Thursday, October 31, 2013

Peluang untuk beli emas

Harga emas turun lagi. Ini peluang anda untuk beli emas pada harga rendah malam ini.

Anda boleh tempah emas secara online dengan melihat panduan beli emas Public Gold



Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Gold demand

Jika dilihat trend pasaran sehari dua ini, harga komoditi paling berharga ini tidak menentu. Nak tau kenapa harga sekejap up dua tiga kejap terus down boleh baca dibawah

http://www.bullionstreet.com/news/us-gold-drops-ahead-of-fomc-meeting-india-festive-demand-up/5669

Unfortunately the gold market focus has been extremely fickle over the last two weeks and therefore it could take a definitively dovish Fed statement to rekindle the bull track that dominated gold from October 15th to October 28th.

LONDON/MUMBAI (Bullion Street): US gold futures have fallen from a high of $1359.7 an ounce this week to $1345.2/Oz hours ahead of the crucial FOMC meet. Gold has fluctuated as investors weigh the prospects of reduction in stimulus and China physical demand may be slowing.

In India festival demand for gold and silver has wintessed a rise as people buy more jewellery for gifting purposes and to prepare for wedding season. However, bullion shortage has caused prices to move up. At India's Multi Commodity Exchange (MCX), gold futures prices eased to Rs 30146 per 10 grams on Tuesday and has climbed up 0.23% to Rs 30215 per 10 grams on Wednesday early trade. Trading volume was 35 percent below the average for the past 100 days for this time of day.

CME gorup report said that the gold market did show some minor recovery action in the wake of soft US conference board readings and therefore the gold market at times is able to benefit from evidence of soft US data. Unfortunately the gold market focus has been extremely fickle over the last two weeks and therefore it could take a definitively dovish Fed statement to rekindle the bull track that dominated gold from October 15th to October 28th. 

With reports of an increase in gold de-hedging circulating Tuesday afternoon that could have been responsible for a portion of the October rally but producers aren't like to implement hedges until prices off a more reasonable profit margin. Another issue that might be capable of lending support to gold prices in the weeks ahead is predictions that extreme premiums for gold inside India might result in a significant jump in smuggled gold and that in turn could boost demand in neighboring areas like Dubai and Singapore.

Holdings in the SPDR Gold Trust, the biggest bullion-backed exchange-traded product, were unchanged at 872.02 metric tons. Bloomberg’s U.S. Dollar Index, a measure against 10 currencies, was little changed today after climbing 0.4 percent yesterday.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Wednesday, October 30, 2013

Kayu Ukur Dalam Simpanan Emas

Jika disebut emas sebagai simpanan, ramai yang cakap akan beli barangan kemas untuk dijadikan simpanan. Namun anda perlu tahu apakah kelemahan simpanan barangan kemas sebagai salah satu medium pelaburan anda dengan baca di sini.

Selalunya simpanan emas terbahagi kepada 3 kategori utama yang popular iaitu:

  1. Gold Bar / Jongkong Emas
  2. Dinar Emas
  3. Barangan Kemas
Setiap barangan ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, namun anda tidak perlu risau kerana emas tetap bernilai sepanjang masa tamadun manusia. Kali ini saya akan kongsikan kelebihan dan kekurangan 2 jenis produk emas pelaburan yang utama iaitu dinar dan gold bar. Sebelum membuat pembelian, biasanya kita akan berfikir mana satu pilihan kita? 

Sama ada emas 22K (916) (1 Dinar = 4.25g)






Atau emas 24K (999)







 









 



Dalam kategori 2 kategori di atas, saya dapat kelaskan emas tersebut kepada 3 kelas iaitu:

Kelas Deluxe: 1/2, 1 dan 2 dinar, 0.2, 1g, 5g dan 10g gold bar.
Kelas Suites: 5 dan 10 dinar, 20g, 1 aunce (31.10g) dan 50g gold bar
Kelas Executive Suites: 100g, 250g, 500g dan 1 kilo gold bar


Jika dilihat pada kelas di atas kita akan tahu harga dan permintaannya. Saya akan terangkan kelebihan dan kekurangan bagi setiap kelas yang ada.


Kelas Deluxe:
Harga emas deluxe boleh dikatakan emas mampu milik kerana harganya tidak terlalu mahal bagi semua golongan. Emas seberat 1 gram hanya sekitar bawah RM200 sahaja dan boleh dibeli setiap bulan. Harga emas paling berat dalam kelas ini pula berada sekitar RM1600. Harga bagi bagi 1 dinar sekarang adalah sekitar RM600, namun emas ini berkualiti lebih rendah dari gold bar. Anda jangan jika ada yang menawarkan emas seberat 0.2 gram. Harganya lebih murah namun susut nilainya tinggi.

Walaupun deluxe adalah mampu milik, namun sebenarnya ia mempunyai susut nilai atau spread yang lebih tinggi dari kelas yang lain. Untuk panduan kiraan spread anda boleh baca di sini. Selain itu, harga per gram emas deluxe juga lebih mahal kerana pembekal emas akan mengambil kira kos pembukusan dan juga kos menempa emas.

