Monday, October 29, 2012

Anak ikan Makanan ikan pemangsa

Ikan nie aku beli bukan nak dijadikan makanan ikan. Tapi aku beli untuk bela. Cantik gak aku tengok.


Koleksi ikan sepat

Aku ada pelbagai koleksi ikan sepat seperti sepat silver, oren, oren terang, oren belang biru dan terbaru sepat biru

Koleksi terkini ikan

Ikan dalam aquarium aku.
Ikan nie aku beli kat dengkil, Kajang atau kat taman equene seri kembangan. Tapi ada juga yang import jauh. Nun kelate mari.


Koleksi ikan bandaraya

Ikan nie aku beli seringgit setengah sekor. Orang kata ikan ni makan lumut tapi aku tgok pemalas giler ikan nie


Sunday, October 21, 2012

Saturday, October 20, 2012

Perarakan

Hari ni aku nampak satu perarakan kaum cina. Perarakan apa aku tak pasti la tapi macam perarakan cina mati.

Tapi walau konvoi perarakan ni panjang, ia tak la menggangu lalu lintas sebab ada dua orang bro rider naik kuda putih (polis la tu) yang kawal jalan.








Sepagi D Botani Putrajaya

Hari ni pagi2 aku dah sampai di taman botani putrajaya. Sampai jer aku bawa basikal jalan2.

Bila ronda di taman botani baru aku tahu taman wetland dengan taman botani ni bersambung.

Berbasikal sorang2 ni tak best sebab cepat penat dan bosan. Tapi bagi aku lokasi riadah ni menarik.

























Kereta Sorong Bayi Berenjin

Kereta sorong bayi yang berenjin ini telah dicipta oleh Collins Furze yang juga seorang tukang paip dengan berkelajuan 50 MPH (80.4 kmj). 





http://www.cbsnews.com/8301-504784_162-57531513-10391705/watch-a-dad-riding-a-baby-carriage-speeding-down-the-road-at-50-mph/

Longgarkan syarat berpoligami


SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban
WANITA Islam yang lanjut umur mencecah umur 35 tahun ke atas, atau apa yang dikatakan sebagai 'andartu' yang masih membujang membimbangkan kita. Ini kerana semakin ramai di antara mereka ini tidak pernah merasai kenikmatan berumahtangga sehingga ke akhir hayat.

Jangan salahkan jodoh atau takdir jika sekiranya umur semakin meningkat tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pasangan hanya kerana ego, terutama sekali wanita yang berkerjaya dan teguh ekonominya.

Perlu diingatkan bahawa perkahwinan di dalam Islam adalah sunnah Rasulullah SAW. Pertamanya, ia dapat menyambung zuriat dan menambahkan lagi umat Nabi Muhammad SAW. Baginda berbangga jika umat Islam semakin bertambah di muka bumi ini. 

Keduanya, untuk mengelakkan berlakunya maksiat yang menjurus seseorang itu ke dalam api neraka di akhirat kelak.
Ketiganya, dapat menjaga maruah diri dan keluarga.

Dalam hal ini, kita perlu kaji semula sistem perundangan dan peradapan serta budaya kita agar lebih terbuka ke arah membina masyarakat Islam yang mampu memberikan sesuatu yang menguntungkan, bukan mengongkong ke arah merugikan.

Oleh itu, dicadangkan agar dilonggarkan syarat bagi lelaki untuk berpoligami dengan wanita berumur lebih daripada 30 tahun, iaitu tanpa surat akuan kebenaran daripada isteri pertama. Tidak perlulah disyaratkan untuk mendapatkan salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan seperti mana prosedur biasa.

Sebaliknya memadai disediakan perjanjian di antara pasangan yang hendak berkahwin itu mengikut akuan perjanjian masing-masing jika berlaku permasalahan di kemudian hari nanti. Tujuan utama adalah untuk menyelamatkan 'andartu' bagi mendapatkan zuriat. Difahamkan mengikut kajian perubatan sains moden, wanita yang belum pernah berkahwin memang susah untuk mengandung ataupun melahirkan anak apabila umur menjangkau 40 tahun ke atas. 

Kita kena terima hakikat lumrah rutin kehidupan manusia. Tetapi dalam pada itu, seseorang itu hendaklah berusaha menyelesaikan sendiri apa juga yang mendatang dan jangan biarkan ia tanpa pembelaan sewajarnya. Islam juga membenarkannya asalkan mampu memberikan manfaat kepada ummah.

Tidak keterlaluan jika disyorkan juga agar wanita dengan secara jujurnya melalui 'orang tengah' saperti saudara mara atau orang yang boleh kita percayai merisik lelaki yang boleh dan mahu mengambil mereka sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.

Selain untuk mendapatkan zuriat, ia juga bagi mengelakkan seseorang wanita itu hidup keseorangan di waktu tua nanti apabila tiada siapa untuk menjaganya.

Apa yang saya perkatakan ini bukan senda gurau atau sesuatu yang pelik. Secara tidak langsung dalam jangka panjang mampu menyelamatkan kaum wanita itu sendiri serta dapat membela hak-hak mereka. Fikirkanlah sudut positifnya dahulu sebelum membuat pelbagai andaian.


Komen aku

Kita orang lelaki nie kalau bab kawen lebih satu memang suka la. Tapi tanggungjawab juga perlu difikirkan. Kalau dikampung selalu dengar orang kawen sana sini tapi mengabaikan anak-anak dan isteri. Tapi sekarang fonomena ini dah menular ke bandar. Kita selalu dengar bila kawen muda, isteri tua ditinggalkan. Itulah nafsu besar tapi income kecik. fikir-fikirkan

Friday, October 19, 2012

7 produk sejuk beku import ada DNA babi

JAIPs kesan makanan dibawa masuk dari Thailand

Kangar: Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) mengesahkan tujuh produk sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di wilayah utara mengandungi DNA babi. 


berita penuh
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/7produksejukbekuimportadaDNAbabi/Article

Monday, October 8, 2012

Sedapnya Lelaki Itu Makan Biskut Aku...

Kisah ini berlaku di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.

Kebetulan tiada lagi tempat atau meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. 

Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".

Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat.

Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!

Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir. Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah "never judge the book by it's cover". - jangan menilai buku berdasarkan kulitnya, begitu jugalah jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan awda mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita ni sangkakan.

Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama.

Sunday, October 7, 2012

Kenapa permainan bola main 45 minit

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)? Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima. Dia menjawab...."Sebab mengapa bola sepak dimainkan dalam 45 minit ialah... Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan.

Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain di dalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit. Persoalan terjawab !!! Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!


Kalau masa tambahan adalah 3 minit...itu sebab nak cari bola siapa yang tercicir sebiji lagi.

Saturday, October 6, 2012

Biji getah

Kepada yang tak kenal biji pokok getah ni la rupanya. Kalau kat kampung budak2 main laga biji getah. Budak sekarang mana main benda gitu.


Beriadah di wetland putrajaya

Ni gambar time aku pegi wetland putrajaya. Tapi jika nak ke wetland kena bawa air sebab kat sana mesin air rosak.

























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...