Wednesday, November 13, 2013

Bagaimana Saya Mengenali Public Gold

Pengalaman pertama saya membuat pembelian emas adalah bersama Poh Kong Jusco Cheras Selatan. Semasa beli emas iaitu sebentuk cincin, saya rasakan harganya adalah cukup mahal iaitu sekitar RM500. Mahal la kan RM500 tu sebab kita nie bukan rang ada-ada.


Selepas beli cincin tersebut, saya asyik terfikir bahawa mesti ada kedai emas yang menjual emas dengan harga yang murah sebab cincin nak kena beli lagi sebab ikut adat johor katanya tunang satu cincin kahwin satu cincin. So saya terjumpa pelbagai laman web yang offer pelbagai produk barang kemas dalam bentuk seketul (time tu tak tahu lagi orang panggil gold bar atau gold wafer).

Last-last lokasi kedua pembelian barang kemas aku Poh Kong The Mines la tempatnya. Untung amoi cina tu dapat komisen sebab aku beli cincin dan seketul gold bar bunga raya selepas jenuh dok bertanya dengan amoi tu. Masa aku tu baru tahu nama emas seketul tu gold bar. Masa aku  beli gold bar tu harganya RM1660. Murah kata amoi tu, tapi dalam hati aku dok cakap murah atok lu.

Lepas aku beli gold bar bunga raya tu, aku asyik dok terfikir bila boleh jual sebab amoi Poh Kong tak cakap pun pasal jual dan aku pun lupa tanya. Last-last aku tanya la dengan pak cik google mengenai gold bar bunya raya. dari situ barulah aku tahu bahawa nak jual kena tunggu lama giler sebab ada feedback yang cakap tu setahun pun tak balik modal lagi sebab susut nilainya sampai 25% bila jual balik di Poh Kong. Disebabkan rasa ingin tahu, aku try la buat-buat nak beli gold bar di Poh kong Jusco Equene. Dari penerangan amoi kat equene nie, baru lah aku tahu bahawa jika jual balik susut nilainya sehingga 12%. Jika trade in dengan barang kemas lain, tiada susut nilai dikenakan. Tetapi jika plastik cover terbuka, maka susut nilainya 25% dikenakan iaitu sama seperti emas terakai. 

So start hari tu aku dok riki kat google dan macam-macam emas aku jumpa. Ada GCP, ada Public Gold, ada PAMP Suisse, ada juga dinar dan macam-macam lah. Start dari web site aku tahu susut nilai tu dipanggil spread. aku tengok ada web site buat perbandingan spread. Tapi ketika itu aku dok riki GCP sebab ada kawan aku ejen GCP. Last-last luluh hati ku bila tahu nak jadi dealer GCP kena bayar RM1000. Disebabkan aku tak berkenan dengan sistem sebegitu, aku usha la produk lain. 

Lepas usha punya usha harga emas menjunam jatuh bedebuk macam nangka busuk. Masa itu harga jatuh USD 1313 satu auns (31.1g). Masa itu, aku tengok harga kat website pengeluar emas, harga Public Gold jer drop gila-gila padahal paginya harga lebih kurang jer produk emas lain. Harga pengedar lain aku tengok tak berubah. Ketika itu aku terus book la seketul gold bar mampu aku milik dengan Public Gold. Lepas register sebagai pembeli dan book, baru aku terfikir kenapa harga dia berubah-ubah sebab lepas book harga naik balik. Dari situlah baru aku tahu harga Public Gold nie dikemas kini setiap 20 minit mengikut harga spot price (harga emas dunia la tu).

Dah yakin tak kena kencing dengan Public Gold aku berserah jer la kepada Allah dengan buat bayaran dan aku pun call la staff Public Gold bernama Vianna Choo sebab dia yang reply email aku lepas bayar tu. Dia bagi aku no Public Gold kajang. Aku call Public Gold Kajang dan ader awek melayu jawab. Lembut jer suaranya heheheh. sebelum stop call aku tanya dan tau namanya Adibah. So esoknya seperti aku bagi tau Adibah staff Public Gold Kajang nie, aku pegi ambil emas tu. Adibah nie aweknya kecik-kecik comel jer tapi comel lagi gold bar tu hehehehe.

Lepas ambil aku minta adibah uji emas tu sebab nak yakinkan diri bahawa emas tu tulen. testing semua cantik tepat gramnya dan kualitinya. Sejak itu aku lebih aktif mencari ilmu pasal emas dan Public Gold. Sekarang aku yakin bahawa belian emas aku kali kedua ini lebih tepat. Dari google pun aku dapat tahu bahawa emas Public Gold memang diterima oleh Ar Rahnu bank atau koperasi. Cuma ada sesetengah cawangan sahaja tidak terima pajakan gold bar atas dasar kecairan kewangan bank walau ada cawangan lain ar rahnu yang pula terima.

Lepas aku dah yakin, barulah aku berani untuk cadangkan kepada rakan-rakan dan orang lain untuk turut sama beli emas Public Gold disebabkan kelebihan yang ada padanya. Tiada apa yang rugi kerana emas Public Gold mempunyai sijil ketulinen yang disahkan oleh Assayer bebas dan emas juga berada ditangan anda. Jika anda berminat sila layari https://publicgold.com.my untuk maklumat lanjut dan http://kembarasangsufi.blogspot.com untuk cara membuat tempahan.


Abdullah Bin Mohammad

PG037575
0102256453

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...