Maka kesimpulannya, walau harga yang kita beli adalah rendah, tetapi tempoh menunggu bagi membolehkan keuntungan dijana apabila emas dijual adalah lama. Ini kerana pembekal emas akan menjual kepada anda dengan harga WE SELL yang lebih tinggi dan beli semula dengan harga WE BUY dengan harga yang lebih rendah. Oleh itu, jika anda bijak, anda boleh menjual emas tersebut kepada pembeli emas dengan harga pasaran dan bukannya menjual kepada pembekal emas dimana anda beli emas. Emas ini juga mudah diterima di Ar Rahnu apabila perlu dipajak ekoran kesuntukan wang. Tempoh simpanan yang sesuai bagi kelas Deluxe sebelum dijual semula kepada pembekal adalah 3 hingga 4 tahun bergantung kepada keadaan pasaran semasa.


Kelas Suites:
Emas kelas suites adalah lebih mahal dari kelas deluxe iaitu berada sekitar RM3000 bagi dinar emas dan gold bar 20g. Manakala harga bagi gold bar paling berat iaitu 50g adalah sekitar RM7000. Susut nilai emas kelas suites adalah berada dipertengahan antara emas kelas Deluxe dan kelas Executive Suites.

Disebabkan harga yang lebih tinggi, emas ini kurang digemari oleh pengumpul emas kerana kemampuan untuk memilikinya memerlukan tempoh menabung yang lama. Selain itu, jika kita ingin menjual semula kepada mana-mana pembeli, ianya agak kurang mendapat sambutan. Tetapi ada yang menjualnya secara hutang, namun urusan jual beli emas secara hutang adalah haram kerana berlaku riba.

Tempoh simpanan yang sesuai bagi kelas Suites sebelum dijual semula kepada pembekal adalah 1 hingga 2 tahun bergantung kepada keadaan pasaran semasa.


Kelas Executive Suites: 
Emas kelas ini dikenali sebagai emas mewah kerana harganya antara RM15000 hingga RM16000 bagi emas 100g manakala emas dengan berat 1 kilo atau 1000g berada diantara RM150000. Disebabkan faktor harga, kebiasaannya emas kelas ini hanya dibeli sebagai pelaburan jangka panjang atau dibeli oleh pembekal barangan kemas sahaja. Namun terdapat juga dikalangan penyimpan emas yang sanggup membeli emas kelas Executive Suites disebabkan faktor susut nilai atau spreadnya yang rendah.

Emas kelas Executive Suites juga susah untuk dijual semula kepada pembeli kerana tidak semua orang yang mampu untuk memilikinya. Ar Rahnu dan bank komersial juga jarang membeli semula emas kelas ini disebabkan nilainya yang besar. Namun masih ada bank atau Ar Rahnu yang menerima gold bar 100g sebagai gadaian atau belian.

Tempoh simpanan yang sesuai bagi kelas  Executive Suites sebelum dijual semula kepada pembekal adalah dalam lingkungan tahun bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

Tetapi faktor perkara yang lebih penting bila anda mula membeli emas adalah lokasi atau cara pemyimpanan. Akan datang saya akan kongsikan lokasi penyimpanan yang boleh anda sewa bagi menyimpan kekayaan anda.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Monday, October 28, 2013

Teknik Pelaburan Emas Secara Gadaian

Masyarakat kita dan sistem gadaian seolah-olah tidak dapt dipisahkan. Gadaian di Ar Rahnu sepatutnya adalah satu kemudahan pinjaman wang secara gadaian bagi mereka yang memerlukan. Namun instrument tersebut telah disalah guna oleh pelabur-pelabur emas yang mengejar kekayaan segera.

Sepatutnya jika anda ingin pulangan lumayan dari emas, sistem gadaian bukan satu langkah yang tetap. Tetapi anda perlu berniaga emas. Baharulah anda akan dapat pulangan yang lumayan. Anda juga tahu setiap emas yang dibeli mempunyai spread yang telah ditetapkan oleh pembekal emas tersebut. Kebiasaannya spread bagi emas simpanan adalah antara 5% hingga 15% mengikut pembekal. Manakala apabila anda membuat pajakan, setiap pinjaman yang diterima akan dikenakan upah menyimpan emas yang dipajak. Kebiasaannya upah adalah sekitar 8% dari pinjaman yang diterima namun bergantung kepada Ar Rahnu yang anda kunjungi.

Jika spread emas anda adalah 6% dan kos pajakan adalah 8% dan anda pula membuat sambungan pajakan sehingga setahun, maka spread emas anda adalah 12%. Jika kenaikan emas pada tahun tersebut adalah baik dan melebihi spread yang ada, anda akan dapat untung. Tetapi pada situasi sekarang dengan harga emas yang tidak stabil akan menyebabkan anda menanggung hutang yang banyak dan berisiko emas yang dipajak akan dilelong.

Dari segi hukumnya, anda boleh dengar penerangan UZAR di bawah. Jika masih tak faham boleh mesej beliau di blognya.




Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Saturday, October 26, 2013

Kelebihan Menyimpan Emas

Kita selalu lihat orang kaya-kaya mempunyai kelebihan dalam berbelanja bila ada wang. Tapi bila difikirkan balik ada wang tapi tidak tahu guna lama-lama pun akan habis. Paling-paling tidak duit yang ada makin kurang nilainya bila harga barangan makin mahal.

Bajet 2014 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam menyebabkan ramai garu kepala apabila salah satu intipati bajet adalah pemansuhan subsidi gula sebanyak 34sen. Seperti biasalah ada yang menyokong dan ada yang menentang. Tapi lumrah peniaga di Malaysia, harga gula naik, semua barangan akan naik walau barangan tersebut tidak guna gula pun.

