Friday, April 12, 2013

7 bunga yang sangat beracun



7. Daphne

Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman surga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.
Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan.


Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.


6. Lyly of the valley

Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan menyakiti orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.


5. Belladona

Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.


Akibat dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan berdegup jantung.


4. Angel's Trumpet

Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang boleh sangat bahaya untuk manusia mauhu pun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.




3. Rhododendron
Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.


2. Oleander

Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah, dimana ke semua itu terjadi secara serentak.

Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh bergetar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.


1. Autumn Crocus

Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.apakabardunia/tulahan


Jangan disangka bunga yang cantik itu tidak beracun

Untuk Kita Renungkan


Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu beliau mengajukan enam soalan 

Pertama …

“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini …???”
 Murid-muridnya ada yang menjawab… “Orang tua”, “guru”, “teman”, dan “keluarganya”. Sang Guru menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “kematian”. Sebab kematian adalah PASTI adanya …..
Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua …

“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini …???”
 Murid-muridnya ada yang menjawab. “Negara China”, “bulan”, “matahari”, dan “bintang-bintang”.
Lalu Sang Guru menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar, tapi yang paling benar adalah “masa lalu” … Siapa pun kita … bagaimana pun kita … dan betapa kayanya kita … tetap kita TIDAK dapat kembali ke masa lalu sebab itu kita harus menjaga hari ini … dan hari-hari yang akan datang …
Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga… 

“Apa yang paling besar di dunia ini …???”Murid-muridnya ada yang menjawab “Gunung”, “bumi”, dan “matahari”. Semua jawapan itu benar kata Sang Guru …
Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Banyak manusia menjadi celaka kerana menurut hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu. Kerana itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat) …
Soalan keempat adalah … 

“Apa yang paling berat di dunia ini …???” Di antara muridnya ada yang menjawab … “Baja”, “besi”, dan “gajah” “Semua jawapan hampir benar …”, kata Sang Guru tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” …
Soalan-soalan yang kelima adalah … “Apa yang paling ringan di dunia ini …???” Ada yang menjawab “kapas”, “angin”, “debu”, dan “daun-daunan”. “Semua itu benar …”, kata Sang Guru, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan ibadah” …
Lalu soalan keenam adalah … 

“Apakah yang paling tajam di dunia ini …???” Murid-muridnya menjawab dengan serentak … “PEDANG …!!!” “(Hampir) Benar …”, kata Sang Guru, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri …

ALASAN SELALU DIGUNA WANITA TIDAK MENUTUP AURAT

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…” 

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. 
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Thursday, April 11, 2013

Spesis Drebar Di Malaysia


1. Spesis Ghaib.

Dia suka tampal sticker kat cermin tingkap dia. Kita pun tak tahu siapa yang bawa kereta sebab tak nampak muka dia. Kita pun bimbang juga, manalah tahu kereta jalan sendiri tanpa pemandu.

2. Spesis Perasan.

Dia suka ikut lorong tengah yang dikhaskan untuk kereta yang dipandu laju. Dia pakai kereta VW antik. Tapi dia perasan dia pakai Ferari.

3. Spesis Sadis.

Dia bagi signal kanan kat sebatu. Tapi bila sampai kat simpang, dia belok kiri. Sabar jer lah.

4. Spesis Tegas.

Dia bagi signal kanan dan serentak dengan itu dia pun belok kanan. Kita kat belakang ni terpaksalah brek pakai dua belah kaki ! Menyampah betul !

5. Spesis Dermawan.

Dia suka suruh semua orang kiri kanan jalan dulu. Kadang2 kereta kat belakang dia dah berderet dekat sebatu. Rasa nak angkat kereta dia letak kat tepi !

6. Spesis Malang.

Dia tunggu nak ambil parking kereta orang yang baru masuk keretanya dengan membawa barang2. Dia ingat orang tu nak keluar. Rupanya orang itu nak tidur, sementara menanti isteri dia gunting rambut.

7. Spesis Khayal.

Dia dari KL nak balik Senawang. Dia lupa nak keluar tol Senawang. Sedar2 dah sampai Tambak Johor. (Bukan saya lah!)

