Friday, September 28, 2012

Bajet 2013

Bajet 2013 akan dibentang pada petang ini oleh YAB PM. Intipati bajet akan menarik perhatian semua lapisan rakyat di negara kita dan juga pelabur dan kerajaan luar. Semua pihak ternanti-nanti apa imbuhan atau habuan yang bakal diterima oleh mereka.

Untuk bajet 2013 nanti, sama-sama kita saksikan di tv. bagi yang berada di pejabat tu boleh la dengar radio streaming atau tengok di tv streaming.

http://www.rtm.gov.my/tv1/

Monday, September 24, 2012

Nasi goreng payata


Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Cerita bermula di tahun 60an di satu perkampungan di utara Malaya. Kampung ini belum ada bekalan karen dan ayaqKat kampung itu tinggailahsatu keluarga yang miskin, Awang dan mak dia, Cik Kiah.   

Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui untuk masa depan yang lebih vogue dan anggun.  

Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya di dalam pelajaran. Dengan kelulusan yang ada, Awang telah berjaya mendapat kerja dengan gomen.  

Yang menjadi masalah dia, tempat kerja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorangYalah takut gak nanti orang tackelmak dia, sapa susah? Dia gak nanti yang susah. Tak pasai-pasai dapat bapak tiri.   

“Mak, bolehkah cek pi keja kat Penang tu?” kata Awang. “Cek risaulah kat mak,” sambungnya lagi.   

La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pilah, untuk masa depan hang gak,” balas maknya.   

“Lagipun bukan senang ho nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian hoo,” kata maknya bangga.   

T.Q, mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free-free tu Awang akan bawak mak pi sana,” kata Awang janji kat mak dia.  

Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) untuk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu.   

“Wah! selesanya,” kata Awang. “Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni,”  bisik Awang.   

Setelah sebulan di perantauan, Awang balik bercuti ke kampung dia. Sampai saja di rumah, mak dia melompat-lompat tengok anak dia dengandressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni).   

Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpa.   

“Mak, syiok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca,” kata Awang mengklentong mak dia.   

“Apa dia? Ayaq dalam besi, api dalam kaca? Awang hoi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu,” kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.  

Maka esoknya berangkat Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam-macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni.   
Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang. Ada radio, ada kusyen dan lain-lain yang tak terdapat di rumahnya.Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang. Memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa.  

Proudla Cik Kiah dengan semua benda-benda tu.   

“Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua orang kampung, baru depa tak boleh pekunun aku,” bisiknya.  

“Eh! Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia?” bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik.  

“Ni ha dia api dalam kaca tu,” jawab Awang sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah menyala.   

“Eh! baik-baik satni meletup pulak kaca tu,” kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona.   

“Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam,” kata Awang meyakinkan mak dia.   

Kini tanda tanya Cik Kiah tentang api dalam kaca sudah terjawab.   

“Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni,” kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dan yang lain-lain  pasti akan terpegun den terkezut nanti.  

“Awang hoi, tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak?” kata Cik Kiah tak sabaq-sabaq.   

Tu ha, ayaq dalam besi tu,” tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia.   

“Oh! ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah-susah cedok ayaq kat telaga noo?” kata Cik Kiah semakin bangga. 

Bertambah lagi modai nak kelentong jiran-jiran kampung dia nanti.  

“Eh! mak, cek lapaq laLa ni cek nak pi kedai sat beli makanan. Mak dok satsat ni cek balik la,” kata Awang.   

“Tak pa lapi lah. Mak pun nak semayang ni,” jawab Cik Kiah.   

Setengah jam kemudian Awang balik dengan bekalan makanan. Masuk saja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex saja. 

 “Ha, mak dah semayang ka?” tanya Awang.   

“Dah,” jawab Cik Kiah.   

“Ni mak nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? Tadi payah betui mak ambik ayaq semayang tau?”  tanya Cik Kiah lagi.   

“Telaga? Mana ada telaga dalam rumah macam ni? Kat kampung kita ada la,” kata Awang musykil.  

“Ni apa dia? Bukan ka tu telaga kecik? Cuba hang pebesaq sikit telaga tu, tak lah payah mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti,” kata Cik Kiah sambil menunjuk ke arah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.   

La Usurpadora. Awang seakan-akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam ‘telaga kecik tu’.

