Saturday, June 29, 2013

Baju T

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik

Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock

Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit, Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Iklan

Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan


Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.

Gambar Kolej Atau Universiti

Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.

Lukisan Tangan

Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.

Gambar Dengan Warna Neon

Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu

Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun

Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.

Kemeja T Yang Ketat

Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.

Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak


Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.

Baju T Kosong

Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah..

Friday, June 28, 2013

Kenapa Masih Lagi Membujang


1) Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!

2) Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.

3) Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Tambah pula dengan kecanggihan teknologi sekarang seperti FB, twitter dan lain-lain menyebabkan apa yang anda fikir dan tulis diperhatikan. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti.

4) Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.

5) Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda. Jangan ingat, anda telah putus cinta bermakna tiada hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta sebagai contohnya. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda.

Thursday, June 27, 2013

8 Perkara Paling Berharga

1)Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3)Diam.
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan mengkritik bahkan membebelnya.

4)Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermaknak memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5)Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6)Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7)Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8 ) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??

Tuesday, June 25, 2013

10 Benda Lelaki Jangan Sebut



1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

Sunday, June 23, 2013

Rahsia Jari Jemari

Baca boleh percaya jangan kerana semuanya dari Allah, jika berlaku hanya kebetulan sahaja

Cincin di Jari

Memakai cincin di jari telunjuk menunjukkan anda mahu menguasai.

Memakai cincin di jari hantu menunjukkan anda selalu ambil berat yang berkaitan dengan kesejahteraan dan keselamatan.

Cincin di jari manis menunjukkan anda berminat untuk hal-hal percintaan.

Cincin di jari kelingking menunjukkan anda berminat untuk hal yang berkaitan dengan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan.

Cincin dipakai di ibu jari menunjukkan kehendak anda menguasai situasi dengan keadaan kurang menyenangkan.

Menyilangkan tangan anda

Ibu jari mana berada di atas bila menyilangkan tangan?

Kalau ibu jari sebelah kanan tinggal di atas, bermakna anda suka sesuatu yang logik daripada kreatif. Anda lebih suka membuat perancangan daripada untuk menyesuaikan diri. Belahan otak sebelah kiri menguasai diri anda.

Kalau ibu jari sebelah kiri berada di atas, anda adalah tokoh kreatif yang tidak ambil pusing untuk melakukan sesuatu dengan serta-merta. Belahan otak sebelah kanan menguasai diri anda.

Jari kelingking.

Jari kelingking anda berkeadaan lekuk di jari manis?

Itu bermakna anda adalah seorang yang cerdik. Semoga anda gunakan kecerdikan tersebut untuk tujuan kebaikan bukannya bertujuan untuk kejahatan!

Jari kelingking anda berkeadaan keluar?

Anda tidak takut pada sesiapa pun dan selalu bertindak nekad.

Jika anda memegang tangan dengan longgar di atas meja atau di berkeadaan tapak menghadap ke atas, dan jari kelingking masuk ke dalam. Itu bererti anda seorang yang kuat menyimpan rahsia.

Jika jari kelingking anda pendek dan agak melengkung ke jari manis.Itu bermakna anda sering mendapat kesusahan apabila membuat hubungan atau perjanjian dengan orang lain.

Jari kelingking anda kelihatan agak terkeluar dari tangan?

Itu bermakna anda seorang yang suka kepada kebebasan. Jika berbuat perjanjian, perjanjian tersebut tidak berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu berwaspada apabila hendak berbuat sesuatu.

Jari kelingking anda kelihatan agak tebal?

Itu bererti anda seorang yang suka bertengkar dan setiapkali pertengkaran anda mesti hendak menang walau apa cara sekalipun. Anda juga sering memberikan kata-kata pedih pada pihak lawan.


RAMALAN MELALUI KUKU

Kebanyakan orang mempunyai tanda-tanda putih di setengah atau semua kuku mereka. Jumlah tanda berwarna putih atau kelabu menunjukkan waktu tekanan dan keletihan dan kemungkinan tidak seimbangan zinc dalam sistem badan anda dan beberapa ramalan lain.

Tanda putih tersebut bergantung pada letaknya ia pada kuku anda.

Jika ianya terletak di bahagian bawah kuku ia mengisahkan masa depan, jika di bahagian tengah kuku ia mengisahkan masa kini dan bahagian atas kuku ia mengisahkan masa lampau.

Jika tanda putih di ibu jari meramalkan anda akan mendapat hadiah atau pemberian.

Jika tanda putih di jari telunjuk menunjukkan pengaruh kawan baik.

Jika tanda putih di jari hantu menunjukkan tindakan seorang musuh.

