Thursday, March 22, 2012

Minima bajet kawe

Kawen sekarang kosnya memang mahal. So paling cikai pun kos kawen adalah


Wednesday, March 21, 2012

2 gadis dikejar perogol


Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya. 
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.
M : Dan… dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..
M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…
M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

Monday, March 19, 2012

Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan.......

Sebelum Tido: 
6 minggu: selamat bobok sayang, mimpi indah ya, mmmuach. 
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah. 
6 tahun : Sanasikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole eh???! 

Pakai Toilet: 
6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak buru2 . 
6 bulan: masih lama tak nih? 
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !! 

Balas SMS: 
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u.. 
6 bulan: trafik jam ah 
6 tahun: k.. 

Dating process: 
6 minggu: I love U, I love U, I love U. 
6 bulan: Of course I love U. 
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u?? 

Pulang Keje: 
6 minggu: Honey, i dah balik nih.... 
6 bulan : I'm BACK!! 
6 tahun: Masak apa hari ini?? 

Hadiah (ulang tahun): 
6 minggu : Sayang, i harap u menyukai cincin yang i beli 
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak.. 

Telefon: 
6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih 
6 bulan : Eh...your call... 
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!! 

Masakan: 
6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazaattt...!!! 
6 bulan: Kita makan apa malam ini?? 
6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI? 

Memaafkan: 
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh 
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh. 
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!! 

Baju baru: 
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu 
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi? 
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU??? 

Merancangkan Holiday: 
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey? 
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight... 
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE! 

TV: 
6 minggu: Baby, apa yg kita nak tonton malam ini ? 
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah. 
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE 

Sunday, March 18, 2012

Pemansuhan Keperluan Pengesahan Pada Salinan Dokumen Dalam Urusan Dengan Pihak Kerajaan

Pada awal Mac 2012, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada semua agensi kerajaan mengenai pemansuhan keperluan pengesahan dokumen dalam urusan antara rakyat dengan pihak kerajaan. Pemansuhan tersebut berkuatkuasa serta merta dari tarikh surat arahan tersebut dikeluarkan.

Dokumen arahan SINI

Antara intipati surat tersebut ada menyebut mengenai pengesahan salinan dokumen bagi permohonan biasiswa, namun bagi dokumen yang terdapat keperluan undang-undang, perlulah kita sahkan sebagaimana diperlukan.  

Jawatan Kosong di Lembaga Tabung Haji

SENIOR MANAGER, BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT (CONTRACT)
SENIOR MANAGER, OPERATIONAL RISK (CONTRACT)
MANAGER, ANTI MONEY LAUNDERING (AML/CFT) (CONTRACT)


CLOSING DATE : 30 MARCH 2012
http://www.tabunghaji.gov.my/

Jawatan Kosong di Malaysian Investment Development Authority (MIDA)

1. Pegawai Ehwal Ekonomi
2. Juruaudit
3. Pustakawan
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
5. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
6. Pembantu Ehwal Ekonomi
7. Pegawai Khidmat Pelanggan
8. Pengawal Keselamatan

Closing Date : 26 March 2012
http://www.mida.gov.my

Jawatan Kosong di UNITEN

ADMINISTRATIVE OFFICER


Closing Date: 26 March 2012.
http://www.uniten.edu.my

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

1. Pegawai Penyelidik
2. Pegawai Penyelidik Sosial
3. Pegawai Teknologi Maklumat
4. Pegawai Penerbitan
5. Pembantu Penyelidik
6. Pembantu Penerbitan
7, Setiausaha Pejabat

 Tarikh  tutup permohonan pada 31 Mac 2012
http://www.miros.gov.my

Jawatan Kosong di Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju)

Executive, Finance & Administration
Executive/ Senior Executive, Entrepreneurship
Manager

http://siva-my.jobstreet.com 

Jawatan Kosong di Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit [AKPK]

