Saturday, July 6, 2013

Singapore travel log

Hari nie bermula sejarah perjalanan aku ke luar negara. Aku ke singapura hari ni. Balik hari jer pun. Perjalanan yang bermula dari rumah jam 5.25 pagi mencatat sejarah dan pengalaman bagi aku. Dan mungkin juga ahli rombongan yang lain.
Setiba di imigresen malaysia di link ke 2 tak ada masalah. Tapi semasa check point imigresen singapura aku ditahan.
Kisahnya bermula bila ica sana scan passport aku tapi keluar 5 gambar wanted list. So aku diminta masuk opis ica untuk pengesahan.
Aku yang dah cuak jadi bertambah takut. Apahal aku wanted kat luar negara sedangkan this is first time to me.
Depa suruh aku tunggu sambil depa buka peti besi bawa keluar fail tah aku tak tau fail apa. Sambil tu sorang cek kat pc pasal info aku. Lepas tu depa minta cop jari aku. 3 kali tu dan suruh aku tunggu. Bila aku tanya berapa lama depa lak g tanya aku mai dgn apa, pernah kesana atau tak dan kerja aku. Bila aku jawab keja di Jabatan XX terus ckp tunggu 8 minit. Tp x sampai 3 4 minit depa lepas aku kua.
Lepas tu aku ke bas rombongan. Ketibaan aku disambut dengan tepukan. Siot depa nih.
Lepas tu kita org gi la ikut rombongan dan balik. Nasib baik time balik tak kena tahan. Ica tu just tanya datang berapa bas jer.
Gambar- gambar menceritakan segalanya. Update dulu sikit pic.

Rombongan Mak Limah sampai Singapore

Masjid Sultan Singapore

Arab Street




Bergambar di Arab Street



Kedai Kain di Arab Street

Orang Singapura shoping Malaysia, depa pi shoping sama


Kubah Masjid Sultan

Tengah gigih meriki jalan ke Bugis street



Dok tengah bincang nak terus atau batal atau tak meriki jalan

Kuah dah sampai tapi makanannya belum

Farhana masih boleh tersenyum tapi sikin dah lapar tu

fuhh sampai terus dia org berdua terkam makanan nie
yang tengah dok terkam tu murtabak ayam, satu lagi murtabak rusa

gigih tu



Mimbar Masjid Sultan

Big Fan masjid


Kedai nie la kita orang makan murtabak

dah berkumpul tunggu bas

Singapura memang negara denda, tu rakyat sana gigih tunggu untuk melintas jalan, kalau tak denda 1000 dolar tu


Bos (Pengarah Bahagian) yang ikut sekali dalam rombongan


Ni la roda bersar tu. caj naik benda nie 30 dolar


Tempat yang melengkung tu tempat persembahan setiap hari minggu

arca apa tah itu. fokus pada benda putih luar bas, bukan kepala orang tau.


Nie menatang apa den pun tak tau. orang snap den snap


Nie la taman atas bumbung bangunan tu. Nama dia Sky City. Orang kaya jer boleh naik. Bawah tanah bangunan tu ada kasino. Dah menang naik atas tu untuk joli. Abis duit terjun la diaaaa



Yang melengkung belakang tu cool dome tak silap. caj masuk 15 dolar. dalam tu ada pokok beriklim sejuk

roda dari kejauhan

gigih juru gambar amator nie dok ambik gambar





Panorama 

Nie dulu pasar sekarang jadi kedai makan. Orang Singapore tak tau masak tu pasar tutup


Si farhana aku snap orang belakang di tapi sempat dia posing kat depan

Maybank kat kota singa. 

Dia nak posing aku snap la hehehe
bagi can kat adik-adik


Du bangunan durian, sebab dinding macam durian 

Merlion. campuran singa dan ikan.





Nie saper yang lambat lagi nie




Bangunan lama tengah renovate




Nie la Istana Presiden Singapura

Kalau korang tengok cerita P.Ramlee. Mesti dia akan keluar kat mula-mula terbitan Cathay Keris. Ni la tinggalan studio dia


Masjid di singapura


Persiapan nak puasa di kota singa




Ada persembahan kebudayaan melayu. tu jer la tinggal disana

Sikin tengah tengok baju raya ker tu???

Loreal kat Putrajaya pun ada la nana, nak berapa kotak meh aku tolong beli

Awal depa sampai, muka kepenatan

tapi bila nampak kemera sempat senyum

Depa kata kedai nie sedap




Kota singa yang sibuk. ye la negara kecik. Ukuran lebih kurang 50km x 30km jer





Datuk Wira pun ada dikedai nie

Farhana dan Datin Wira tengah berborak. Ehem ehem datin senyum apa korang borak wei

wah rancak berborak

sempat lagi posing tuu







Pasport aku yang akhirnya di satamp oleh imigresen dan aku dilepaskan

banyak betul pantangnya

Baki duit aku pegi kota singa

mama singa muntah air


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...