Monday, December 5, 2011

Jawatan Kosong Di Lembaga Tabung Haji



PENGURUS BESAR
PENGURUS PERANCANGAN STRATEGIK
PENGURUS PELABURAN EKUITI PERSENDIRIAN
PENGURUS PELABURAN HARTANAH
PENGURUS DANA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 DISEMBER 2011
http://www.tabunghaji.gov.my

Jawatan Kosong di Perodua

1. Pemandu Syarikat
2. Executive Secretary


Tarikh Tutup   :     7 DISEMBER 2011 
http://www.perodua.com.my

Sikap rakan sekerja mempengaruhi motivasi kerja

Kawan di tempat kerja boleh mempengaruhi tahap motivasi kerja.
 
Bila kita dekat dengan orang yang rajin, bersemangat serta suka dengan kerja yang dilakukannya, serta merta kita juga akan terjangkit tabiat yang sama. Kesannya, kita akan turut jadi bermotivasi seperti dia.
 
People see, people do.
 
Apabila kita selalu berada dekat dengan orang yang malas bekerja, melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri, kesannya kita akan turut terjangkit perkara yang sama. Kita akan selesa dengan sikap seperti dirinya, maka kita juga akan jadi malas bekerja, suka melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri dalam bidang kerja sekarang ini.
 
Untuk menikmati keseronokan bekerja, Anda perlu berkawan rapat dengan orang suka dengan kerjanya. Elakkan berkawan dengan orang yang selalu mengomplen-ngomplen pasal kerjanya, mengomel-ngomel dan menampakkan kemalasan sebab Anda akan terjangkit perkara yang sama. 
 
Sampai bila pun Anda tak akan dapat merasai motivasi kerja.
 
Sikap orang lain boleh mempengaruhi kita tanpa kita sedari. Nak cemerlang dalam bekerja, kita kena dekat-dekatkan diri dengan orang yang cemerlang sikapnya, yang ada motivasi kerja. Barulah kita merasa ada dorongan motivasi ketikabekerja sebab kita nampak kawan kita sendiri bersemangat bekerja di depan mata kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...