Monday, March 25, 2013

Asal Usul Nombor Plat Kenderaan Malaysia ( Motosikal/Kereta )

mesti ade yang nak tau jugak macam mana asal usul no plat ni. Kenapa plat johor mula dengan J. Kenapa perak dgn A. Kenapa dan kenapa???


Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.



Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :


A = Negeri Perak

B = Selangor

C = Pahang

D = Kelantan

E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an

EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)

ES: Sandakan

ET: Tawau

ED: Lahad Datu

EU: Keningau

EK: Kudat

EL: Labuan

F = -tiada-

G = -G1M--GAGASAN 1 MALAYSIA

H = Teksi

I = -tiada-

J = Johor

K = Kedah

KV = Langkawi

L = Labuan

M = Melaka

N = Negeri Sembilan

O = -tiada-

P = Pulau Pinang

Q = Sarawak

QA dan QK: Kuching

QB: Sri Aman

QC: Samarahan

QL: Limbang

QM: Miri

QP: Kapit

QR: Sarikei

QS: Sibu

QT: Bintulu

R = Perlis

S = Sabah, dulu E

SA: Kota Kinabalu

SB: Beaufort

SD: Lahad Datu

SK: Kudat

SS: Sandakan

ST: Tawau

SU: Keningau

T = Terengganu

U = -tiada-

V = -tiada-

W = Kuala Lumpur

X = -tiada-

Y = -tiada-

Z = Tentera

Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia

ZA ke ZD: Tentera

ZL: Tentera Laut Malaysia

ZU: Tentera Udara Malaysia

ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia

JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Sumber : CariGold

Friday, March 22, 2013

40 tip mudah


berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan 
kedamaian.
 
KESIHATAN
 
   1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
 
   2  Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang
   Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan
   sarapan, bersederhana ketika  makan tengah hari dan makan sedikit ketika
   makan malam.
 
   3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan
   yang diproses.
 
   4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empathy)
 
   5 Peruntukan masa untuk bersolat.
 
   6 Lebihkan permainan yang membina minda.
 
   7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)
 
   8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari
 
   9 Ambil masa 10 sehingga 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan
   anda tersenyum ketika berjalan.
 
   10 Tidur selama 7 jam.
 
PERSONALITI
 
   11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak
   tahu mengenai kehidupan orang lain.
 
   12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar
   kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.
 
   13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.
 
   14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.
 
   15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.
 
   16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk
   merealisasikannya.
 
   17 Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada
   apa yang anda perlukan.
 
   18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang
   telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagiaan anda
   sekarang.
 
   19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati
   orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.
 
   20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa
   sekarang anda.
 
   21 Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagiaan anda kecuali diri
   anda sendiri.
 
   22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah 'sekolah' untuk anda dan di sini
   anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum
   pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya
   berlangsung sepanjang hayat.
 
   23 Banyakkan senyuman dan tertawa.
 
   24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak
   bersetuju.
 
KOMUNITI
 
   25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.
 
   26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.
 
   27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.

   28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan  yang
   berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih
   kecil)
 
   29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang
   tersenyum.
 
   30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.
 
   31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya
   keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya
   ingat mereka.
 
 
   HIDUP
 
   32 Lakukan perkara yang betul.
 
   33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak
   mengembirakan.
 
   34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.
 
   35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.
 
   36 Tidak kira apapun perasaan anda bangunlah, bersiap dan bersedia.
 
   37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.
 
   38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah
   Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).
 
   39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan
   kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah
   kedamaian.
 
   40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi
   ini) kepada orang yang anda sayang)

Khasiat dan kelebihan daging kambing


Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang terbaik!



Kelebihan Daging Kambing

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. 

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu 

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat. 

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja. 

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok . 

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti 

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening. 

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi. 

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung. 

Mencantikkan Kulit 

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit. 

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. 

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan 

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang. 

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang). 

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Thursday, March 21, 2013

Pinggir KL

Kehidupan di pinggir KL malam atau siang sama sahaja. Tetap penuh dengan kenderaan.

Semak Keputusan SPM

anda kini boleh menyemak keputusan SPM anak anda melalui telefon melalui gerbang SMS kerajaan



Wednesday, March 20, 2013

30 Fakta Mengenai Wanita


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

6 Fakta Tentang Kalsium

1) Semakin usia meningkat, semakin tinggi keperluan kalsium harian anda.

