Wednesday, September 19, 2012

UTAMAKAN RUMAH PENJAWAT AWAM


Utusan Malaysia
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my
14/9/2012

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menjadikan isu perumahan antara keutamaan dalam pembentangan Bajet 2013 kelak.Presidennya, Datuk Omar
Osman berkata, pembentangan tersebut dinanti-nanti seluruh rakyat negara ini termasuklah penjawat awam.Menurutnya,
isu perumahan diharap menjadi
penekanan memandangkan situasi harga rumah yang melonjak dan di luar kemampuan, khususnya bagi 30 hingga 40 peratus penjawat awam.

"Ini situasi yang membimbangkan.
Golongan tersebut masih sukar memiliki rumah bawah RM200,000 meskipun telah bekerja antara lima hingga 10 tahun serta menggabungkan gaji suami dan isteri."Ini menyebabkan ada segelintir yang tidak mempunyai kediaman sendiri walaupun
tiba tempoh persaraan," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) (PPPSIPTA)
dan Harapan Bajet 2013 di Universiti
Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Hadir sama Presiden PPPSIPTA, Zainal
Abidin Bahari.Menurut Osman, CUEPACS
juga berharap pembentangan bajet kali
ini memberi harapan baru kepada pekerja
sektor awam termasuk pemberian bonus.
"Sekiranya kerajaan memberi bonus
sebanyak dua bulan atau sebulan gaji
kepada penjawat awam, ini menunjukkan
kemampuan ekonomi negara, selain
menjadi sejarah serta perubahan dalam
sektor awam."Kami juga berharap
permohonan elaun dan insentif sektor
awam kembali dipertimbangkan,"
katanya.Mengulas penyerahan
memorandum hari ini, Osman berkata, ia
berkaitan dengan tuntutan menaik taraf
skim perkhidmatan pembantu makmal di
IPTA seluruh negara.
Katanya, tuntutan yang diminta itu selari
dengan tugas pembantu makmal universiti
yang membantu melakukan penyelidikan,
memantau latihan amali pelajar dan
banyak lagi."Kira-kira 1,200 pembantu
makmal sahaja yang mendapat kenaikan
pangkat sejak ia dinaik taraf pada
2005."Menginjak ke tahun 2009, skim
berkenaan kembali bergerak perlahan dan
kini seramai 387 pembantu makmal lagi
telah lulus Bridging Programme pada
2010/2011 tetapi masih belum dinaikkan
pangkat," katanya.
Omar memberitahu, memorandum
tersebut akan diserahkan pada 20
September ini untuk perhatian Setiausaha
Bahagian dan Ketua Pengarah Jabatan
Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Rujhan
Mustafa."Jika tiada sebarang tindakan
sehingga 1 November depan, pihak
universiti mungkin menghadapi masalah
dan pengajian pelajar akan terjejas kerana
kumpulan ini bakal melaksanakan work to
rule atau bekerja mengikut waktu
pejabat," katanya lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...