Sunday, October 13, 2013

Wang kertas umpana tisu tandas

Kita selalu dengar mengenai kemelesetan ekonomi setiap 10 tahun. Pada 1988 dan 1998 perkara tersebut betul-betul terjadi. 2008 kesannya tidaklah teruk dan bagaimana 2018? Adakah kita bersedia dengan teori tersebut.
Kebenaran teori tersebut saya tidak pasti ketepatannya. Namun itulah yang menjadi kerungsingan ramai antara kita. Dengan simpanan tidak seberapa, mampukah kita harunginya.
Namun pada saya kita tidak perlu risau jika kita ada cara melindungi simpanan tersebut. Caranya sama ada kita  beli hartanah atau emas.
Jika kita ingin beli hartanah,  modal yang besar diperlukan tambahan dengan harganya sekarang adalah tidak mampu milik.
Tetapi jika kita simpan emas, itu logik kerana 1 Dinar emas pun bernilai sampai bila-bila dan di mana jua kecuali bila mati masuk kubur. Selagi emas itu emas, semua orang inginkannya.
Kebergantungan ekonomi kepada nilai dolar us boleh membunuh ekonomi itu bila-bila masa sahaja. Lihat tahun 1998 banyak negara hampir muflis kerana spekulasi mata wang. Yang kaya semestinya bank dunia dan penyangak mata wang.
Oleh itu tidak rugi beli emas sebagai simpanan anda.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...