Thursday, August 15, 2013

Punca Botak

Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secara berlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung. Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.
Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1. Androgenetic alopecia - botak disebabkan faktor keturunan.
2. Traction alopecia - akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.
3.Telogen effluvium - faktor tekanan emosi dan fisiologi.
4. Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.
5. Alopecia areata - serangan sistem imun terhadap sel folikel
Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan balk menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.
Botak juga boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.
Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.
Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gang-guan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur.
Antara faktor lain yang membawa kepada masalah keguguran rambut seperti kecederaan kulit kepala, pengambilan ubat-ubatan, amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, trauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.

Makanan seimbang elak botak
Untuk mengelakkan botak, anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.
Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang min­yak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancar-kan perjalanan darah.

Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala dari­pada sinaran ultra lembayung.

10 Makanan dengan khasiat

1. Avokado
Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.

Khasiat: Avokado berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik. Buah ini juga membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik, selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.

2. Strawberi


Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah.

Khasiat: Buah yang menjadi kegemaran ramai ini berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degenerasi sel di seluruh tubuh. Strawberi juga boleh menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong.

3. Minyak Kelapa

Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga.

Khasiat: Minyak kelapa boleh menambahkan tenaga tetapi pada masa yang sama tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet. Makanan ini berperanan mempertahankan kadar kolesterol sihat dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, minyak kelapa juga baik untuk kulit dan rambut.

4. Brokoli

Kandungan: Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.

Khasiat: Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.

5. Kacang soya

Kandungan: Isoflavon yang berfungsi seperti estrogen.

Khasiat: Kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser rahim bagi wanita.

6. Yogurt

Kandungan: Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.

Khasiat: Yogurt berupaya mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoperosis, serta melancarkan proses percernaan.

7. Ikan Salmon

Kandungan: Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D.

Khasiat: Ikan Salmon berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer. Selain itu, ikan ini juga berperanan menyihatkan kulit kepala.

8. Tomato

Kandungan: Antioksida dan likopen.

Khasiat: Selain mencegah kanser payudara, tomato juga efektif memerangai penyakit jantung. Fungsi lainnya yang melindungi kulit daripada sinar UV secara tidak langsung mampu mengekalkan keremajaan kulit anda.

9. Lobak Merah

Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta beta karoten.

Khasiat: Lobak merah sememangnya baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku.

10. Jus Oren
Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavanoid dan karotenoid.

Khasiat: Jus ini mampu mencegah osteoperosis, menurunkan risiko kanser payudara dan ovari

 

Friday, August 9, 2013

Orkid

Orkid adalah tumbuhan yang agak susah nak dijaga. Tapi bila berbunga puas hati aku.

Kaktus

Kaktus lebih dikenali sebagai tumbuhan gurun atau padang pasir kerana sifatnya yang tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup.

Tumbuhan ini sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam atau luar rumah kerana cantik. Tapi awas kerana durinya tajam.

Thursday, August 1, 2013

tip motivasi yang bagus untuk kerjaya dan juga perniagaan.

1.) Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah.
Contoh, kalau pendapatan kita RM3k sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4k sebulan. Kalau projek client RM10k, buat seperti kita dibayar RM13k. tak kira dalam perniagaan atau karier. Bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih akan datang!
 Beri lebih, nanti boleh dapat lebih
 
 
2.) Cari ilmu baru setiap hari
 
Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang diinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!
 
 
3.) Belajar promosi atau tonjolkan kemahiran diri
 
Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi tidak pandai promosi diri kita atau tak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. Skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!
 


4.) Percaya dan yakin dengan idea sendiri
 
Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus. Cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. Yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. Kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak.
 
5.) Kurangkan stress
 
Stress merupakan punca kepada banyak penyakit! Situasi tidak mengakibatkan stress. Contohnya, terkandas dalam jam: ada orang yang stress, ada juga orang yang rilex jer. Apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. Banyakkan bersabar. Bersabar itu kan separuh dari iman ;) 
 
Sumber : Irfan Khairi 

Apabila wanita memandu

Jika kita memandu di jalanan, pasti kita sering terserempak dengan kereta yang dipandu secara melulu dan berbahaya. Dan apabila kita amati pemandunya adalah WANITA. Di sini ada beberapa contoh kemalangan yang disebabkan oleh pemandu wanita


 
 
 
 
 
 

Ayat Memikat

Lelaki yang bermulut manis selalu menggunakan ayat yang dapat mambuatkan si gadis tertawan. Tapi jika kita teliti ayat memikat yang selalu digunakan adalah sama bagi setiap lelaki. Namun yang hairannya masih ada gadis yang tertawan walau bukan kesemuanya.

Contoh ayat yang selalu digunakan seperti

1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.

2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.

3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.

4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,

5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.

6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?

7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.

8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.

9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...

10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...