1. Executive, Employee & Industrial Relations
2. Executive, Call Centre

http://siva-my.jobstreet.com

Jawatan Kosong di Telekom Malaysia Berhad

TM Career: Assistant Manager Product Specialist
TM Career Fair: Assistant Manager 1st Level Technical Support
TM Carweer Fair: Security Analyst
TM Career Fair: Manager Product Development & Management MLAN
TM Career Fair: AGM Insurance Management (Group Business Assurance)
TM Career: Presales Executive, Managed Server Storage
TM Career Fair: Assistant Manager Application Development
TM Career Fair: Assistant Manager Level 2 Support
TM Career Fair:Network Engineer
TM Career Fair: Assistant Manager Product Specialist, Managed Collaboration Services
TM Career Fair: Manager Telephony Application
TM Career Fair: System Engineer Level 2 Support Engineer (Telephony)
TM Career Fair: Manager External Compliance (Group Business Assurance)
TM CAREER FAIR - Assistant Manager Agent & Vendor
TM Career Fair: Assistant Manager, BPO Lead Support
TM Career Fair: Service Support Engineer
TM Career Fair: Product Management & Development Manager
TM Career Fair: Product Development Assistant Manager
TM Career Fair: Product Management Senior Engineer
TM Career Fair: Kerani Sokongan , Malaysian Logistic, Group Procurement
TM Career Fair: Kerani Sokongan , Malaysian Logistic, Group Procurement
TM Career Fair: Sales Representative
TM Career Fair: Creative Director
TM Career Fair: Assistant Manager OSHE (Group Human Capital Mgmt)
TM Career Fair: Assistant Manager Zone Leader Taman Midah
TM Career Fair: Pembantu Pegawai Sokongan
TM Career Fair : Kerani Kanan Sokongan (Support/ Data Management)
TM Career Fair : Kerani Kanan Sokongan (Zone Leader Bukit Mertajam)
TM Career Fair: Assistant Manager Social Media (Group Corporate Communication)
TM Career Fair: Manager, Access & Licensing (Group Corporate & Regulatory)
TM Career Fair: Kerani Sokongan (Malaysian Logistic, Group Procurement)
TM Career Fair: Female Lifeguard
TM Career Fair: Clerk Center For Foundation Studies And Extension Education
TM Career Fair: Clerk Faculty of Information Science And Technology
TM Career Fair: Administrative Officer
TM Career Fair: Library Assistant
TM Career Fair: Technician Faculty of Engineering
TM Career Fair: Student Counselor
TM Career Fair: Manager Media Support
TM Career Fair: Security Guard
TM Career Fair: Assistant Manager (Quantity Surveyor)
TM Career Fair: Assistant Manager (System Analyst)
TM Career Fair: Computer Technician
TM Career Fair: Assistant Lecturer Center for Foundation Studies and Extension Education
TM Career Fair: Assistant Lecturer Center For Diploma Programs
TM Career Fair: Graphic Designer
TM Career Fair: Assistant Manager Service Engineering 2
TM Career Fair: Senior Audit Manager- Marketing (Group Internal Audit)
TM Career Fair: Manager Audit Management System / IT (Group Internal Audit)
TM Career Fair: AGM รข€“ Information Technology (Group Internal Audit)
TM Career: Technical Assistant Service Operation Centre
TM Career Fair : Censorship Compliance Operator
TM Career Fair : Assistant Manager Content Acquisition & Programming (International & Local Content)
TM Career Fair : Manager Sport & Local Content
TM Career Fair : Assistant Manager Promo & Event
TM Career Fair: Assistant Manager 2nd Level Tech Support, Collaboration Tele Presence
TM Career Fair: Assistant Manager 1st Level Tech Support, Collaboration
TM Career Fair:Network Engineer Unified Comm. & Tele Presence
TM Career Fair: Assistant Manager, Email And Content Security Engineering
TM Career Fair:Assistant Manager Network Security Engineering
TM Career Fair: Manager Product Dev & Mgmt MWAS & MBIS
TM Career Fair: Pembantu Pegawai Sokongan
TM Career Fair: Assistant Manager Service Solution
TM Career Fair: Account Executive (Sales)
TM Career Fair: Assistant Manager, Billing Customization Management
TM Career Fair: Account Executive
TM Career Fair: District Executive
TM Career Fair: Asst. Mgr. (AM) Logistic 3 (HB) Pos Msia
TM Career Fair: Assistant Manager Sales Svc 3 (HB FB) PMP
TM Career Fair: Asst. Mgr.(Sales) ICT, Svcs, Mfg, Log, Media Broadcast
TM Career Fair: Asst. Mgr. (AM) FSI, Retails,
TM Career Fair: Juruteknik Kanan
TM Career Fair: Assistant Manager Solution Consultant
TM Career Fair: SENIOR EXECUTIVE
TM Career Fair: Assistant Manager Solution Consultant (Services)
TM Career Fair: Kerani Kanan Sokongan
TM Career Fair: RESEARCHER
TM Career Fair: TECHNICAL ASSISTANT FOR ENGINEERING SUPPORT
TM Career Fair: SENIOR RESEARCHER HARDWARE PLATFORMS, ENGINEERING SCIENCES
(TM Career Fair) Assistant Manager, Program Management & Operational Excellence
TM Career Fair: SENIOR RESEARCHER HARDWARE PLATFORMS, ENABLING SCIENCES
TM Career Fair: PROJECT MANAGER
TM Career Expo: Executive, Human Capital Planning
TM Career Fair: Project Manager 2
TM Career Fair: Project Manager 1
TM Career Fair: Mechanical Engineer
TM Career Fair: Manager Global
TM Career Fair: Ambassador (Customer Service Assistant)
TM Career Fair: Manager Operation Management and State Enterprise
TM Career Fair: Customer Sales Representative
TM Career Fair: Pembantu Pegawai Sokongan
TM Career Fair: Pembantu Pegawai Teknik
TM Career Fair: Juruteknik