Jika ada wang banyak tapi barangan mahal tiada guna kerana wang kita akan susut nilai dimamah inflasi. Berbeza jika kita banyak emas. Tahun 1995, akak saya kawin dan masa itu cincin yang dibeli oleh abang ipar saya iaitu cincin belah rotan harganya tidak sampai RM200. Besar pula tu cincin tersebut. Sekarang jika kita nak kawin, nak cari cincin yang harganya bawah RM500 pun susah, jika ada hanya cincin belah rotan yang agak nipis dan ringan.

Itu lah kelebihan emas yang tidak dimamah masa nilainya.Jika hari ini kita menyimpan loket emas seberat 10g, beratnya akan tetap sama 10 tahun lagi. Tapi jika hari ini kita beli dengan harga RM1500, mungkin 10 tahun lagi harganya akan mencecah RM3000. Itu lah emas yang sifatnya menyimpan nilai sepanjang zaman.

Jika kita ada duit, dengan senang hati kita akan berbelanja tanpa berfikir untuk berjimat tambahan pula zaman sekarang ini kad kredit mudah untuk diperolehi. Tapi jika duit tersebut kita tukar kepada emas, kita akan berfikir banyak kali untuk berbelanja kerana cash yang ada tidak banyak. Tapi anda jangan lupa, jika anda menyimpan emas sekali pun, peruntukan kecemasan perlu ada dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.




Emas juga boleh digunakan sebagai simpanan kecemasan kita kerana telah banyak Ar Rahnu yang mula menerima produk emas dalam bentuk gold bar. Perkembangan ini akan memberi sinar kepada penyimpan emas kerana boleh membuat gadaian apabila memerlukan duit.


Selain itu, jika harga emas yang kita beli telah mempunyai nilai yang tinggi berbanding semasa mula-mula beli, kita boleh jual emas tersebut untuk dapatkan tunai bagi kegunaan yang lebih bernilai seperti membuat deposit pembelian rumah. Namun jika anda jual emas untuk dapatkan deposit bagi beli kereta idaman, baik anda fikirkan semula kerana kereta adalah barangan keperluan yang mempunyai susut nilai yang tinggi. Kereta hanya perlu dibeli sekadar untuk kemudahan dan keselesaan sahaja dan tidak perlu bermewah.

Untuk itu, fikir-fikirkan untuk mula menyimpan emas.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Friday, October 25, 2013

Ada yang jangka mungkin naik lagi

Harga emas mungkin akan naik lagi sehingga akhir tahun ini berikutan jangkaan US Federal Reserve akan menangguhkan program rangsangan ekonomi.



Baca lanjut di http://www.cnbc.com/id/101138555

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Thursday, October 24, 2013

Emas 'penyelamat' di dunia dan akhirat



DALAM Islam, antara dua ibadat yang sangat dititikberatkan iaitu; solat dan zakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Solat ialah berhubungkait soal peribadi individu itu dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas).

Topik kewajipan mengeluarkan zakat bukanlah asing bagi setiap daripada kita. Ini diukur menerusi jumlah kutipan zakat setiap tahun yang meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus membuktikan kesedaran telah mula ada dalam setiap individu Islam dan syarikat korporat. Apatah lagi kewajipan ini telah ditegaskan dalam surah at-Taubah ayat 103.

Kalau sedekad yang lalu, orang kurang mengetahui tentang kewajipan mengeluarkan zakat daripada pendapatan atau gaji yang diperoleh setiap bulan, tetapi kini dengan promosi agresif agensi-agensi berautoriti berkaitan zakat serta penyediaan pelbagai kaedah pembayaran, telah membolehkan mereka yang layak hanya melaksanakannya di waktu dan tempat tanpa perlu lagi pergi ke kaunter-kaunter pungutan zakat.

Selaras dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan jumlah usahawan wanita yang berpotensi menjadi pembayar zakat, Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Bengkel Korporat Muslimah 2010 awal November lalu.

Bengkel setengah hari itu, menyentuh topik 'Perspektif Zakat Niaga & Emas' dengan tema Kilauan Firdausi telah membawa tiga pembentang iaitu; Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels, Mohd. Zaruddin Mahmud yang mengupas tajuk 'Pengenalan Emas dan Perkembangannya di Malaysia'.

Panel kedua ialah Pengasas & Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd., Datuk Azlina Che Abdullah, yang membicarakan tajuk, 'Usahawan dan Perniagaan: Zakat Dilaksanakan' serta pembentang yang tidak perlu diperkenalkan, penceramah bebas dan perunding motivasi, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk, 'Zakat dan Perhiasan'.

Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dalam ucapan perasmian berkata, wanita dan emas diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, ia begitu sinonim dengan kaum wanita. Begitu juga wanita dalam sektor perniagaan.

Maka, katanya, tidak hairanlah wanita masa kini dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawanan.

Menurut beliau, jika dahulu orang mengatakan tempat wanita layaknya di dapur tetapi kini segalanya sudah berubah. Malah lebih membanggakan wanita mampu bersaing setanding dengan kaum lelaki.

"Namun, keghairahan usahawan wanita dalam meningkatkan ekonomi negara menjadikan mereka lupa bahawa sebenarnya mereka juga perlu menunaikan tanggungjawab berzakat.

