Tuesday, August 28, 2012

Nenas Batu dan Khasiatnya

Pokok nenas batu nie dah lama family aku tanam. Buah nie macam nenas biasa tapi dia kecil banyak. Sangat kecik. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa.




Orang kata nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah, tapi aku pun tak tau betul ker tak.
berkhasiat membantu mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan air rebusannya seminggu sekali. Ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak. Buah nenas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.

Untuk mendapatkan khasiat nenas batu ini kita hendak membasuh buah tersebut sehingga bersih, kemudian rendam ke dalam jag yang berisi air panas. Biarkan selama satu jam sehingga buah nenas batu itu tenggelam. Setelah buah tersebut tenggelam, keluarkannya dari jag dan minum air rendaman buah tersebut. Air rendaman tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari. Nenas batu yang telah direndam tadi boleh digunakan semula dengan menjemurnya sehingga kering di bawah sinaran cahaya matahari. Kelopak buah nenas batu yang kering akan tertutup bila direndam dan berkembang apabila dijemur. Sekiranya kelopak buah nenas batu sudah tidak mampu berkembang apabila dijemur, menandakan khasiatnya telah tiada. Biasanya nenas batu boleh digunakan sehingga setahun atau lebih.

Monday, August 13, 2012

Home made red ruby

First time aku makan red ruby nie di restoran Red Wok. Disebabkan rasanya yang sedap, aku google la resepi red ruby nie. Tapi disebabkan aku tak kenal macam mana bentuk sengkuang cina atau  Water chestnuts dalam bahasa kelatenya, maka misi untuk mencuba tertangguh agak lama. semalam aku membuat kembara mencari  Water chestnuts nie di pasar-pasar raya, tapi hampa kerana tiada. last sekali aku pergi ke pasar borong selnagor jumpa la benda nie. tapi satu gerai jer ada.

yang nie aku beli

yang nie gambar pak cik google yang bagi

Kalau pembaca nak tahu, Water chestnuts nie kat pasar peniaga paketkan dalam jaring merah (red net tapi jaring tu tiada kaitan dengan red ruby pun sebenarnya). Disebabkan Water chestnuts nie kecil maka jenuh la aku mengupas kulitnya satu persatu. lepas tu kena pula potong kecil-kecil. Tapi lepas 3 biji aku potong kecil-kecil, yang lain aku potong ikut suka hati, yang penting cepat siap. 

lepas tu boleh la ikut resepi berikut:

Bahan-bahan

  • sengkuang cina (kurang lebih 300 g) -guna sengkuang China(water chesnut) tau
  • 1 cawan tepung ubi 
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air (aku guna sirap merah jer)
  • 1 tin susu sejat/ santan asli pun boleh (santan yang kotak tak best la)
  • 200g gula pasir dimasak bersama 500ml air
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • kiub ais secukupnya

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. (sampai timbul atas)Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan susu sejat. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.


Inilah hasil red ruby aku. tak merah sangat sebab aku guna sirap merah jer. kalau korang nak merah guna la pewarna makanan yang dibenarkan. kalau tak puas hati juga boleh la guna cat nippon pain warna merah.

update

yang nie aku buat time raya. Aku guna buah coctail sebagai tambahan dan rasa lagi best.

Friday, August 10, 2012

Kini anda boleh menilai polis melalui mySMS 15888

jika biasa anda tahu komen di FB, di forum atau mana-mana media sosial jika tak berpuas hati dengan perkhidmatan polis. Kini anda boleh membuat penilaian anda melalui gerbang SMS Kerajaan.


Tak tahu macam mana nak daftar? 


Berapa kadar yang dikenakan pada setiap SMS yang dihantar/terima? 

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 
Setiap SMS yang anda terima dikenakan bayaran sebanyak RM0.20 
Setiap SMS Hebahan yang diterima adalah percuma 

http://www.mysms.gov.my
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Mutiara

Mutiara asli boleh diambil dari tiram. kalau nak tahu prosesnya kena la google.


Unta

grafik atau semula jadi terbentuk


Monday, August 6, 2012

Malaysia top 10 negara paling malas dunia



fakta nie aku cilok kat FB ikim.fm. Tapi apa sebabnya negara kita tersenarai top 10? nak kata tiada kerja tak juga sebab banyak kerja terpaksa import indon bangla mai sini. Tapi rialitinya memang boleh diakui la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...