abdullah Bin Mohammad

PG037575
0102256453

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...