Monday, August 13, 2012

Home made red ruby

First time aku makan red ruby nie di restoran Red Wok. Disebabkan rasanya yang sedap, aku google la resepi red ruby nie. Tapi disebabkan aku tak kenal macam mana bentuk sengkuang cina atau  Water chestnuts dalam bahasa kelatenya, maka misi untuk mencuba tertangguh agak lama. semalam aku membuat kembara mencari  Water chestnuts nie di pasar-pasar raya, tapi hampa kerana tiada. last sekali aku pergi ke pasar borong selnagor jumpa la benda nie. tapi satu gerai jer ada.

yang nie aku beli

yang nie gambar pak cik google yang bagi

Kalau pembaca nak tahu, Water chestnuts nie kat pasar peniaga paketkan dalam jaring merah (red net tapi jaring tu tiada kaitan dengan red ruby pun sebenarnya). Disebabkan Water chestnuts nie kecil maka jenuh la aku mengupas kulitnya satu persatu. lepas tu kena pula potong kecil-kecil. Tapi lepas 3 biji aku potong kecil-kecil, yang lain aku potong ikut suka hati, yang penting cepat siap. 

lepas tu boleh la ikut resepi berikut:

Bahan-bahan

  • sengkuang cina (kurang lebih 300 g) -guna sengkuang China(water chesnut) tau
  • 1 cawan tepung ubi 
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air (aku guna sirap merah jer)
  • 1 tin susu sejat/ santan asli pun boleh (santan yang kotak tak best la)
  • 200g gula pasir dimasak bersama 500ml air
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • kiub ais secukupnya

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. (sampai timbul atas)Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan susu sejat. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.


Inilah hasil red ruby aku. tak merah sangat sebab aku guna sirap merah jer. kalau korang nak merah guna la pewarna makanan yang dibenarkan. kalau tak puas hati juga boleh la guna cat nippon pain warna merah.

update

yang nie aku buat time raya. Aku guna buah coctail sebagai tambahan dan rasa lagi best.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...