"Atas dasar tanggungjawab itulah menyebabkan PPZ-MAIWP terpanggil mengadakan bengkel pagi ini, sekali gus memberi kesedaran kepada usahawan wanita kita," kata Mohd. Rais di hadapan hampir 200 peserta bengkel tersebut.

Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.

"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.

"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.

Terangnya lagi, trend semakin berubah iaitu daripada emas kuning kepada emas putih dan kini yang semakin diminati iaitu Rose Gold (emas yang berwarna ros). Perubahan cita rasa ini dikesan sejak tahun lepas. Pun begitu emas dengan reka corak sauh masih lagi diminati atau evergreen sampai sekarang.

Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.

"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.

Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan.

"Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang.

"Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka.

"Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.

Pada pagi itu juga, jutawan tanah air, Datuk Azlina Che Abdullah berkongsi beberapa rahsia kejayaan yang bermula dengan menjual kuih-muih, kemudian menjadi guru, kerani, setiausaha dan akhirnya, bergelar jutawan.

"Dulu saya memang penggemar emas sehingga pernah diperli oleh suami tetapi apabila saya jatuh tahun 1996, barang kemas itulah yang menjadi modal untuk meneruskan kesinambungan peniagaan.

"Adat orang berniaga, ada ketikanya mengalami naik turun di dalam perniagaan. Tetapi dengan melaksanakan kewajipan berzakat, banyak bersedekah, bersih hati serta ikhlas kerana Allah dalam setiap perbuatan, maka keberkatan rezeki itu memang sukar dinafikan," jelasnya.

Dahulu, kata Azlina, hati beliau selalu berkata, hendak bayar zakat nanti tunggu kaya dahulu. Apabila sudah kaya, masih tidak bayar dengan alasan sibuk.

"Saya tidak salahkan orang lain kerana pada masa itu saya jahil, saya ingatkan dengan membayar zakat sendiri kepada fakir miskin itu sudah mencukupi tetapi lama-kelamaan saya sedar yang selama ini, saya tidak melakukannya secara betul," akui Azlina apabila mula membayar zakat secara betul bermula tahun 2004, rezekinya terus bertambah.

Cerita wanita gigih ini lagi, ibunya seorang ibu tunggal dahulunya adalah seorang penerima zakat. Bermula daripada saat itulah, beliau sentiasa berdoa dan meminta Allah SWT memudahkannya agar dapat menaikkan martabat ibu yang juga tulang belakang mereka anak-beranak.

Salah satu ayat yang sentiasa menjadi pemangkin semangat kepadanya, kata Azlina ialah sepotong ayat daripada surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib yang ada pada diri mereka sendiri.

Begitu juga dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Sumber:  Utusan (16/11/2010)

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Wednesday, October 23, 2013

Harga emas dijangka melonjak






Permintaan stabil, unjuran ekonomi baik faktor peningkatan

Harga emas mampu mencecah AS$1,400 (RM3,230) satu auns menjelang akhir tahun ini berikutan permintaannya yang stabil dengan unjuran ekonomi yang lebih baik, demikian menurut peruncit barangan kemas emas terbesar di Malaysia, Poh Kong Holdings Bhd. 


Harga emas kini bergerak antara AS$1,200 dan AS$ 1,300 satu auns.


Poh Kong kini mempunyai 105 cawangan di Semenanjung Malaysia dan kami menyasarkan untuk melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang” Ermin Siow, Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd

Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow, berkata harga tidak akan turun kembali ke paras pada pertengahan April hingga pertengahan Mei tahun ini.

Beliau berkata, satu sebab a berlakunya penurunan secara tiba-tiba semasa tempoh antara April dan Mei itu adalah kerana spekulasi pasaran mengenai langkah pelonggaran kuantitatif (QE) oleh Rizab Persekutuan AS.

Pelabur berhati-hati

Pelabur berhati-hati berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Benanke, mengenai pengurangan program pembelian bon pada bulan yang akan datang. 
“Kebanyakan penganalisis bagaimanapun tidak menjangka QE akan dilaksanakan sekarang dan ia dijangka hanya akan dikuatkuasakan hanya apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

“Malah, apabila harga jatuh, permintaan untuk emas fizikal atau siap akan masih menjadi tinggi terutama di negara Asia,” katanya.

Siow berkata, semasa kejatuhan harga pada pertengahan April dan pertengahan Mei itu, harga runcit emas juga jatuh sebanyak 20 peratus daripada RM180 segram kepada RM155 satu gram.

Katanya, Poh Kong menerima lebih ramai pelanggan pada hari raya tahun lalu berbanding tahun ini.

“Kami menganggap kebanyakan orang membeli emas dan barang kemas ketika harga turun pada pertengahan April dan pertengahan Mei lalu,” katanya.

Permintaan sentiasa ada

Siow bagaimanapun berkata, peruncit emas dan barang kemas di Malaysia bernasib baik kerana sentiasa ada permintaan bagi emas dan barang kemas sepanjang tahun walaupun walaupun harga emas tidak menentu.

“Kita mempunyai perayaan sepanjang tahun dan bernasib baik kerana kita mempunyai banyak kumpulan etnik di Malaysia yang sukakan emas,” katanya.

Mengenai pelanggan emas di Malaysia, Siow berkata terdapat dua jenis pelanggan yang membeli emas iaitu orang yang mahu memakai emas serta set permata dan orang yang mahu menyimpan barang kemas untuk pelaburan masa depan atau diberikan sebagai hadiah.

