Saturday, July 6, 2013

Tip Memikat Wanita

# Menepati janji

Jangan membuatkan wanita yang ingin keluar bersama anda rasa bosan disebabkan masalah kecil. Cuba elak daripada menyakiti hati wanita kerana anda tidak mematuhi janji.

Jika anda biarkan dia tertunggu-tunggu, ini akan menjejaskan suasana pertemuan untuk keluar bersama.

# Jadilah lelaki yang penuh santun

Sebaik saja anda sampai di rumahnya, tunjukkan tingkah laku sopan. Elak menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta sebagai tanda anda sudah sampai.

Sebaliknya, jemputlah dia di pintu rumah. Jika dia tinggal bersama keluarga, masuk ke dalam rumah dan berjalan beriringan ke kereta.

Tunjukkan anda menghargainya dan amalkan sikap 'perempuan dulu'. Jangan lupa, ucapkan kata pujian mengenai penampilannya.

Ketika bersama wanita, perlu pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya terhadap anda. Perkara kecil ini mungkin nampak remeh dan sering dilupakan, tetapi yang pasti, wanita amat mengambil berat mengenainya.

# Tayangkan minda anda dan elakkan kesilapan bodoh.

Perkara paling penting ketika bertemu janji dan bercinta adalah mengenal atau membaca pemikiran seseorang (iaitu anda dan si dia). Pastikan anda bebas menayangkan diri anda, khususnya pemikiran anda.

Biasanya wanita mendefinisikan watak dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran.

Antara caranya adalah mengajaknya berbual mengenai topik yang memberangsangkan. Tunjukkan anda mempunyai sifat kelakar dan boleh bercakap apa saja tajuk serta memiliki pendapat yang menarik dan boleh dipakai.

Paling penting, dia akan menganggap anda seorang berkarisma dan tidak pentingkan diri.

Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu perkara, cuba buka topik lain supaya tidak berlaku kesilapan bodoh. Wanita tidak suka masa 'janji temu' tidak dimanfaatkan sebaiknya. Awas jika anda membuat jenaka, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri.

# Bertemu keluarga

Lelaki berani harus bersua muka dengan keluarganya. Jika anda sudah berjaya memikat hati seorang wanita, anda harus pandai memikat hati keluarganya. Jika anda boleh memikat hati keluarganya, pasti hubungan anda berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan anda.

Untuk mendapat markah lulus, perlu ingat dua perkara iaitu pikat bapanya dengan kepandaian anda serta pikat emaknya dengan penampilan dan kesantunan.

Ini bermakna anda perlu bersembang dengan penuh bijak bersama ayahnya, seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan anda ada 'otak' dan pujilah masakan emaknya.

# Tunjukkan kemampuan

Ramai lelaki menganggap cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang. Malangnya, wanita tidak menilai lelaki berdasarkan saiz dompet mereka (Jika ada wanita sedemikian, anda patut elak mendampingi mereka).

Sungguhpun niat hati untuk melayannya bagaikan puteri, harus tanya diri sendiri, mampukah anda? Untuk yang tidak mampu, tidak perlu berbelanja di luar kemampuan.

# Perkara pokok

Perkara pokok dalam perhubungan - jujur, ringkas dan ikhlas. Jika anda memiliki ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura, dia pasti akan jatuh cinta. Perlu diingat, jika anda mahu menawan hati perempuan, pastikan anda tidak mengada-ngada.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...