Wednesday, November 23, 2011

Ular Menceroboh rumah


Ular adalah haiwan yang berjaya menakutkan manusia dan haiwan2 lain walaupun tidak mempunyai kaki, tangan mahupun sayap.
 
Tetapi ular memanfaatkan segala kelebihan yang ada padanya iaitu penglihatan yang tajam dan tulang yang kuat.
 
Ditambah lagi dengan daya fokusnya yang tinggi semasa mencari mangsa. Disebabkan fokusnya yang amat tinggi itu, ular tidak akan melakukan sesuatu yang sembarangan.
 
Nah, apabila dia masuk ke rumah, iaitu tempat berlindung utama bagi manusia, ular sebenarnya ingin menyampaikan sesuatu maksud. Maksud apakah itu? Check this out:

1. Jin dikatakan boleh menjelmakan dirinya dalam bentuk ular hitam sejak zaman nabi lagi. Apabila ular hitam menjenguk rumah anda, jangan dibunuh. Dia tidak akan mencederakan kamu kerana dia cuma mau menyampaikan berita buruk yang akan berlaku jika kamu tidak pindah rumah dengan segera.

2. Apabila ular menyusup rumah kamu, sedangkan kamu tidak memelihara ular, itu maksudnya rumah kamu perlu renovation. Masih ada rongga di dinding kamu yang belum ditampal.

3. Apabila ular memasuki stor kamu, itu tandanya stor kamu perlu terlalu banyak tikusnya. Maka bersihkanlah stor itu secepat mungkin sebelum ular membawa temen2nya utk mencari makan di sana.

4. Apabila ular mengunjungi rumah kamu, dan kamu sedar rumah kamu berhampiran sawah padi, maksudnya kedudukan rumah kamu telah mengganggu habitat ular yang menjaga sawah kamu dari dimusnahkan oleh tikus.

5. Apabila ular tersadai- sadai di halaman rumah kamu, itu mempunyai dua kemungkinan: sama ada tikus sudah tidak cukup di habitat asalnya atau 2: rumput di halaman rumah kamu terlalu panjang, tiada bezanya dengan hutan tempat asal sang ular.

6. Apabila ular mencerobohi kawasan perumahan kamu, maksudnya habitatnya sedang terancam. Tidak hanya ular, haiwan2 lain juga akan mendatangi kawasan perumahan berhampiran kerana habitat mereka diganggu.

7. Apabila ular menjenguk rumah kamu dan membawa temannya bersama-sama, maksudnya dia sudah pernah datang ke tempat kamu dan dia suka berada di sana.

8. Apabila ular kamu temukan di kawasan rumah kamu dan dia tercedera, maksud nya dia gagal mencari jalan pulang dan terserah kamu untuk menghantarnya ke vet atau memeliharanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...