Poh Kong juga menjual kepingan emas kepada mereka yang ingin menyimpan emas sebagai pelaburan atau hadiah.

“Kami mempunyai pelbagai berat untuk kepingan emas ini seperti satu gram, lima gram, 10 gram dan 50 gram, bergantung kepada bajet pelanggan,” katanya.


Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/
Tarikh:2013/08/07 - 05:27:39 AM


Jika anda berminat untuk dapatkan emas sebagai simpanan, anda boleh hubungi saya atau lihat post saya bagaimana untuk tempah secara atas talian di sini.


Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Tuesday, October 22, 2013

Peningkatan Harga ke USD 1339 pada 10.42 malam 22 Okt 2013

Pergerakan harga emas yang positif malam ini dan sesuai untuk proses jual beli. Harga sila rujuk dibawah tapi ingat patuhi apa yang disyariatkan islam supaya ia tidak menjadi riba.



Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Cetak duit lebih banyak dan sesuka hati dia menjadi indicator peningkatan harga emas

Gold Prices Rally On Weaker Jobs Report, Hopes For More QE Remain

(Kitco News) - Gold futures prices rallied after the release of weaker-than-expected September nonfarm payrolls Tuesday, adding to gains established minutes before the figures were released, as the soft data may mean any tapering of U.S. quantitative easing by the Federal Reserve gets delayed.
The rest of the metals complex strengthened briefly, with copper values already firmer going into the report. Silver quickly shed its pre-data losses. Platinum rose initially, then fell, while palladium briefly traded firmer before sliding back to weaker.
At 9:05 a.m. EDT, December Comex gold futures were up $13.60 an ounce at $1,329.40, but off the initial reaction high of $1,337.90. December silver was up 20.2 cents an ounce at $22.480. Nymex January platinum was down $5.20 an ounce at $1,433.40 and December palladium was down $5.55 an ounce at $744.20. Comex December copper gained 3.25 cents at $3.3360 a pound.

selanjutnya baca di

Maksud QE pula

What is QE3 (quantitative easing)?

"Quantitative easing" refers to steps that the U.S. Federal Reserve takes in attempting to boost the country's lagging economy. Historically, the Fed's main tool for spurring growth has been lowering short-term rates. However, QE employs expansionary monetary policy, which involves the purchasing of bonds when the interest rate can no longer be lowered.


Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Emas cecah USD 1331 se auns


Emas telah cecah USD 1331 bagi se auns pada jam 8.30 22 Oktober 2013. Peningkatan ini adalah peningkatan lebih USD 20 bagi seauns. Namun harga tinggi ini akan kekal berapa lama tidak dapat dipastikan.



Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Barang kemas sebagai sebagai simpanan pelaburan

Datuk nenek kita dahulu kata menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk barangan kemas selain tanah yang berekar-ekar. Namun di zaman kenaikan inflasi yang berlaku setiap tahun, kita tidak mampu untuk membeli tanah berekar-ekar seperti datuk nenek kita.



Wanita zaman sekarang juga telah ada yang membuat perancangan simpanan masa susah dengan menyimpan barangan kemas. Namun tahukah anda barangan kemas tidak sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan kerana beberapa faktor antaranya:

1. Kos upah yang tinggi. Semakin unik atau pelik atau terkini designnya, semakin mahal upah bagi barangan kemas tersebut. Pengalam ini saya sendiri pernah alami semasa membeli barangan kemas bagi tujuan perkahwinan. Upah yang dikenakan bila difikirkan balik mampu membeli 1 Dinar emas.

2. Spread atau susut nilai yang tinggi. Barangan kemas jika dijual semula di mana-mana kedai emas akan dikira barangan kemas terpakai dan susut nilai yang akan dikenakan adalah 25% dari harga semasa barangan kemas. Tidak banyak kedai emas yang membeli semula barangan kemas dengan harga yang tinggi walau emas tersebut anda beli dari kedai itu sebelum ini.

3. Harga barangan kemas mengikut harga fgjam. Harga barangan kemas yang ditawarkan kepada anda adalah agak tinggi dari harga semasa dan harga ini standard bagi setiap kedai emas yang menjadi ahli fgjam. Apa yang membezakan setiap kedai adalah kos upah yang dikenakan. Namun jika anda bijak, anda akan mendapatkan barangan kemas dari kedai emas pelaburan yang ada di Malaysia. Pelbagai nama diberikan kepada barangan kemas pelaburan yang ada. Namun tidak semua kedai emas pelaburan tawarkan barangan kemas tersebut dengan harga yang murah seperti Public Gold.

4. Barang kemas mudah rosak. Kebanyakan barangan kemas kontemporari mempunyai bentuk yang berongga atau nipis. Reka bentuk sebegitu akan menyebabkan barangan tersebut mudah rosak dan mengurangkan nilai semasa dijual semula atau dipajak di ar rahnu. 

5. Barangan ada permata. Emas tulen adalah lembut dan tidak sesuai digunakan bagi mengikat batu permata. Emas tulin akan melekuk jika digigit dengan gigi dan itu menunjukkan ia sangat lembut. Oleh itu, kedai emas akan menggunakan emas yang bermutu rendah seperti emas 750 untuk digunakan bagi mengikat permata. Lebih malang lagi jika barangan kemas tersebut dinilai sebagai keseluruhan emas 916 walau mungkin hanya separuh sahaja menggunakan emas 916. Jika anda ingin jual semula barangan tersebut, batu permata akan dikeluarkan dan mungkin tidak dinilai langsung. Manakala emas tersebut akan dinilai sebagai emas 750. Betapa ruginya anda.