Wednesday, September 19, 2012

UTAMAKAN RUMAH PENJAWAT AWAM


Utusan Malaysia
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my
14/9/2012

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menjadikan isu perumahan antara keutamaan dalam pembentangan Bajet 2013 kelak.Presidennya, Datuk Omar
Osman berkata, pembentangan tersebut dinanti-nanti seluruh rakyat negara ini termasuklah penjawat awam.Menurutnya,
isu perumahan diharap menjadi
penekanan memandangkan situasi harga rumah yang melonjak dan di luar kemampuan, khususnya bagi 30 hingga 40 peratus penjawat awam.

"Ini situasi yang membimbangkan.
Golongan tersebut masih sukar memiliki rumah bawah RM200,000 meskipun telah bekerja antara lima hingga 10 tahun serta menggabungkan gaji suami dan isteri."Ini menyebabkan ada segelintir yang tidak mempunyai kediaman sendiri walaupun
tiba tempoh persaraan," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) (PPPSIPTA)
dan Harapan Bajet 2013 di Universiti
Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Hadir sama Presiden PPPSIPTA, Zainal
Abidin Bahari.Menurut Osman, CUEPACS
juga berharap pembentangan bajet kali
ini memberi harapan baru kepada pekerja
sektor awam termasuk pemberian bonus.
"Sekiranya kerajaan memberi bonus
sebanyak dua bulan atau sebulan gaji
kepada penjawat awam, ini menunjukkan
kemampuan ekonomi negara, selain
menjadi sejarah serta perubahan dalam
sektor awam."Kami juga berharap
permohonan elaun dan insentif sektor
awam kembali dipertimbangkan,"
katanya.Mengulas penyerahan
memorandum hari ini, Osman berkata, ia
berkaitan dengan tuntutan menaik taraf
skim perkhidmatan pembantu makmal di
IPTA seluruh negara.
Katanya, tuntutan yang diminta itu selari
dengan tugas pembantu makmal universiti
yang membantu melakukan penyelidikan,
memantau latihan amali pelajar dan
banyak lagi."Kira-kira 1,200 pembantu
makmal sahaja yang mendapat kenaikan
pangkat sejak ia dinaik taraf pada
2005."Menginjak ke tahun 2009, skim
berkenaan kembali bergerak perlahan dan
kini seramai 387 pembantu makmal lagi
telah lulus Bridging Programme pada
2010/2011 tetapi masih belum dinaikkan
pangkat," katanya.
Omar memberitahu, memorandum
tersebut akan diserahkan pada 20
September ini untuk perhatian Setiausaha
Bahagian dan Ketua Pengarah Jabatan
Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Rujhan
Mustafa."Jika tiada sebarang tindakan
sehingga 1 November depan, pihak
universiti mungkin menghadapi masalah
dan pengajian pelajar akan terjejas kerana
kumpulan ini bakal melaksanakan work to
rule atau bekerja mengikut waktu
pejabat," katanya lagi.

Test

Test

5s di opis




Red ruby

Ni la red ruby terbaru perisa kiwi


Bot di mines

Ni lah bot di the mines. Berapa tambang tak la tahu





Masjid lendu melaka

Aku berhenti solat. Reka bentuk bercirikan seni bina china


Pokok hiasan meja

Ni la hiasan meja dalam menanti 5s


Kelantan vs arbil

1 kelantan 2 arbil minit 50 sepakan panalti

Kelantan vs arbil

Piala AFC
kelantan dan arabil buat cubaan

Kelantan vs arbil

1-1 ht

Test

Test for update mobile blogger

Thursday, September 6, 2012

Gila GPS

Hobi nie boleh jadi macam-macam hobi. Tapi kalau terlalu taksub orang akan kata kita gila contoh gila GPS.


Wednesday, September 5, 2012

Hologram Technology


Jawatan Kosong Felda


Dua Dimensi

pening aku tengok gambar nie


Sekitar Perhimpunan Jabatan

Setiap jabatan akan mengadakan perhimpunan dalaman bagi memaklumkan berita atau maklumat terbaru kepada warganya. Perhimpunan ini juga akan menjadi wadah bagi setiap bahagian di jabatan aku berlumba-lumba bagi menajamkan dan menonjol bakat2 terpendam anggota bahagian. Kebiasaannya persiapan untuk perhimpunan akan mengambil masa lebih dari seminggu dengan persiapan video/montaj, slaid, gimik pelancaran atau seumpamanya bagi menjayakannya. Di sini aku paparkan persiapan yang ada.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...