Saturday, October 8, 2011

Centre of Service Excellence (CoSE) Proton memang terbaik

Pada hari khamis lepas tanggal 6 Oktober 2011, terdetik hati aku nak servis kereta. Tambahan pula mileage kereta aku hampir ke kilometer yang perlu diservis. So aku buat temujanji dengan proton Centre of Service Excellence (CoSE) USJ. So dapatlah temujanji servis jam 1030 pada hari ini. Aku sampai dilokasi jam 1000.





Sebab utama aku terus servis kereta di Cose proton adalah kerana kualiti dan ketelitian kerja yang dilakukan. Setakat aku servis disini, memang aku berpuas hati. Harga juga lebih kurang jer dari bengkel-bengkel bawah pokok. 


Selain itu, public relation servis dengan pelanggan juga baik. Kakitangan proton disini akan memberi layanan yang cukup baik pada aku kepada semua pelanggan. Pelanggan juga disediakan satu bilik menunggu dimana pelanggan dapat melihat kerja pembaikan yang dilakukan dari jauh. Bilik menunggu ini juga dilengkapi TV, air dan akhbar. Selain itu, kepada sesiapa yang sememangnya selalu bawa notebook, wireless juga disediakan. Semua ini disediakan dengan percuma.


So aku cadangkan kepada sesiapa yang mempunyai kereta proton, cuba lah ke cose nie. Pasti berpuas hati. Lagi pun kereta lu orang ada up skit la sebab park sebelah Lotus. Kalau nak tempah sila call no dibawah.















Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.

“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.

Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.

“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.

Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral:Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...