6. Ketumpatan tidak tepat. Disebabkan barangan kemas banyak yang berongga, kualiti barangan tersebut tidak dapat dinilai dengan tepat jika menggunakan mesin desimeter. Namun jika menggunakan teknik pengujian menggunakan asid, barangan kemas anda akan di calarkan sedikit untuk samplenya diambil. Oleh itu barangan anda akan rosak.

Oleh itu dapatkan barangan kemas berkualiti dan sesuai untuk pelaburan dari Public Gold. Jika anda berminat sila hubungi saya.

  
Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Monday, October 21, 2013

Program Langkah Ceria Putrajaya

Setiap Ahad ke tiga setiap bulan, Perbadanan Putrajaya menganjurkan program Langkah Ceria Putrajaya. Program ini bagi mewujudkan budaya hidup sihat dikalangan komuniti Putrajaya dan masyarakat sekitarnya. Setiap kali program ini dijalankan, ai mampu menarik minat ramai orang dari Shah Alam, Puchong dan lain-lain kawasan untuk turut serta.

Program ini juga turut menawarkan cabutan bertuah kepada pengungjung yang hadir. Hadiah yang ada juga agak lumayan. Kadang kala program ini mendapat tajaan badan korporat bagi tajaan baju, makanan dan hadiah. Jika anda datang semasa itu hadiahnya lebih lumayan.

Ayuh kita turut serta dalam Langkah Ceria Putrajaya di Laman Perdana Presint 3 Putrajaya berhadapan Istana Kehakiman.

Ingin Beli Emas Tapi Budget Ciput?

Tidak kira siapa pun bila sebut emas hati pasti tertarik. Jika perempuan ingin dijadikan hiasan. Jika lelaki ingin dijadikan simpanan masa depan. Bila tiada duit boleh pajak ar rahnu sementara lepas tu tebus balik.

Namun setiap kali keinginan itu terpadam sahaja kerana kita beranggapan emas adalah barangan golongan kaya-kaya. Tapi tahukah anda, orang kaya-kaya kebanyakannya bermula dari bawah. Jika ada yang terus kaya tu rezeki mereka lah.

Tapi anda perlu ingat, jika ingin beli barangan kemas atau emas sebagai simpanan masa depan, elakkan beli di kedai barangan kemas yang terikat dengan harga fgjam (Federation of Goldsmith and Jewellers Association of Malaysia). Anda boleh beli emas dari pengeluar emas pelaburan yang ada di Malaysia. Dalam penerangan ini saya akan gunakan Public Gold sebagai contoh.


Senarai harga emas Public Gold

Jika anda perhatikan senarai harga emas di atas, anda boleh tanya hati anda berapa harga anda mampu bayar. Jika anda masih belum mampu anda boleh amalkan berjimat. Saya juga guna kaedah berjimat ini dengan kurangkan budget makan di luar, hapuskan budget tengok wayang kerana TV pun boleh tengok cerita dan budget-budget lain yang dirasa membazir.





Selain itu, bagi barangan kemas wanita, Public Gold juga mengeluarkan barangan kemas siri investment (i Series 22k ) tanpa ada kos upah. Barangan kemas ini direka supaya sesuai dijadikan pelaburan. Anda tidak perlu membazir duit anda untuk upah yang mahal bagi membeli barangan kemas yang mempunyai reka bentuk terkini kerana barangan kemas tersebut di pakai oleh anda dan ditutupi dengan baju bagi yang muslim. 

Jika anda berminat untuk membeli emas keluaran Public Gold, anda boleh hubungi saya melalui talian telefon dibawah tanpa segan silu.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Sunday, October 20, 2013

Perwatakan melalui seluar yang dipakai

Sekadar untuk joke, percaya jangan kerana sifat manusia itu wujud melalui didikan bukan melalui seluar.

Seluar Jeans 
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

Tidak Pakai Seluar
Kalau baby takper la, kalau dah besar atau bahasa mudahnya tua bangka, sah-sah gila. 

Panduan Membeli Emas


Tahniah jika hati anda telah terdetik untuk membeli emas sebagai simpanan atau pelaburan. Sebelum membuat sebarang pembelian, anda perlu tahu beberapa perkara asas bagi mengelakkan anda perlu menunggu harga emas naik dalam masa yang lama.

1. Anda perlu pastikan wang yang ingin digunakan bagi membeli emas bukanlah tabungan kecemasan anda atau wang yang akan digunakan dalam tempoh terdekat. Sebolehnya wang tersebut adalah simpanan yang anda tidak gunakan.

2. Tanamkan azam dihati bahawa anda membeli emas bukan bertujuan untuk untung dalam masa yang singkat. Emas tidak menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat kerana janji sebegitu hanya ditawarkan oleh skim cepat kaya atau ejen-ejen MLM sahaja. Keuntungan emas anda perolehi apabila anda jual semula emas anda dengan harga lebih tinggi dari harga belian. Anda perlu ingat, lagi lama anda simpan emas, lagi tinggi nilainya. Namun anda perlu ingat emas adalah logam komuditi yang ada turun naik harganya. Tetapi ia berbeza dengan logam atau barangan komuditi lain kerana emas tetap berharga selagi ianya emas.