Tarikh Tutup Permohonan :  8 April 2012
http://www.tmcareer.com.my

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia

Jawatan Kosong di PERODUA

1. Service Operations Executive
2. Technical Executive
3. System Engineer
4. Assistant Manager – Employee Relations Section

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2012
http://www.perodua.com.my

Jawatan Kosong di Perbendaharaan Malaysia

1. Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Mac 2012
http://bpp.treasury.gov.my

Jawatan Kosong di TUDM


Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)


1. Pegawai Tadbir N41
2. Akauntan W41
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa J29
4. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
5. Pembantu Tadbir N17
6. Pembantu Am Pejabat Gred N1

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Mac 2012
http://www.perda.gov.my

Jawatan Kosong di KTM Berhad

1. Technical Assistant - Mechanise
2. Engineer/Manager (Mechanical/Electrical/Civil)
3. Technical Assistant (EMU/ETS)
4. Juruteknik Elektrik
Tarikh Tutup: 27 Mac 2012

5. Pemandu Kenderaan Bermotor
Tarikh Tutup: 20 Mac 2012

6. Tukang K2
Tarikh tutup 26 Mac 2012

http://www.ktmb.com.my/

Bangun Sebelum Subuh


Saturday, March 17, 2012

Pameran power of 1 oleh Proton

Pengalaman Seorang Gadis Pertama…


Angaplah anda seorang gadis ( jika anda seorang lelaki )
Dan juga adalah ini kali pertama anda !!!!!!
Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda.
Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.
Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.
Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan? Mata anda digenangi deagan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk.
Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda
dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.
Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor, kerana mencabut gigi anda. Terimakasih doktor. . . . .

Hahaha..mesti korang stim kan biler tgh baca nie..tapi akhirnya?? spoiL…. =))
jgn pikir lucah sgt..kan dah kena..wkakkakak =))

Friday, March 16, 2012

Budak nakal

Di sebuah bustop, seorang budak nakal bertanya
waktu kepada Pak Cupit...
Budak: Pakcik pukul berapa sekarang?
Pak Cupit: Pukul 3:45 petang.
Budak: Terima kasih
Pak Cupit: Sama-sama
Budak: Pakcik mintak tolong sikit boleh?
Pak Cupit: Tolong ape?
Budak: Nanti bila dah pukul 4:00 petang boleh tak
pakcik cium bontot saya?
Pak Cupit: Celaka punya budak!
Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak
Cupit sambil ketawa berdekah-dekah. Pak Cupit
yang berang mengejar budak nakal itu sampai ke
sebuah gerai menjual jambu.
Penjual jambu: Kenapa termengah-mengah ni pak
cik?
Pak Cupit: Budak celaka tu kenakan aku! Ada ke
patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4:00
petang?
Penjual jambu: La yeke? Tapi sekarang baru pukul
3:50 ada sepuluh minit lagi, kenapa tergesa-gesa?
Pak Cupit: &%$$%#@!

Thursday, March 15, 2012

"Bunyi apa tu bang"

Ketika sepasang suami isteri di sebuah kampung sedang tidur tiba-tiba tersedar melalui bunyi yg mencurigakan, bunyi
mencurigakan sebenarnya itu berasal dari seorang pencuri yg hendak mencuri di rumah mereka. Pencuri tersebut sedang duduk di bawah rumah sedang menunggu peluang.
Pada bunyi pertama membuatkan isteri bertanya ke suaminya

Isteri: Bang, bunyi apa itu?

suami : ah bunyi tikus itu, yang. Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..