Jika tanda putih di jari manis menandakan pencinta baru atau perkahwinan.

Jika tanda putih di jari kelinking menunjukkan perjalanan.

Jika berwarna kebiru-biruan di kuku ianya meremalkan anda kan mendapat sesuatu kecelakaan.

Friday, June 21, 2013

10 Ciri Lelaki Kasanova

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.

4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Thursday, June 20, 2013

Are you IN DENIAL?

Cuba lihat 10 tanda-tanda ini, dan tanya diri anda sendiri… 
 
1. Apabila anda sedar pasangan anda sudah tidak cinta, anda kata “Tak mungkin, takkan dia dah tak cinta aku lagi sedangkan BERTAHUN kita bersusah payah untuk bersama sebelum ni!”
 
2. Anda rasa pelik sangat sebab pasangan anda asyik tak nak jumpa anda walaupun anda tahu dia ada banyak masa terluang. Lalu anda kata, “Dia busy tu, nak fokus pada kerjaya dia sebab tu lah dia tak ada masa untuk jumpa”
 
3.  Anda confused, sekejap dia muncul buat anda happy sangat, sekejap dia hilang entah kemana. Kemudian dia muncul balik memberi segala harapan. Dalam hati anda tertanya-tanya, “Dia ni dah kahwin kut? Ishhh tak mungkin…dia sayang aku sangat dan SELALU bersama aku!” – 
hehehe… selalu bersama?
 
4. Anda bingung dengan perubahan mendadak pasangan anda apabila dia mendiam diri lama, sehingga berhari-hari. Langsung no calls and no sms. Lalu anda kata, “Handphone dia hilang atau kena curi la kut, atau tak ada kredit atau pun handphone dia tak ada bateri.” – hehe :lol: 
 
5. Apabila kawan-kawan anda kata dia curang, dan anda sendiri merasa sudah kurang mesra, lalu anda kata, “Selama ni dia setia je, takkan dia curang, kalau dia nak buat dah lama la dia buat. Dia masih setia pada saya lah!”
 
6. Pukul 2-3 am, anda rindu boyfriend anda dan hubungi dia, ada wanita lain yang jawab. Anda terus stop the call kerana terkejut dan call him sekali lagi. The same girl answered! Terus anda off the phone dan berkata, “Perempuan mana pulak jawab ni? Mungkin kawan kerja dia, atau sekretari dia kut. Ahh…kakak dia la kut! – Maybe salah nombor aku call tadi” – hahaha definitely in denial for sure!
 
7. Anda rasa sangat perkahwinan anda hambar. Malah anda jarang tidur bersama dan merasa pasngan anda sudah tawar hati. Keluarga menegur dan bertanya lalu anda menjawab, “Kami macam biasa lagi la mak, abah.. kami baik-baik saja dan masih mesra seperti dulu. Cuma dia banyak kerja nak kena siapkan je”
 
8. Anda dalam perhubungan jarak jauh. Anda dapat rasa dia banyak sembunyikan perkara dari anda. Setiap hari anda rasa semakin jauh dari dia, dia pula semakin tak ada masa, tak mesra, tapi anda keep telling youself, “Dia masih cintakan aku…”
 
9. Kekasih anda sangat rapat dengan kawan-kawannya. Apabila anda berpeluang bertemu mereka, anda bercerita tentang semua kebaikan pasangan anda, semua tersenyum macam buat-buat, seolah-olah mereka tahu sebaliknya. Lalu anda berfikir, “Ahhh dia orang tu tahu apa, aku lagi tahu yang kekasih aku the best!”
 
10. Anda sendiri pernah cekup boyfriend anda berlaku curang berkali-kali. Anda maafkan dia kerana dia berjanji untuk tidak lakukan lagi. Then kawan-kawan anda pula cekup dia bersama perempuan lain, again dia memohon maaf. Anda maafkan dia sekali lagi, dengan alasan sama, “Dia  janji tak buat lagi dan menyesal… takkan dia nak buat lagi lepas ni, walau berapa kali pun dia ada betina lain dia nak kat aku jugak!” …really? I mean, really?

Peraturan bawa dating anak perempuannya

Inline image 1

Monday, June 10, 2013

Hentian putrajaya

Hentian bas, ERL dan teksi bagi kemudahan warga putrajaya dan sekitarnya. Bas ekspress ke negeri lain pun ada.

Keindahan banjaran titiwangsa dari hentian titiwangsa

Aku jarang drive melalui lebuhraya timur barat. Tapi ahad lepas aku drive ikut sana dan berenti rehat di hentian titiwangsa.walau time tu tengah raya tak terasa panasnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...