3. Lokasi kedai emas yang menjadi pilihan anda juga perlu diberi perhatian sebelum membeli emas. Jika anda ingin beli emas sebagai perhiasan diri, Lokasi yang sesuai adalah kedai emas kerana designnya adalah terkini dan moden. Namun anda perlu ingat, barangan kemas tidak sesuai dijadikan aset pelaburan yang menguntungkan. Ini adalah kerana harga jualan barangan kemas tersebut mengikut harga yang telah ditetapkan oleh persatuan peniaga emas dan harganya lebih tinggi. Selain itu susut nilai barangan kemas adalah sangat tinggi sehingga mencecah 18%-25% mengikut kedai. Jika emas anda dinilai sebagai emas terpakai, anda secara rasminya kerugian 25% bagi susut nilai. Lokasi yang sesuai bagi pembelian barangan kemas adalah dari pengeluar emas pelaburan. Terdapat banyak pengeluar emas pelaburan yang ada di Malaysia. Tetapi faktor susut nilai antara pengeluar emas juga faktor penting.

4. Jika anda sedang mencari pengeluar emas pelaburan dalam bentuk jongkong emas atau barangan kemas pelaburan, anda boleh google mengenai perkara tersebut dan anda akan jumpai banyak pengeluarnya. Namun setiap harga yang ditawarkan oleh pengeluar adalah berbeza. Selain itu susut nilai harga emas (spread) antara pengeluar juga berbeza. Jika anda ingin kira berapa spread yang ditawarkan oleh setiap pengeluar, anda boleh membuat kiraan = ((Harga Anda Beli - Harga Anda Jual)/Harga Anda Beli) x 100.

Harga anda beli = WE SELL
Harga anda jual = WE BUY

Contoh: ((2971-2793)/2971)x 100 = (178/2971)x 100 = 5.99% =6%

Lagi rendah spread yang ditawarkan, lagi cepat anda boleh jual untuk dapat untung. Spread yang tinggi menyebabkan anda perlu tunggu lama untuk membolehkan anda untung.

Harga yang ditawarkan oleh Public Gold. 
PG Sell harga anda beli, PG Buy harga anda jual semula emas kepad Public Gold

Perbandingan spread emas Public Gold.

5. Ada antara pengeluar emas yang tawarkan spread yang rendah hingga 5% bagi 10g emas. Namun anda perlu fikirkan faktor lokasi kedai emas tersebut. Ada antara pengeluar emas tersebut hanya mempunyai beberapa buah cawangan sahaja. Itu menyukarkan dan menambah kos kepada anda. 

6. Pilihan emas yang banyak dan mengikut kemampuan anda turut menjadi faktor penting. Anda perlu beli emas ikut kemampuan bukan ikut nafsu.

7. Tempahan atau jualan yang senang. Ada antara pengeluar emas yang hanya hadkan jualan atau belian hanya boleh dilakukan melalui dealer yang dilantik. Itu menyukarkan anda apabila ingin membuat belian atau jualan. Public Gold membolehkan pembeli emas membuat tempahan atau lock harga jualan secara atas talian. Anda boleh lock harga emas mengikut kemampuan anda dan buat bayaran serta embil emas anda di cawangan berhampiran. Sila klik disini untuk cara membeli emas Public Gold online.

8. Jaminan belian balik merupakan perkara penting dalam pelabuan emas. Public Gold menawarkan jaminan belian balik emas dengan spread yang rendah. Jika anda beli emas dan jual di kedai lain. Emas anda akan dikira emas terpakai dan spreadnya adalah 25%.

9. Simpanan emas biasanya akan digunakan semasa kecemasan. Pilihan yang ada adalah pajak di Ar Rahnu. Oleh itu anda perlu pilih emas yang diterima untuk dipajak oleh Ar Rahnu bagi kegunaan semasa kecemasan.


Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Saturday, October 19, 2013

Promosi Bunga Mas

Public Gold telah membuat promosi bunga mas yang akan berakhir 31 oktober 2013.

Promosi ini melayakkan anda menjadi seorang dealer apabila membuat pembelian kombinasi 100g bunga mas dalam 1 resit.

Rebut peluang menjadi dealer sekarang. Anda akan mendapat bonus belian 1% bagi belian anda sendiri atau pembeli di bawah anda. Selain itu bonus jualan 0.5% apabila jual semula emas kepada public gold.


Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Friday, October 18, 2013

Harga emas bergerak mendatar

Apakah kejutan yang akan berlaku pada harga emas isnin ini. Sebelum ini harga emas bergerak mendatar beberapa hari sebelum menjunam sehingga 1253 satu auns. Harga tersebut naik semula sekitar 1280 dan bergerak mendatar lagi sebelum naik sekitar 1318 seperti hari ini.
Tapi kejutan selepas ini tiada siapa yang pasti.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Wednesday, October 16, 2013

Jual Beli Emas Public Gold

1. Masih ramai penyimpan emas baharu masih keliru mengenai cara urusan jual beli emas. Ramai beranggapan hanya beli emas di kedai emas sahaja baru akan dapat emas tulen. Perkara itu adalah situasi biasa dikalangan masyarakat kita.