Isterinya pun mengikut kata suaminya, pencuri di bawah rumah pun lega.
Selang beberapa minit terdengarlah lagi bunyi, membuatkan isterinya tersedar lagi.

Isteri : Bang tu bunyi aper lagi, Bang,

suami : Yang ni bunyi kucing la yang. Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..

Isterinya pun mengikut kata suaminya, pencuri di bawah rumah pun lega.
Untuk ketiga kali pencuri di bawah rumah membuat bunyi bising lagi kali ni terlanggar kayu yang disusun di bawah rumah sehingga isteri tuan rumah tersedar lagi.

Isteri : Bang,ada bunyi lagi!

Dengan boringnya suaminya menjawab,
Suami : Ahh bunyi BABI tu yang! Takde apa-apa tu. jom kita tidur jer..
mendengar perkataan BABI, membuatkan pencuri di bawah rumah terasa

“Cis ader aku dikatakan babi, tak patut betul…”

Wednesday, March 14, 2012

Rokok

Suatu petang yang damai...

Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. Lagi pun rokok menghabiskan duit belanja dapur kita!"

Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"

Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!"

Isteri : "@#$%%^"

Proton POWER OF 1


Tuesday, March 13, 2012

Lelaki itu bukan

-Lelaki itu bukan BANK , jika hendak apa maen oder saja. bila dah dapat terima kasih pun tak ucap. 

-Lelaki itu bukan KASUT, yang awak suka hendak tukar tiap tiap hari.

-Lelaki itu bukan TUNGGUL , awak datang bila awak memerlukan then awak tinggalkan dia

-Lelaki itu bukan MICROFON , yang awak suka arah arah dia.

-Lelaki itu bukan HARIMAU , yang garang memanjang, adakalanya dia manja seperti kucing memerlukan belaian

-Lelaki itu bukan CWINGUM, bila manis awak kunyah, bila hilang manis dia kau tuiihh tuuihh dia macam tu je.

-Lelaki itu bukan BADUT , untuk hiburkan awak sambil awak ketawakan dia. sedangkan apa yang dia lakukan semata untuk awak..

Monday, March 12, 2012

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi

Pekerja Sambilan Harian


Tarikh Tutup sebelum atau pada 22 Mac 2012 (Khamis)
http://www.rac.gov.my

Jawatan Kosong di Bank Negara Malaysia

First Level Executive in Facilities Management Department
Senior Maintenance Officer in Facilities Management Department
Technical Officer in Facilities Management Department

http://siva-my.jobstreet.com

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

PEGAWAI PENYELIDIK
PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PEGAWAI PENERBITAN
PEMBANTU PENYELIDIK
PEMBANTU PENERBITAN
SETIAUSAHA PEJABAT

Tarikh  tutup permohonan pada 31 Mac 2012
http://www.miros.gov.my

Jawatan Kosong di Malaysian Investment Development Authority (MIDA)



No.
Post
Grade
1.
Pegawai Ehwal Ekonomi
E41
2.
Juruaudit
W41
3.
Pustakawan
S41
4.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F29
5.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
E27
6.
Pembantu Ehwal Ekonomi
E17
7.
Pegawai Khidmat Pelanggan
N17
8.
Pengawal Keselamatan
KP11


Closing Date : 26 March 2012
http://www.mida.gov.my

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman


Suatu Hari....... 

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau.
Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat.
Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama.
Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning.

Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala.
Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti.
Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati.
Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu.
Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya.
Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah.
Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala."

Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya.
Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun.
Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.
Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota.
Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik.
Sayang, mereka sudah meninggal dunia.
Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan.

Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.
Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu.
Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal.
Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.
Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Moral cerita ini:

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Sunday, March 11, 2012

wanita mengeluh lelaki menjawab


Ada di kalangan wanita yang tak kenal erti bersyukur. Wanita yang berada dalam golongan ini adalah mereka yang “lupa diri”. Kaum wanita selalu cakap “susah jadi wanita”. Mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Mereka selalu persoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.Dengan kata lain yang agak kasar, mereka mendakwa yang Allah telah berat sebelah.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. 

Keluhan yang biasa kita dengar adalah:

Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Keluhan ISTERI A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Bukankah ibu itu seorang wanita? Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!” 

Keluhan REMAJA perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Keluhan ISTERI B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan!”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya! Tapi masih ramai wanita yang angkuh dengan suaminya”


Keluhan ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Keluhan ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya. Kenapa?”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...