Wednesday, July 3, 2013

15 tanda cinta

1. Sukar melelapkan mata

Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Sentiasa berdebar

Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia.

3. Suka ambil tahu

Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah

Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu

Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda.

6. Hobi baru...termenung

Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.

7. Dating

Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.

8. Rindu

Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia.

9. Bergayut di telefon

Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.

10. Berubah cita rasa

Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.

11. Memberi hadiah

Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.

12. Awal ke tempat kerja

Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.

13. Lebih rajin

Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.

14. Menjaga penampilan

Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesonakan.

15. Defensif

Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...