Thursday, August 15, 2013

Punca Botak

Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secara berlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung. Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.
Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1. Androgenetic alopecia - botak disebabkan faktor keturunan.
2. Traction alopecia - akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.
3.Telogen effluvium - faktor tekanan emosi dan fisiologi.
4. Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.
5. Alopecia areata - serangan sistem imun terhadap sel folikel
Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan balk menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.
Botak juga boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.
Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.
Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gang-guan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur.
Antara faktor lain yang membawa kepada masalah keguguran rambut seperti kecederaan kulit kepala, pengambilan ubat-ubatan, amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, trauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.

Makanan seimbang elak botak
Untuk mengelakkan botak, anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.
Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang min­yak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancar-kan perjalanan darah.

Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala dari­pada sinaran ultra lembayung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...