Tuesday, October 22, 2013

Barang kemas sebagai sebagai simpanan pelaburan

Datuk nenek kita dahulu kata menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk barangan kemas selain tanah yang berekar-ekar. Namun di zaman kenaikan inflasi yang berlaku setiap tahun, kita tidak mampu untuk membeli tanah berekar-ekar seperti datuk nenek kita.



Wanita zaman sekarang juga telah ada yang membuat perancangan simpanan masa susah dengan menyimpan barangan kemas. Namun tahukah anda barangan kemas tidak sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan kerana beberapa faktor antaranya:

1. Kos upah yang tinggi. Semakin unik atau pelik atau terkini designnya, semakin mahal upah bagi barangan kemas tersebut. Pengalam ini saya sendiri pernah alami semasa membeli barangan kemas bagi tujuan perkahwinan. Upah yang dikenakan bila difikirkan balik mampu membeli 1 Dinar emas.

2. Spread atau susut nilai yang tinggi. Barangan kemas jika dijual semula di mana-mana kedai emas akan dikira barangan kemas terpakai dan susut nilai yang akan dikenakan adalah 25% dari harga semasa barangan kemas. Tidak banyak kedai emas yang membeli semula barangan kemas dengan harga yang tinggi walau emas tersebut anda beli dari kedai itu sebelum ini.

3. Harga barangan kemas mengikut harga fgjam. Harga barangan kemas yang ditawarkan kepada anda adalah agak tinggi dari harga semasa dan harga ini standard bagi setiap kedai emas yang menjadi ahli fgjam. Apa yang membezakan setiap kedai adalah kos upah yang dikenakan. Namun jika anda bijak, anda akan mendapatkan barangan kemas dari kedai emas pelaburan yang ada di Malaysia. Pelbagai nama diberikan kepada barangan kemas pelaburan yang ada. Namun tidak semua kedai emas pelaburan tawarkan barangan kemas tersebut dengan harga yang murah seperti Public Gold.

4. Barang kemas mudah rosak. Kebanyakan barangan kemas kontemporari mempunyai bentuk yang berongga atau nipis. Reka bentuk sebegitu akan menyebabkan barangan tersebut mudah rosak dan mengurangkan nilai semasa dijual semula atau dipajak di ar rahnu. 

5. Barangan ada permata. Emas tulen adalah lembut dan tidak sesuai digunakan bagi mengikat batu permata. Emas tulin akan melekuk jika digigit dengan gigi dan itu menunjukkan ia sangat lembut. Oleh itu, kedai emas akan menggunakan emas yang bermutu rendah seperti emas 750 untuk digunakan bagi mengikat permata. Lebih malang lagi jika barangan kemas tersebut dinilai sebagai keseluruhan emas 916 walau mungkin hanya separuh sahaja menggunakan emas 916. Jika anda ingin jual semula barangan tersebut, batu permata akan dikeluarkan dan mungkin tidak dinilai langsung. Manakala emas tersebut akan dinilai sebagai emas 750. Betapa ruginya anda.


6. Ketumpatan tidak tepat. Disebabkan barangan kemas banyak yang berongga, kualiti barangan tersebut tidak dapat dinilai dengan tepat jika menggunakan mesin desimeter. Namun jika menggunakan teknik pengujian menggunakan asid, barangan kemas anda akan di calarkan sedikit untuk samplenya diambil. Oleh itu barangan anda akan rosak.

Oleh itu dapatkan barangan kemas berkualiti dan sesuai untuk pelaburan dari Public Gold. Jika anda berminat sila hubungi saya.

  
Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...