2. Untuk pengetahuan, dalam pelaburan emas atau menyimpan emas, apa yang kita perlu tahu adalah spread atau perbezaan antara harga semasa beli dan harga yang kita jual. Lagi kecil spread yang ada lagi untung simpanan emas kita. Emas Public gold mempunyai spread seperti di bawah yang merangkumi jongkong emas 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 500g serta dinar emas Public Gold.


3. Bagi barang kemas keluaran Public Gold, spread yang ditetapkan adalah 10%. Jika kita beli barang kemas atau gold bar di kedai emas biasa, spread yang di tetapkan adalah antara 18% hingga 25%. Perkara ini saya telah tanya kedai emas dan saya juga ada terbeli jongkong keluaran kedai emas terkemuka. Tapi emas walau terbeli mahal, kita tidak rugi selasi emas tersebut berkualiti dan beratnya kekal sama.

4. Bagi emas Public Gold, jika anda ingin jual emas anda, anda boleh lock harga jualan di web site Public Gold http://publicgold.com.my/v1/. Anda juga boleh jual emas di cawangan Public Gold berhampiran anda. Namun jika anda jual dikedai emas biasa, mereka akan beli sebagai emas terpakai dan anda akan rugi sebanyak 25%. Anda juga boleh mengadai emas tersebut di Ar Rahnu jika perlukan duit segera tapi masih inginkan emas tersebut. 

5. Kesimpulannya anda tidak rugi beli emas Public Gold kerana ianya disahkan tulen berserta sijil ketulenan dan anda beli emas, anda dapat emas.

Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

Tuesday, October 15, 2013

Cara Beli Emas Public Gold

Jika anda seorang pembeli baharu dan ingin membuat sebarang belian. Anda boleh hubungi saya atau anda boleh membuat pembelian sendiri di laman web https://publicgold.com.my/referral/PG037575/425221 . Bagi membuat pembelian atau anda merancang ingin membuat pembelian pada masa hadapan, anda perlu atau boleh mendaftar sebagai pembelia emas di laman web tersebut.

Cara mendaftar sebagai pembeli:
1. Anda perlu membuka laman web sseperti link di atas.

2. Klik pada Login


3. Klik pada Register

4. Anda perlu mengisi maklumat pada borang pendaftaran. Anda boleh meletakkan maklumat saya sebagai introducer anda sebagaimana maklumat dibawah dan tekan register. Setiap ruang yang bertanda "*" perlu diisi oleh anda.

5. Anda akan menerima email seperti dibawah beserta username dan password untuk login.

6. Apabila anda login sebagai bakal pembeli emas, berikut adalah menu yang ada dan anda boleh explore menu yang ada.

7. Bagi membuat order, klik pada order dan pada place order

8. Terma pembelian dipaparkan, baca dan klik agree jika setuju dan nak teruskan pembelian.

9. Senarai emas dan perak beserta dipaparkan. Anda boleh masukkan jumlah belian yang kita inginkan bagi setiap emas atau perak yang ingin kita beli.
  10. Pilih payment option, bayaran bank sama ada Maybank atau Public Bank dan cawangan kita nak membuat pengutan emas yang dibeli. Setelah itu anda klik update cart dan check out.
 11. Paparan order dipaparkan. Anda boleh mengubah jumlah belian dengan klik pada change order atau anda boleh confirm order jika ingin lock order.

 12. Email place order akan dihantar kepada anda sebagai pengesahan tempahan telah dibuat. Anda akan diberi nombor tempahan contohnya CSO069746 berserta jumlah harga tempahan.
 13. Butiran lengkap tempahan anda ada dalam PDF yang dilampirkan. Lampiran juga turut disertakan nombor akaun Public Gold di mana anda anda perlu membuat pembayaran ke akaun tersebut.
 14. Satu email order confirm akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam. Anda boleh hubungi intoducer anda atau cawangan emas akan diambil untuk bantuan jika masih belum terima email ini dalam tempoh tersebut. Setelah terima confirm order anda boleh buat bayaran. Jika ada masalah hubungi cawangan atau introducer untuk bantuan. Ingat order ingat introducer

15. Anda boleh membuat bayaran di bank pilihan sama ada Public Bank ayau Maybank mengikut jumlah order. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan bayarar guna mesin cash deposit kerana berisiko resit tidak keluar atau mesin problem semasa order. Simpan resit untuk anda fax atau emailkan kepada Public Gold di faxed (+604-6464916) or emailed (payment@publicgold.com.my).



16. Setelah itu, anda akan terima satu lagi email maklumat tempahan beserta satu lampiran dokumen. Print dokumen tersebut dan bawa bersama resit asal semasa membuatpengutan emas.


17. Alat penguji berat dan ketumpatan emas dipanggil desimeter seperti dibawah.


18. Berat salah satu jong kong emas yang di uji beratnya.

19. Ujian ketumpatan dibuat untuk menguji kualiti emas sama ada 916 atau 999. Emas dibawah adalah emas 999. Jika emas 916 ketumpatannya adalah 22k

20. Dinar emas bernilai 1 dinar keluaran Public Gold. Sesuai untuk simpanan, mas kahwin atau hadiah kepada yang tersayang.

 21. Setiap produk emas keluaran Public Gold mempunyai sijil ketulenan yang ditandatangani oleh assayer bertauliah.


22. Jika anda berminat untuk membuat pembelian, anda boleh mengikuti cara yang telah diterangkan di atas atau untuk bantuan anda boleh hubungi saya


Abdullah Bin Mohammad
PG037575
0102256453

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...