8. Spesis Keliru.

Dia selalu termasuk jalan yang ada tulis "no entry". Kemudian dia buat-buat heran, lepas tu cakap "ehh bukan ke semalam jalan ni boleh masuk" kepada orang yang tengok dia.

9. Spesis Zalim.

Dia terus je masuk tempat parking yang kosong, walupun dia tahu ada orang lain yang dah sekerat hari tunggu nak masuk tempat tu.

10. Spesis Wara'.

Dia baca doa masa nak ambil kunci, baca doa lagi masa nak buka pintu, baca doa lagi masa nak start enjin, baca doa lagi masa nak undur, baca doa lagi masa nak bergerak. (Saya tak komplen, cuma nak cerita jer. Kan baca doa tu baik. Jangan silap faham). Kalau dia nak kongsi kereta dengan saya, kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

11. Spesis Selamba.
Semua spesis pemandu di atas saya boleh tahan lagi, tapi spesis pemandu selamba ini saya betul2 tak boleh tahan. Bila kita sampai kat simpang empat, kita pun berhenti sebab nak belok kanan. Tapi spesis pemandu ini elok jer melintas depan kita dan jalan terus ... langsung tak bagi signal. Lain kali kalau nak jalan terus, bagilah signal !
12. Spesis Penakut .

Dia suka ikut dekat2 dari belakang. Kita laju dia pun laju, kita perlahan dia pun ikut perlahan. Ntah apa yang dia takutkan !

13. Spesis Riak.

Dia ni hantar anak sekolah, kalau boleh nak kereta sampai masuk dalam kelas. Kalau makan kat restoran, kalau dapat kereta nak duk sebelah meja. Mentang2lah kereta dia Sang Kancil Super Turbo Hard Top Special Edition 660 cc.

14. Spesis Tamak.

Dia ni suka ikut tengah2 jalan. Kita nak potong kanan pun tak dapat, kiri pun tak boleh. Kalau parking pun gitu juga ... Kita nak parking kiri, tak muat ... kanan pun tak celus. Ikutkan hati mahu rasanya nak parking atas kereta dia !

15. Spesis "Herman".

Dia pakai kereta jenis BMW 740 bdsup - Model tahun 2010. Tapi bila kena hon sikit dek Kancil, dia punyalah terperanjat terus masuk dalam rumput.

16. Spesis Mamai Angau

Dia bawa kereta melelong-lelong. Kita pun tak tahu dia nak ke mana. Semua jalan macam dia yang punya. Asyik bercakap telefon dengan makwe dia. Kalau dia hantar SMS lagi haru kita. Kita bagi lampu atau hon, bukan dia dengar.

17. Spesis Ulu.

Dia ni agaknya tak pernah masuk pekan. Dia selamba je buang plastik bekas teh tarik dari tingkap kereta dia. Nasib baik dia tak buang buah kelapa. Kita bagi hon, dia tunjuk penumbuk. Dia langgar belakang kereta orang kat lampu merah, dia boleh marah "siapa suruh awak berhenti?".

18. Spesis Penyayang.

Dia ni kereta ada tapi jarang guna.. Kalau hari hujan ... dia naik motor pergi kerja. Takut kereta basah. Kalau balik kampung, lebih rela naik bas. Takut tayar keretanya dahaga haus. Malam hari pasang ubat nyamuk kat kereta. Tak apalah ... kereta dia. dia punya sukalah.

19. Spesis YB.

Dia ni suka angkat tangan dengan semua orang. Kalau berhenti kat lampu merah, orang kiri kanan semua dia angkat tangan. Kalau boleh dia nak keluar dari kereta dan salam sekali dengan dia orang.

20.. Spesis Cemas .
dia ni suka sangat ikut lorong kecemasan. 

FAKTOR LELAKI TUA SEMAKIN DIMINATI OLEH WANITA


10 Tip Orang Jepun Mencapai Kemajuan

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

generasi RX-z


Kisah Pengajaran pada zaman Imam Malik

Pada zaman Imam Malik , terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya .Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.Sehinggalah tiba pada hari kematiannya.Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat,tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada alat kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu . Mana tidaknya ,tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu .Pertama,memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus .

Akhirnya,mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik .Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa .Pernah ada satu ketika ,Imam Malik mendapat 40 pertanyaan ,tetapi yang dijawabnya hanyalah 5 .Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama .Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya .

