Tuesday, August 28, 2012

Nenas Batu dan Khasiatnya

Pokok nenas batu nie dah lama family aku tanam. Buah nie macam nenas biasa tapi dia kecil banyak. Sangat kecik. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa.




Orang kata nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah, tapi aku pun tak tau betul ker tak.
berkhasiat membantu mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan air rebusannya seminggu sekali. Ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak. Buah nenas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.

Untuk mendapatkan khasiat nenas batu ini kita hendak membasuh buah tersebut sehingga bersih, kemudian rendam ke dalam jag yang berisi air panas. Biarkan selama satu jam sehingga buah nenas batu itu tenggelam. Setelah buah tersebut tenggelam, keluarkannya dari jag dan minum air rendaman buah tersebut. Air rendaman tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari. Nenas batu yang telah direndam tadi boleh digunakan semula dengan menjemurnya sehingga kering di bawah sinaran cahaya matahari. Kelopak buah nenas batu yang kering akan tertutup bila direndam dan berkembang apabila dijemur. Sekiranya kelopak buah nenas batu sudah tidak mampu berkembang apabila dijemur, menandakan khasiatnya telah tiada. Biasanya nenas batu boleh digunakan sehingga setahun atau lebih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...