Saturday, October 26, 2013

Kelebihan Menyimpan Emas

Kita selalu lihat orang kaya-kaya mempunyai kelebihan dalam berbelanja bila ada wang. Tapi bila difikirkan balik ada wang tapi tidak tahu guna lama-lama pun akan habis. Paling-paling tidak duit yang ada makin kurang nilainya bila harga barangan makin mahal.

Bajet 2014 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam menyebabkan ramai garu kepala apabila salah satu intipati bajet adalah pemansuhan subsidi gula sebanyak 34sen. Seperti biasalah ada yang menyokong dan ada yang menentang. Tapi lumrah peniaga di Malaysia, harga gula naik, semua barangan akan naik walau barangan tersebut tidak guna gula pun.

Jika ada wang banyak tapi barangan mahal tiada guna kerana wang kita akan susut nilai dimamah inflasi. Berbeza jika kita banyak emas. Tahun 1995, akak saya kawin dan masa itu cincin yang dibeli oleh abang ipar saya iaitu cincin belah rotan harganya tidak sampai RM200. Besar pula tu cincin tersebut. Sekarang jika kita nak kawin, nak cari cincin yang harganya bawah RM500 pun susah, jika ada hanya cincin belah rotan yang agak nipis dan ringan.

Itu lah kelebihan emas yang tidak dimamah masa nilainya.Jika hari ini kita menyimpan loket emas seberat 10g, beratnya akan tetap sama 10 tahun lagi. Tapi jika hari ini kita beli dengan harga RM1500, mungkin 10 tahun lagi harganya akan mencecah RM3000. Itu lah emas yang sifatnya menyimpan nilai sepanjang zaman.

Jika kita ada duit, dengan senang hati kita akan berbelanja tanpa berfikir untuk berjimat tambahan pula zaman sekarang ini kad kredit mudah untuk diperolehi. Tapi jika duit tersebut kita tukar kepada emas, kita akan berfikir banyak kali untuk berbelanja kerana cash yang ada tidak banyak. Tapi anda jangan lupa, jika anda menyimpan emas sekali pun, peruntukan kecemasan perlu ada dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.




Emas juga boleh digunakan sebagai simpanan kecemasan kita kerana telah banyak Ar Rahnu yang mula menerima produk emas dalam bentuk gold bar. Perkembangan ini akan memberi sinar kepada penyimpan emas kerana boleh membuat gadaian apabila memerlukan duit.


Selain itu, jika harga emas yang kita beli telah mempunyai nilai yang tinggi berbanding semasa mula-mula beli, kita boleh jual emas tersebut untuk dapatkan tunai bagi kegunaan yang lebih bernilai seperti membuat deposit pembelian rumah. Namun jika anda jual emas untuk dapatkan deposit bagi beli kereta idaman, baik anda fikirkan semula kerana kereta adalah barangan keperluan yang mempunyai susut nilai yang tinggi. Kereta hanya perlu dibeli sekadar untuk kemudahan dan keselesaan sahaja dan tidak perlu bermewah.

Untuk itu, fikir-fikirkan untuk mula menyimpan emas.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...