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:" berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina ".Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut ,sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi".Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi .Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Wednesday, April 10, 2013

10 tip Memilih Tablet


Jika sebelum ini saya ada kongsikan artikal mengenai tablet bujet berjenama ASUS MeMo Pad, kali ini saya akan kongsikan tip bagi memilih tablet memandangkan terdapat pelbagai jenis tablet di pasaran dari semurah RM200 sehingga beribu ringgit. Tip ini insyaAllah dapat membantu anda membuat keputusan.

1. Apakah sistem operasi yang disediakan?
Terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza tersedia untuk tablet tetapi yang paling popular untuk tablet setakat ini adalah iOS - Apple pilihan yang terdapat pada iPad dan iPhone serta Android – yang tersedia untuk pelbagai jenama sebagai contoh Samsung, Sony, Huawei, ASUS dan sebagainya. Ramai tablet dikeluarkan sejak 2011 beroperasi pada OS Android 3.0 dan sekarang ia mempunyai versi sehingga Android 4.1 Jelly Bean.
Sistem operasi lain adalah pada tablet dari Blackberry dan HP. Walaupun terdapat beberapa tablet yang beroperasi pada Microsoft Windows 8, ia masih sistem operasi yang merangkak namun boleh diberi perhatian cuma ada kekurangan dari segi aplikasi.

2. Bagaimana pula dengan skrin?
Saiz skrin adalah salah satu faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan apabila membuat keputusan membeli tablet yang terbaik untuk anda. Jelas sekali, saiz tablet yang anda bawa bergantung kepada betapa selesa anda memegangnya.
Baiklah, 7 inci atau 10 inci? Kalau anda jenis yang kerap berjalan mungkin 7 inci paling sesuai tetapi kalau anda mahukan skrin besar pilih saiz 10 inci cuma pastikan anda mempunyai beg kecil untuk membawanya. Terdapat saiz 7 inci yang boleh muat dalam poket jadi berdasarkan tahap nipisnya paling kurang 7.8 mm.

3. Apakah pemproses atau prosesor yang beroperasi?
Semua tablet berdasarkan teknologi pemproses ARM - sama seperti hampir semua telefon mudah alih. Syarikat-syarikat yang berlainan telah menghasilkan versi mereka sendiri reka bentuk cip ARM dan ramai daripada mereka kini dwi-teras, seperti banyak pemproses PC.
Pilih yang mempunyai dwi teras sebab ia akan mengoperasikan aplikasi dan grafik anda dengan lebih baik. Kalau ikutkan kelajuan pemprosesnya, gunakan yang seminimum 1.2GHZ.

4. Adakah anda memerlukan tablet 3G?
Semua tablet menyokong wifi supaya anda boleh menyambung mereka ke rangkaian rumah anda atau ketika berada di kafe atau wifi di pejabat anda. Walau bagaimanapun, tablet datang dalam dua versi. Jika anda mahukan 3G, ia membolehkan anda boleh meletakkan kad SIM mudah alih yang dibolehkan untuk dimasukkan internet ke dalamnya dan menggunakan internet semasa bergerak.
Versi 3G adalah umumnya lebih mahal dan anda juga perlu mempunyai untuk mendaftar untuk kontrak data. Perkara yang baik tentang ini adalah bahawa banyak kedai menawarkan tablet pada kadar subsidi seperti yang mereka lakukan dengan telefon bimbit. Kalau anda menggunakan tablet dengan 3G, biasanya langganan internet sebulan dianggarkan dalam sekitar RM30 – RM250.

5. Adakah ia mempunyai kamera?
Tujuan kamera menghadap ke depan adalah untuk video memanggil supaya anda boleh menggunakan Skype atau aplikasi seperti Google Talk. Belakang kamera boleh digunakan untuk mengambil gambar atau video seperti pada telefon mudah alih.
Malah, kamera tablet banyak mampu mengambil video definisi tinggi 720p, jadi periksa bahawa jika ia adalah penting untuk anda.

