Wednesday, October 23, 2013

Harga emas dijangka melonjak






Permintaan stabil, unjuran ekonomi baik faktor peningkatan

Harga emas mampu mencecah AS$1,400 (RM3,230) satu auns menjelang akhir tahun ini berikutan permintaannya yang stabil dengan unjuran ekonomi yang lebih baik, demikian menurut peruncit barangan kemas emas terbesar di Malaysia, Poh Kong Holdings Bhd. 


Harga emas kini bergerak antara AS$1,200 dan AS$ 1,300 satu auns.


Poh Kong kini mempunyai 105 cawangan di Semenanjung Malaysia dan kami menyasarkan untuk melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang” Ermin Siow, Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd

Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow, berkata harga tidak akan turun kembali ke paras pada pertengahan April hingga pertengahan Mei tahun ini.

Beliau berkata, satu sebab a berlakunya penurunan secara tiba-tiba semasa tempoh antara April dan Mei itu adalah kerana spekulasi pasaran mengenai langkah pelonggaran kuantitatif (QE) oleh Rizab Persekutuan AS.

Pelabur berhati-hati

Pelabur berhati-hati berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Benanke, mengenai pengurangan program pembelian bon pada bulan yang akan datang. 
“Kebanyakan penganalisis bagaimanapun tidak menjangka QE akan dilaksanakan sekarang dan ia dijangka hanya akan dikuatkuasakan hanya apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

“Malah, apabila harga jatuh, permintaan untuk emas fizikal atau siap akan masih menjadi tinggi terutama di negara Asia,” katanya.

Siow berkata, semasa kejatuhan harga pada pertengahan April dan pertengahan Mei itu, harga runcit emas juga jatuh sebanyak 20 peratus daripada RM180 segram kepada RM155 satu gram.

Katanya, Poh Kong menerima lebih ramai pelanggan pada hari raya tahun lalu berbanding tahun ini.

“Kami menganggap kebanyakan orang membeli emas dan barang kemas ketika harga turun pada pertengahan April dan pertengahan Mei lalu,” katanya.

Permintaan sentiasa ada

Siow bagaimanapun berkata, peruncit emas dan barang kemas di Malaysia bernasib baik kerana sentiasa ada permintaan bagi emas dan barang kemas sepanjang tahun walaupun walaupun harga emas tidak menentu.

“Kita mempunyai perayaan sepanjang tahun dan bernasib baik kerana kita mempunyai banyak kumpulan etnik di Malaysia yang sukakan emas,” katanya.

Mengenai pelanggan emas di Malaysia, Siow berkata terdapat dua jenis pelanggan yang membeli emas iaitu orang yang mahu memakai emas serta set permata dan orang yang mahu menyimpan barang kemas untuk pelaburan masa depan atau diberikan sebagai hadiah.

Poh Kong juga menjual kepingan emas kepada mereka yang ingin menyimpan emas sebagai pelaburan atau hadiah.

“Kami mempunyai pelbagai berat untuk kepingan emas ini seperti satu gram, lima gram, 10 gram dan 50 gram, bergantung kepada bajet pelanggan,” katanya.


Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/
Tarikh:2013/08/07 - 05:27:39 AM


Jika anda berminat untuk dapatkan emas sebagai simpanan, anda boleh hubungi saya atau lihat post saya bagaimana untuk tempah secara atas talian di sini.


Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...