2) Jangan mengambil kalsium melebihi 2500 mg sehari. Ia akan menjadi 
toksik kepada tubuh dan boleh memudaratkan.

3) Magnesium adalah pasangan terbaik kalsium. Nisbah yang baik ialah 
2:1 atau pun 200mg kalsium kepada 100mg magnesium.

4) Vitamin D adalah penting bagi penyerapan kalsium yang baik.

5) Penyerapan kalsium adalah sangat baik pada waktu malam kerana 
pada waktu malam, 'parathyroid glands' berada dalam keadaan aktif jadi 
tulang dan gigi dapat menyerap kalsium dengan lebih baik.

6) 99% daripada kalsium disimpan dalam gigi dan tulang. 
Manakala selebihnya disalurkan ke dalam salur darah dan digunakan 
oleh sel.

Tuesday, March 19, 2013

Perbandingan telefon Samsung's Galaxy S4 dan iPhone5


Berikut adalah perbandingan antara Samsung's Galaxy S4 dan iPhone5. Ketepatan info korang kena la semak sendiri kat kedai
CiriGalaxy S4iPhone 5
Screen size5-inch4-inch
Resolution1,920x1,0801,136x640
Thickness7.9 mm7.6 mm
Processor1.9 GHz quad-core or 1.6 GHz octa-coreA6
Camera(rear/front)13MP/2MP8MP/0.9MP
RAM2GB1GB
Video recording1,080p1,080p/30fps
Weight130g112g
PlatformAndroid(Jelly Bean)iOS6
Battery life2,600 mAh8 hrs talk time/225 hrs standby
Launch dateLate April September 2012Late April September 2012
Sumber:Pak cik google

Friday, March 15, 2013

12 Tips untuk mengandungkan isteri (Bacaan untuk orang dah kawin sahaja ok)


Tip nie untuk mengandungkan isteri sahaja ok

1. 30 – 60 minit sebelum bersetubuh, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam buku ( garam asli ).

2. Setelah habis bersetubuh, jangan bergerak atau bangun. Terus tidur atau sekurang-kurangnya baring 30 – 60 minit, untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang-renang ketepian terus ke hujung fallopian tube dengan lajunya.

3. Jangan sekali-kali cuci faraj selepas bersetubuh.

4. Lakukan persetubuhan sekerap mungkin.

5. Lakukan persetubuhan pada tarikh subur ( Hari ke 14 ) sekurang-kurangnya 6 pusingan.

6. Sebelum pancutan air mani, batang hendaklah betul-betul tegang dan masukkan batang sedalam mungkin pasak sedalam-dalamnya dan pancutlah air mani dengan laju.

7. Lakukan seks dengan gaya dan teknik ‘deep penetration’ antaranya ialah teknik dari belakang (doggy) bukan liwat, di mana wanita duduk melutut dan lelaki memasukkan batang dari arah belakang sambil menarik pinggang isteri rapat ke arahnya. Teknik ini sangat sesuai jika si suami mempunyai batang kontot.

8. Menggunakan Teknik Tok Janggut, diasaskan dari cerita Musang Berjanggut yang mana teknik ini memerlukan kedua kaki wanita kengkang ke atas dan masukkan batang yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus ke faraj dari arah depan.

9. Menggunakan Teknik Che Siti Wan Kembang, teknik berasal dari Kuala Krai Kelantan ini terbukti berkesan dengan jumlah statistik mendapat anak yang ramai yang mana konsep adalah dengan melapik bantal di bawah punggung perempuan. Teknik Puteri Saadong dan lain-lain gaya yang difikirkan batang dapat menusuk terus rapat ke hujung rahim.

” Kebanyakan skill ini ada dah semulajadi kat orang Kelantan dan anda tak perlu susah nak cerita banyak pada mereka sebab semuanya tersedia pakej lengkap jika isteri anda orang Kelantan “

10. Mana-mana gaya dan teknik yang menyakitkan isteri hendaklah diketepikan dan tukarkan dengan teknik-teknik lain.

11. Selepas pancutan air mani, kekalkan batang ke dalam faraj beberapa ketika sehingga batang kecut sepenuhnya tak bermaya lagi nak main atau sehingga faraj mengecut kembali.

12. Berdoa la banyak2 kepada Allah, supaya dipercepatkan dpt zuriat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...