6. Berapa banyak aplikasi yang ada?
Apple App Store mempunyai aplikasi yang paling, dengan lebih 700,000 kini boleh didapati manakala Android mengejar hampir dari belakang.
Lain-lain OS mungkin jauh ketinggalan. Tetapi pastikan aplikasi yang anda mahukan bersesuaian dengan keperluan anda.

7. Berapa banyak ruang penyimpanan ia mempunyai?
Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan tablet anda. 16GB adalah lebih daripada cukup untuk menyimpan beban muzik dan gambar, tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.
Jika anda tidak akan menyimpan banyak muzik atau video, saiz yang lebih kecil akan halus. IPad tidak mempunyai slot kad memori tetapi banyak tablet lain mempunyai slot microSD/microSDHC, jadi anda boleh mengembangkan simpanan.

8. Ia boleh menyambung kepada TV anda?
Ramai juga boleh menyambung untuk memantau paparan dan televisyen melalui kabel HDMI. Ia berguna sekiranya anda mempunyai kandungan video pada tablet anda.
Jika ini adalah penting untuk anda, cari saiz penuh atau mini HDMI output, yang boleh didapati pada pelbagai tablet.

9. Bagaimana tebal dan berat?
Kebiasaannya, tablet berada pada berat sekitar 601g atau kurang dengan tahap nipis pada 7.2 hingga 8.0mm. Saya sudah nyatakan mengenai saiznya yang bersesuaian untuk anda dan sebenarnya ia memainkan peranan sama ada dalam poket atau beg.
Berat dan ketebalannya adalah lebih kebimbangan estetik tetapi jika anda akan memegang tablet anda untuk tempoh masa yang panjang (atau dalam satu tangan) anda pasti akan mula perasan model yang lebih berat selepas beberapa ketika.

10. Bajet?
Soalan yang sukar dijawab, kalau anda ada kekangan bajet, ada tablet yang dijual pada harga kurang RM500 cuma anda perlu bersabar dengan kelajuan tablet dan saiznya. Anda boleh juga mendapatkan tablet yang disediakan dengan subsidi.
Kalau dengan subsidi, anda boleh jimat hingga 40% cuma tempoh kontrak sehingga 2 tahun sedikit membebankan.

Petua Memakai Kanta Lekap

1. Cuci dengan sabun dan keringkan tangan sebelum memakai atau mengeluarkannya
2. Gosok perlahan-lahan paling kurang 10 saat
3. Bersihkan selalu bekas contact lens anda
4. Jangan guna semula larutan dalam bekas kanta lekap
5. Jika tamat tempoh, jangan digunakan lagi larutan multpurpose
6. Jangan pakai melebihi had tempoh pemakaian kanta lekap
7. Jangan terus memakai kanta lekap jika mengalami simptom luarbiasa. Selepas pulih, baru lah anda memakainya


Tuesday, April 9, 2013

ASUS MeMo Pad ME172V Tablet PC

Asus MeMo Pad is the first product in the budget tablet segment - it is Asus' follow up to Google's Nexus 7 tablet. MeMo Pad ME 172V supports WiFi and comes with a 1 GHz processor, 7-inch display, 1GB RAM, 8GB internal memory (expandable). It lacks a rear camera but has a 1-megapixel front camera with (f/2.0 aperture) capable of recording 720p HD video. It runs on Android Jelly Bean and is priced at RM499.

The MeMO Pad is quite sturdy and weighs 358 grams. Since it is light, it can be used for long without discomfort. Its checkered rear panel provides comfortable grip. The tablet does not feel bulky to hold and is 11.2 mm thick.

The 7-inch capacitive display supports 10-point multi-touch (most tablets support five-point multi-touch), which makes gaming a good experience. 

However, the TN (twisted neumatic) panel on the TFT screen disappoints due to bad viewing angles. Also, images appear dull as the contrast ratio isn't up to the mark.

MeMO Pad runs Android's Jelly Bean OS. Asus has not applied a custom theme, which ensures good performance.

In terms of performance, the tablet is very quick and responsive. Browsing application menus, photo gallery, and opening various apps was swift. Popular game Temple Run 2 didn't freeze at all while playing. The tablet impresses the most while switching between apps, the action is almost instant, without any lags.

On the audio front, MeMO Pad features Sonic Master technology. The audio quality is fairly loud when in a noisy environment.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...